Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, January 8, 2010

Edisi Balik Kampung #3 - First Impression

from her point of view.


'sembahyang ke tak?'

'sembahyang. nanti orang kejutkan dia'

'hisap rokok ke tak'

'hisap'

*grin*

'kerja apa?'

'tanya la dia sendiri'

'umur berapa?'

'tanya la dia sendiri'

'kereta sendiri ke?'

'ha`ah'

'rumah sendiri ke?'

'sewa. tapi ada rumah sendiri. orang lain duduk'

'pakai selipar ni je ke?'

'ada kasut kat dalam. tapi duk rumah je, pakai la selipar'


from his point of view.


'mak awak kerek la'

pandang dia. gelak.

dalam hati - padan muka.

'memang pun. mak memang macam tu. kena terima la'

'itu tak boleh. ini tak boleh'

'haha. dah memang salah kot'


from my point of view.


both parties tengah sesuaikan diri. me included.

so, obviously banyak benda yang baru akan kita ketahui. termasuk perkara-perkara yang nak aku tahu yang aku tak boleh tanya direct pada dia, tapi orang lain boleh, especially my parents.

dan

sesi soal jawab pun bermula.

'tanya lah lagi'

'nak tanya apa?'

'entah, tanya lah apa-apa. sebab memang nak tengok dia jawab apa'

'yelah, nak tanya apa?'

'tanya je la apa-apa pun'

'dengan dia ni, serius ke? ke nak kawan-kawan je?'

'kalau boleh nak serius lah'

*malu-malu kambing*

'tapi dia ni tak pandai masak. takpe ke?'

'hehe. takpe mak. dia pandai masak. semalam macam nak suruh dia goreng nasi'

'mak tak makan kalau orang lain masak'

haha. kerek lagi.

diam.

'tapi kena tunggu dia habis belajar la'

'memang dia kata nak habiskan belajar dulu'

'yap, dan saya nak kerja setahun, oke?'

'okeh'


lepas breakfast.

'ni kenapa biar orang baru basuh pinggan ni?'

'memang nak suruh dia basuh pinggan pun. biar dia rasa'

dalam hati - see, mak dah boleh terima awak slow-slow.


sebelum balik.

'bawak kereta baik-baik'

'baik makcik'

'hmm. jaga dia ni elok-elok. harap jangan buat dia susah hati sebab kita jaga dia elok dari kecil'

'ya, makcik'

*sebak*

thanks mom!


dalam perjalanan balik.

'nampak macam mak awak dah boleh terima saya'

'ha, so jangan cakap mak saya kerek lagi'

*gelak*


sepanjang perjalanan.

'ok?'

'ok'

'so?'

'so, tahun depan kena pergi beraya 2 buah rumah la'

*senyum lebar-lebar*


'oh, lupa nak pesan'

'apadia?'

'saya ada syarat'

'apa?'

'since saya dah bawak awak balik kampung, and my parents pun macam dah ok, then dah takde sebab awak nak flirt around dengan alasan my parents tak restu la apa la, oke?'

'hehe. okeh. tapi your parents bukan suka sangat pun'

'of course la. first time. lama-lama ok la kot. lagipun i`m still studying. but still, no flirting, oke?'

'okeh'

*lega*


terima kasih Tuhan.

No comments: