Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, February 28, 2010

Mari Mencari Suami

Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di kota New York. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:

“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”

Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.

Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.

Di lantai 1 terdapat tulisan:

LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 2 terdapat tulisan:

LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:

LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”

Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.

Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:

LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”

“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.

Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:

LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.”

Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan:

LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 4363012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”


anda pula bagaimana? hahah.

Bersih Lagi Kaki Aku

aku amik dari blog aku yang lama. kat sini



Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhu. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu daripada kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki kedalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.

Kompleks #15 - Stalker!

hari ni adalah sangat boring gila nak mati.

tapi oleh sebab aku bukak mata lambat, maka hari terasa berlalu cepat. ceh.

semalam aku terlambat dalam operasi Mari Mencari Bantal. makanya waktu pagi pun aku tak perasan.

actually mungkin aku seperti menunggu seseorang.

tak tahu kenapa, aku mesti nak tunggu. saja-saja mungkin.

tapi aku rasa macam dah tak dapat nak berjalan seperti biasa rutin harian kami - iaitu saling buzz membuzz bergilir-gilir mengikut urutan. disebabkan oleh peristiwa semalam. cewah.

dia kata aku stalker!

haiyah.

saya adalah bukan stalker. saya cuma punya kuriusiti yang tinggi. itu pasal la saya boleh dapat tahu semua perkara. lagi satu, sebab saya bijak. hahaha.

ok, sekarang kita berbicara tentang my-candidate-for-my-new-list-of-scandal, in case la kalau kamu orang tidak faham atau tidak mahu faham apa yang sedang saya bicarakan ini. ceh. bunyik macam official saja. saya adalah tidak kisah pun. cuma hanya ingin berbicara.

sebab saya sudah lama tidak melakukan aksi Buta-Tarikh.

tapi semalam saya pergi berlatih lagi sekali aksi tersebut. ya, dengan dia. kita panggil saja dia Encik Stalk. haha.

dan kalau mengikut pengalaman yang lepas-lepas, aksi saya pada kali ini adalah gagal. maka sebab tu saya agak miserable, walaupun pada hakikat sebenarnya kami tidak lah mencapai tahap berkasih-kasihan.

namun aksi ini sedikit sebanyak memberi impak kepada saya punya communication skills - masih berada di tahap average. err. atau pun lemah, mungkin.

saya tak suka.

and again, i am not a stalker.

saya cuma kurius.

boo-wekk.

Saturday, February 27, 2010

Hari Malas #3

sebab rasa tidak berguna, maka malas nak menaip.

nak membuka pun malas. tapi nak membaca adalah rajin. haish.

semalam aku adalah keluar.

tidak boleh diceritakan di sini kisah selanjutnya.

habis cerita.

mode ; malas.

Wednesday, February 24, 2010

Hari Malas #2

hari ni hari gelap saya.

saya bangun.

saya tidur.

saya bangun.

saya tidur lagi.

saya bangun lagi.

ke tandas.

saya tidur lagi.

saya bangun lagi.

letak towel dalam bilik air.

saya tidur lagi.

saya bangun lagi.

saya layan internet.

baru saya mandi.

hari ni hari saya malas.

sekian.

Tuesday, February 23, 2010

Smile - Charlie Chaplin Song

Smile though your heart is aching
Smile even though it's breaking
When there are clouds in the sky, you'll get by
If you smile through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll see the sun come shining through for you

Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying?
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile

That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying?
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile

Rezeki

hari ini, eh semalam adalah hari yang agak berguna walaupun niat asal aku pada hari Isnin adalah agak terpesong.

aku merancang nak start buat sample. eceh.

tapi bila buka mata, teringat pulak pasal duit aku yang maybe short di tengah jalan. pada fikiran aku duit itu tak masuk dalam bank aku pun, tapi pihak bendahari berkata sebaliknya. maka jumlah duit biasiswa yang masuk agak kurang. sedikit.

memang la macam annoying je kan, sikit pun nak mintak.

tapi aku sekarang tengah gila-nak-jimat-and-nak-kumpul-wang demi kereta idaman yang akan wujud mungkin lagi 2 3 bulan selepas cukup dana. tsk tsk.

nak jadikan cerita, petang tadi, aku tiba-tiba rasa nak check sistem kewangan dan aku berjaya kumpul lagi sejumlah wang bilamana pihak biasiswa terlebih bayar yurang pengajian.

yippi.

jadi, pagi tadi - sesi ke bank. petang pulak -sesi ke bendahari. dua-dua dengan tujuan yang sama iaitu - Mari Claim Duit Anda. ceh.

tapi malangnya dua-dua kena tunggu lagi 2 minggu.

maklum saja la sistem birokrasi. aduh. dalam kepala dah duk membilang dah berapa lagi jumlah wang yang perlu untuk dana Tabung Mari Membeli Kereta.

tapi tak mengapa. alhamdulillah saja.

Sunday, February 21, 2010

I`m In the Pain

2 minggu lepas.

sebelah bawah kiri.

minggu lepas.

sebelah bawah kanan.

minggu ini.

sebelah atas kanan.

omaigod.

ulser dalam mulut.

Saya Dah Pulang #3

baru balik dari jalan-jalan bersama hosmet. ahli yang mengikuti rombongan Cik Kiah pada malam ni adalah Si Ketua Rumah -yang dipaksa bangun tidur, Si Gagah - sebagai pemandu, Si Beyonceet - sebagai Bank Bergerak dan aku - yang mengeluarkan idea ni.

aku berjaya beli dress yang dah lama aku idamkan. satu colourful dan satu plain. Si Gagah pulak berjaya beli laptop bag dan juga black dress.

sangat happy bila susah hati dan pergi buang duit. hahah.

sepatutnya kena simpan duit mulai sekarang untuk kereta idaman.

tadi Si Ayah call lagi, saja nak dengar suara orang menangis katanya. cet. malu sekejap pada ayah sendiri.

kemudian secara automatiknya aku khabarkan la berita kehilangan Mr.Magoo. macam biasa, as happy-go-lucky person, Si Ayah selamba je cakap suruh aku habis study dulu. dia tak tahu anak dia ni dah ada plan lain.

wink wink.

sebab aku dah plan nak ada skandel balik.

sila-sila, siapa yang rasa berkelayakan itu. mari mencuba. hahah.

tapi first of all, aku memang nak habiskan belajar dengan gemilang dan meninggalkan Si Cekgu. itu aim utama sekarang.

i will try like hell.

Saturday, February 20, 2010

Ralat #20 - Broken

hari ni, akhir nya aku nangis jugak.

baru lah rasa berjaya melepaskan semua beban dalam hati lepas 2 hari aku decide untuk jadi 'sendiri'. tu pun guna sebab yang lain - sebab tak dapat cari kereta idaman.

tadi bertekak secara online dengan Si Dua, pasal kereta idaman la. then Si Ayah call.

entah kenapa rasa macam sangat sebak. satu, mungkin la jugak sebab tak dapat kereta idaman, tapi satu lagi sebab yang mendalam, sebab aku memang nak nangis pasal Mr.Magoo tu, tapi aku takde air mata dah nak keluar.

that day, hari aku terbaca pengakuan dan pujian dia pasal Si Cantik - the very ex-gf yang sangat beliau sayang dan suka dan admire itu, telah membuatkan aku menjadi tawar hati dan berhenti berusaha. dan for sure aku sangat patah hati.

tapi aku tak menangis.

biarpun berulang kali aku baca pengakuan dan pujian tu, tapi aku tetap tak boleh nak menangis. aku cuma rasa takut dan berdebar - perkara biasa terjadi pada aku bila aku tahu yang aku terpaksa juga putuskan hubungan.

so, tadi. untuk julung kalinya aku menangis. depan Si Ayah dan Si Emak, yang mungkin sekarang ni hairan kenapa aku menangis sebab tak dapat sebuah kereta idaman. padahal aku menangis sebab bakal menantu diorang dah takde.

dan mungkin jugak cerita ni akan tersebar dengan cepatnya kepada Si Dua dan juga Si Satu. sebab tiada rahsia di kalangan keluarga. ceh.

atau mungkin aku patut bagitahu sendiri dekat Si Dua?

tapi beliau sangat marah sebab aku tak reti nak buat keputusan. nak beli kereta ke taknak ke. well, tough decision, oke?

dan aku sangat kesian kat diri sendiri jadi macam ni sebab seorang lelaki yang mungkin tak pernah fikir pun pasal aku sebab masih sibuk mengayat ex-gf yang sangat disukai.

dan, fyi Si Emak dah tolong belikan aku sticker 'P' yang konon-kononnya lelaki tu suruh tampal kat kereta dia dulu sebab nak bagi aku drive dan pada dalm keadaan sekarang, for sure la aku dah takde peluang tu semua.

so, setiap kali aku pandang sticker 'P' tu, hati aku jadi sayu. dua-dua aku tak dapat. kereta idaman tak dapat. lelaki macam tu pun aku tak dapat. haha. bodoh.

ini juga mungkin salah satu cara untuk bagitahu pada Si Dua sebab eventually dia akan baca kat sini je then gelakkan aku. macam biasa.

tapi sekarang ni aku tengah duk fikir. nak cerita kat Si Parents ke tidak pasal Mr.Magoo yang dah tak berapa nak jadi Mr.Right.

sigh.

Friday, February 19, 2010

Decision

saya dah decide.

to let go.

of you.

Saya Nak Sebuah Kereta

saya nak kereta.

saya nak kereta.

saya nak kereta.

sila ulang 100 kali.

harap-harap jadi doa.

amin.

Thursday, February 18, 2010

Pesanan Buat Si Cekgu

saya dah pulang.

ke pangkal jalan.

saya dah pergi lab.

walaupun hari dah petang.


sila jangan panggil saya macam-macam.

'bengong' jangan.

'bullshit' pun jangan.


sekian.

Monday, February 15, 2010

Friday, February 5, 2010

Wishes

Happy Bitrhday Dad.

Ralat #19 - Sucks

ok. hari ni aku akan balik kampung. konon nak larikan diri dari semua masalah. macam lah kita boleh larikan diri kalau ada masalah. aku tulis entry ini untuk mengingatkan aku betapa loser nya aku bila sangat merendahkan diri dan sayang orang yang tak patut aku sayang. ini entri emosional. sebab tu takkan ada paragraph. dan aku baru je lepas menjerit sekuat hati, bertempik, teresak-esak bagai nak rak sebab orang tua tu taknak layan aku dan aku memang bagai nak gila masih sayang dekat orang tu. bodoh tak aku? bodoh kan? bodoh nak mati. dan aku buat macam tu seolah-olah macam aku dah takda harga diri, macam aku takkan jumpa orang lain dan hal tu sedikit pun takkan mengganggu-gugat hidup orang tua tu, sebab pada dia, aku nothing. dan pada aku, dia everything. how sucks is that. bodoh gila aku rasa. tak pernah rasa macam ni. dia nak, dia datang. dia bosan, dia tinggal. aku patut tahu bila aku nak end up semua ni. tapi aku tak pernah mengalah. aku tak pernah say no. aku selalu beralah. aku selalu anggap benda ni semua temporary. tapi memang sedikit dan sedikit ia menghakis aku. aku fikir kenapa dan kenapa i kept doing all this things. sebab aku tak berani nak minta break and then dia takkan datang balik. so, i am that loser when handling this kind of thing with him. aku tak tahu apa dah jadi pada aku yang senang menolak dan bertindak bila aku tahu limit aku. tapi bila dengan dia, aku asyik endure je semua tu membuatkan aku sebenarnya macam pathetic. omaigod. so, dengan adanya entry ni, aku harap lepas ni aku akan sedar diri dan berani berkata tidak pada dia. orang tua yang tak sedar diri. i loved you with all my heart, can`t you see it? and i still do. walaupun banyak benda berlaku sepanjang relationship ni, tapi aku rasa aku macam banyak mencuba untuk berubah dan kalau aku tak berjaya berubah pun sebab memang aku suka dia, dan aku tak boleh nak berenggang dengan dia. kenapa la dia tak boleh nak faham perasaan aku sampai ke situ? sedangkan dia pernah gilakan permpuan yang cantik fizikal tapi suka maki hamun. so, aku dalam state itu sekarang. aku suka kau walaupun banyak flaws. parents pun tak berapa nak suka, tapi aku sedia nak pujuk and nak tunjuk yang aku betul-betul serius dengan kau. so, apa masalah kau sekarang? apa masalah kau? ok, fine. boleh cakap ini semua takdir. but i`m hanging in there. aku tengah memang gila berusaha dengan kau ni, faham tak? kau pun patut buat benda yang sama, sebab aku tak boleh buat seorang diri. aku lemah dan aku semakin lemah sekarang. so, please, just enter my life and make me happy. dan kalau tak boleh, step away so that i can finally be grown up by myself. jangan main tarik tali. sekejap nak, sekejap taknak. i am a human being for godsake. aku ada perasaan dan aku ada limit. so, please. make your decision. dan kalau kau nak menolak aku pun, sila pergi jauh-jauh dan jangan sesekali kau berkawan dengan kawan aku. if not, dengan dia sekali aku akan buang. dan aku akan broken dan aku takkan ada tempat nak pergi. for all this time, it was you. my friend, my love, my enemy, my family. damn it. i love you so much that i almost hate you.

happy anniversary.

Thursday, February 4, 2010

Mari Membeli Kereta #3 - Teruja

semalam. at last. he showed up. keluar. makan. drive.

ye, setelah sekian lama. akhirnya aku dapat drive lagi semalam. hampir 2 jam diselangi dengan toilet awam dan rehat di depan bangunan rumah.

seronok.

feel relieved.

even tidak banyak bicara. tidak banyak kata-kata.

sebab sepanjang aku drive, dia tidur. ceh.

tapi rasa sangat macam mendapat kepercayaan penuh untuk drive Cik Turqouise menghala ke mana saja aku suka. mengikut roundabout mana aku nak. mengikut simpang mana aku rasa ok.

dan ia menambah lagi semangat untuk aku beli kereta. yay.

auto atau manual, doesn`t matter.

yang aku nak adalah kereta baru, teman baru, skandal baru, hubby baru.

ceh, demand la pulak.

Pada Suatu Hari #5 - Jodoh

'awak rasa kita ada jodoh tak?'

'entah. awak rasa?'

'tak tahu'

damn.

Monday, February 1, 2010

Mari Membeli Kereta #2 - Kenapa Saya Mesti Ada Kereta

hari pertama. bulan kedua. tak buat apa. habiskan masa dengan tidur je. memang rasa macam malas gila. tambah-tambah nak balik kampung.

standard 2 3 hari sebelum balik kampung, mesti semangat dah sampai kat kampung dulu.

tapi kalau nak balik dari kampung, semangat mesti tinggal kat kampung lagi 2 3 hari sedangkan aku dah balik ke pangkal jalan.

begitulah seadanya.

ceh.

kalau bahasa pendek, aku cuti rasmi 3 hari, sebenarnya aku cuti dalam 7 hari. tambah tolak sepak terajang sebab semangat tertinggal atau lebih dulu meninggalkan.

ah, kompleks jugak.

malam semalam Si Empat datang ke sini.

kalau orang kampung cakap, turun KL la konon. cet.

risau jugak sebenarnya. sebab dia tak pernah datang sini. dah tu pulak datang dengan Cik Mamat yang bagi aku adalah agak tidak sihat. Cik Mamat pun tak pernah 'turun KL'.

sebagai seorang saudara yang baik hati, saya berasa amat concern dengan Si Empat yang ibarat 'rusa masuk kampung'.

alamak. macam terngiang-ngiang pulak orang yang melafazkan ayat yang sama pada aku beberapa minggu lepas. kurang asam punya Mr.Magoo. buwek.

sebab tu la aku rasa nak ada kereta.

eceh. tiba-tiba nak jual manifesto pulak.

'Kenapa Saya Mesti Ada Kereta'

1-aku nak ada sesuatu benda yang boleh jadi bestfriend aku. aku boleh bagi nama. aku boleh hias. aku kena jaga. or should I say aku nak seorang husband dalam bentuk kereta. wink wink.

2-senang aku nak bergerak ke sana sini. ke depan ke belakang. ke kiri ke kanan. ke rumah atau ke lab. tidak lah Si Cekgu boleh mengutuk-ngutuk aku lagi. ini tak menjamin aku akan pergi lab lebih awal, tapi kalau balik dari lab lebih awal, kebarangkaliannya adalah besar.

3-saja nak bangga diri. aku nak jadi independent. taknak bergantung kepada pakcik bas dan juga kawan-kawan yang punya kereta. sebab aku dah naik segan dan aku agak tidak pandai membina ayat untuk menumpang kereta orang lain demi kepentingan aku. ceh.

4-boleh jadi teman aku nak lari dari rumah sesuka hati. mana tahu, bila aku berada dalam mode emosional, maka aku rasa nak larikan diri pergi taman permainan ke laut ke pantai ke surau ke masjid ke, sama macam Cik Kaunselor buat.

5-sudah tentu la sebab aku nak balik kampung taknak naik bas, dengan alasan bas eksiden. padahal pandu kereta sendiri tidak membuatkan kadar kemalangan itu turun, tapi saja la kan. sekurang-kurangnya kalau nak berhenti buang air kecil tak perlu tunggu sampai berjam-jam semata-mata sebab malu nak bagitahu driver bus 'saya nak ke tandas, sila berhenti kat mana-mana stesen berhampiran'.

dah ada 5 sebab. cukup lah tu.

bulan depan kalau aku tak dapat kereta lagi, aku tambah lagi 2.

undi lah saya!