Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, January 6, 2010

Ralat #14 - Plan Your Work, Work Your Plan

hari ni. aku rasa menyesal datang lab. boleh buat ayat macam tu?

Si Ibu tak Mengandung tak datang. tak sihat katanya.

Si bekas Pembantu Tak Rasmi dah pun keluar. cari makan katanya.

Cik Kaunselor for sure la tak datang. tengah emosi nampaknya.

aku datang pun sebab nak makan aje.

lepas tu konon ada janji dengan Si Ketua Rumah.

sekali, appointment pun tak buat lagi. kena cancel lagi.

aku call Sekolah Memandu pulak. hajat nak book JPJ test. again.

sekali, takde orang angkat pulak.

terpaksa sms Cekgu Skandel. mintak nombor telefon yang boleh pakai.

dah book tambah jam untuk belajar je.

JPJ test tak boleh book by the phone. kena pergi sendiri.

so, satu hal pulak. nak mintak tolong siapa. kena pergi waktu bekerja.

Mr.Magoo for sure la tak dapat.

mintak tolong Cekgu Skandel. tidak boleh confirm.

mintak tolong kawan-kawan. kena tunggu masa dan ketika yang sesuai.

sigh.

aku benci bila jadi perkara yang aku tak sangka sedangkan aku dah plan awal-awal.

tapi itu lah nama nya hidup.

kehidupan.

Qada` dan Qadar dari Yang Satu.

No comments: