Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, January 20, 2010

Mari Mengambil Lesen #8

Alhamdulillah. berbaloi-baloi.

minggu lepas, mintak tolong Si Dua hantar aku pergi book JPJ test. lepas tu pulak mintak tolong Mr.Magoo teman aku hantar copy lesen L yang dah renew.

copy je ok. kalau aku tahu, aku fax je. ceh.

semalam punya test memang berjaya buat aku sakit perut. memulas-mulas. sesak napas pun ada.

bayangkan la, aku datang dan daftar dari jam 0830, tapi aku punya turn test jam 1400. haru tak, untuk aku menunggu kat situ dan melihat lulus atau gagal bebudak lain? makanya, aku tak bercakap sepatah haram pun dengan orang-orang di situ.

mungkin sebab tu nervous tak hilang-hilang.

aku cuma bercerita masa Si Dua sms aku. baru aku dapat luahkan betapa gabra nya aku.

dalam masa yang sama duk menunggu Mr.Magoo datang. punya la lambat, sebab aku dah cakap aku test pukul 2, so takda makna kalau dia nak datang awal-awal pun.

ok, aku suruh Mr.Magoo mintak cuti semalam. semata-mata nak kena teman aku. hehe.

nasib baik dia datang jugak awal 2 jam. ajak makan, tapi aku tak lalu. punya la nervous. lepas tu dia bagi aku try lagi Cik Turqouise tu for the last time before aku test.

makanya, kami pun mencari-cari la jalan kosong untuk aku drive sekejap.

boleh pulak, tayar beliau pancit. lepas tu siap ade rekahan apebende tah. buat aku tambah nervous je. then enjin pulak bagi warning apebende jugak tah. dia dah start risau-risau. aku takda perasaan nak rasa bersalah sebab kuasa nervous lagi kuat.

aku lagi risau takut Cik Turqouise tu tak sempat bawak aku balik ke Sekolah Memandu. gila nervous.

sampai je, orang dah start test dah. sesi 3 - sesi aku lah tu.

aku terus je pergi daftar and tunggu turn. Mr.Magoo pulak tunggu dari jauh je.

aku dapat pulak kereta yang trouble - asap keluar berkepul-kepul and dia punya clutch pendek. aku tahu sebab aku drive kereta yang sama masa aku belajar sehari sebelum.

masa aku belajar tu, kereta asyik mati je and then susah nak start balik. adoi.

tapi aku try jugak control kereta tu. sehabis boleh la.

masa dekat bukit, boleh pulak Encik JPJ tu test aku. biasanya dia akan bagitahu samada aku dah pass garisan kuning ke tak. ni semalam boleh dia kata 'haa, awak tengok la sendiri pass ke tak'

eh eh. aku dah lah nervous tahap supreme.

aku amik keputusan undur balik dan naik balik.

masa nak undur tu, kereta boleh takmo bergerak. undur separuh je. sigh. aku dah tambah-tambah nervous tahap supreme nih.

terpaksa la gunakan minyak - biasa dalam litar, tak perlu tekan minyak. memang main clutch dengan gear 1 je kecuali kalau keadaan tak mengizinkan la, macam yang aku hadapi sekarang. tambah pulak tengah test dan time nervous. sigh.

sebelum aku naik balik tu, aku doa banyak-banyak. siap bercakap sorang-sorang lagi tu.

'Cik Ralat, sila bawak kereta betul-betul. aku nak lulus. aku nak lulus'

dan, aku berjaya.

masuk pulak dekat parking.

boleh pulak enjin kereta tu mati masa aku nak masuk tu. bongok..!

'dik, enjin mati tu'

'err. ye ye. tapi boleh bawak lagi tak? ke dah fail?'

'boleh boleh. start enjin tu'

aku punya muka masa tu mesti macam orang-tengah-hilang-rumah-kot.

JPJ officers dengan Cekgu Kete gelak-gelak je.

masuk pulak 3 pointer - 3 penjuru. masalah aku untuk ujian kali ke-2 haritu.

pusing stereng laju-laju. tu je aku cakap kat diri sendiri. dah la sebelum masuk tu, aku ulang lagi benda yang sama - cakap sorang-sorang, doa banyak-banyak, tarik napas dalam-dalam.

dan doa jangan enjin kereta-hampir-rosak ni mati, sudah.

alhamdulillah. semua sudah selesai.

berlari-lari aku pergi ambil result dari JPJ officer yang last tu.

'terima kasih encik. terima kasih'

maka, bertanda lah borang aku seperti di bawah.

[x] Lulus [ ] Kandas

No comments: