Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, January 25, 2010

Mari Membeli Kereta - Proses Mencari

internet dekat rumah dah tak dapat. great! sebab tak bayar 2 bulan. omaigod. tak pernah-pernah rasanya tak dapat connection sebab tak bayar.

dulu selalu gelakkan Mr.Magoo sebab benda ni selalu jadi kat beliau je. tapi sekarang beliau pulak boleh gelakkan aku. isk.

aku masih lagi dalam mode mencari. mencari kereta.

ya, aku sekarang sangat butuhkan kereta. kepunyaan sendiri. hak milik kekal. ceh.

Sabtu lepas, aku minta Si Dua temankan aku pergi melawat mana-mana tempat menjual kereta terpakai. [aku belum ada slip gaji, tak mampu nak berangankan kereta baru].

maka, kami pun pergi mencari dengan panas mentari sampai terbakar kulit kaki.

malangnya, tak dapat pun apa yang dikehendaki.

tapi tak mengapa. aku akan cari lagi. cari lagi. dan cari lagi. sampai dapat. sebab buat masa sekarang semangat untuk memiliki sebuah kereta itu sangat lah berkobar-kobar dalam jiwa. jadi, aku kena jugak dapat apa yang aku nak sebelum aku jadi hambar.

ceh. alasan semata.

No comments: