Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, January 8, 2010

Tahyul Atau Betul?

semalam.

Si Ungu telefon aku. aku rasa aku dah jadi 'Cik Kaunselor' pada dia. selalu kalau ada masalah, mesti dia akan call dan berborak panjang. aku pun layan je la. sebab aku ikut law 'that`s what friends for' kot.

jadi semalam dia mengomel-ngomel.

katanya dia terkena buatan orang.

entah nak percaya ke tak, aku tak pasti. tapi agak seram jugak la masa awal-awal dapat tahu, sebab aku selalu jugak benarkan dia bermalam di rumah aku. mana lah tahu kan, ada orang follow.

antara kesan pada dia adalah dia menjadi kurus kering dan hubungan dengan kaum Adam tak kekal lama.

well, kalau aku kaji balik history sepanjang aku kenal dengan dia, dah lebih daripada 2 orang jugak lah yang putus tengah jalan. [lebih daripada 1 adalah plural, ok]. yang ketiga pun tak kekal lama.

tu semasa aku kenal dengan dia lah. yang sebelum tu tak sempat nak buat kaji selidik lagi. kami start kawan pun baru je nak masuk 2 tahun kot. lupa.

tapi agak kesian la dekat situ.

tiba-tiba teringat pasal kes tahyul semasa Zaman Kedukaan Famili aku lebih kurang 4-5 tahun yang lepas.

semuanya bermula dengan Si Empat, yang memang pada dasarnya adalah sangat degil dan keras kepala.

selepas beberapa insiden, Si Ayah pun jadi sibuk la pada tahun tersebut.

sibuk cari air penawar la, bawa pergi jumpa bomoh tu la, ustaz ni lah, pak imam tu lah, semua pun Si Ayah ikutkan. dengar je ada ustaz yang berkaliber, mesti Si Ayah usahakan jugak.

dengan kes pindah rumah banyak kali.

rumah tu tak sesuai. rumah ni ada penunggu. rumah tu tempat lalu-lalang makhluk halus. rumah ni kena banjir. sehinggakan rumah yang baru siap sekarang ni pun, dah ada orang nampak 3 ekor yang bergeyantangan.

dengan Si Emak yang asyik mimpi bukan-bukan. Si Enam yang nampak bukan-bukan. aku pulak asyik dengar bunyi cakaran.

macam-macam.

tapi ni tak berkaitan dengan buatan orang. aku rasa lah. dan aku harap pun macam tu lah.

rumah terakhir yang kami pindah masuk agak ok jugak lah. tapi Si Empat yang selalu dengar benda bukan-bukan. aku jarang berada kat rumah, selalu kat hostel.

kemudian kami berpindah sebab Si Ayah tukar cawangan tempat kerja.

lepas tu duduk kat rumah Si Nenek sebelah Ayah. betul-betul sebelah kubur. bukak tingkap je nampak kubur. memang agak meremang kalau sorang-sorang.

so, berbalik pada topik asal. eh, ada topik ke?

sampai sekarang takde apa perubahan pun pada Si Empat aku tengok.

tsk tsk.

tapi pada Si Ayah dengan Si Emak ada lah. mungkin tu adalah hikmahnya.

Zaman Kedukaan tu jugak la yang sedikit sebanyak membantu aku untuk menjadi 'orang' bilamana aku tengok Si Ayah dan Si Emak, dukacitanya mereka atas apa yang berlaku, susah payah mereka untuk membetulkan keadaan semula dan sabar mereka menghadapi ujian dan cakap-cakap orang sekeliling.

sekarang Si Famili sudah agak lega. masalah masih datang. tapi sudah tahu cara untuk handle. dan tiada masalah yang merunsingkan sama seperti masalah pada Zaman Kedukaan. anggap itu semua ujian.

oh, terima kasih Tuhan.

tahyul atau betul?

lu pikir la sendiri.

No comments: