Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, January 31, 2010

Saya Dah Pulang #2

baru pulang ke pangkal jalan.

selepas melarikan diri dari rumah.

buat beberapa hari.

tapi lagi tambah menyakitkan.

bila aku tahu dia tidak lagi sudi.

Thursday, January 28, 2010

Hujung Minggu

hari ini hari Khamis

esok hari Jumaat.

kemudian datang hujung minggu.

hujung minggu yang bosan.

hujung minggu yang kosong.

hujung minggu yang panjang.

ceh.

boleh tak mood-bersama-orang-tersayang awak tu datang cepat sikit? saya dah bosan menunggu tahu tak?

sila datang sekarang.

saya bosan.

dan keseorangan.

ceh lagi.

Wednesday, January 27, 2010

Mari Lari

yippi.

tiket nak balik kampung dah ada.

mari.

lari dari rumah.

Ralat #18 - Second Chance

pernah rasa kena ignore?

pernah rasa kena buat-buat ego?

pretend macam takda apa-apa.

pretend macam kamu kuat.

tapi kamu nak tahu setiap aspek hidup dia.

tapi kamu nak ada dalam setiap momen hidup dia.

pernah rasa macam nak larikan diri?

pernah rasa macam kamu tak penting lagi?

pretend macam semua benda tidak penting.

pretend macam kamu faham.

tapi kamu tak.

tak faham.

dan takkan pernah faham.

at least itu yang dia bagitahu.

just gimme the chance, will ya?

ugh.

pathetic.

again.

Monday, January 25, 2010

Mari Membeli Kereta - Proses Mencari

internet dekat rumah dah tak dapat. great! sebab tak bayar 2 bulan. omaigod. tak pernah-pernah rasanya tak dapat connection sebab tak bayar.

dulu selalu gelakkan Mr.Magoo sebab benda ni selalu jadi kat beliau je. tapi sekarang beliau pulak boleh gelakkan aku. isk.

aku masih lagi dalam mode mencari. mencari kereta.

ya, aku sekarang sangat butuhkan kereta. kepunyaan sendiri. hak milik kekal. ceh.

Sabtu lepas, aku minta Si Dua temankan aku pergi melawat mana-mana tempat menjual kereta terpakai. [aku belum ada slip gaji, tak mampu nak berangankan kereta baru].

maka, kami pun pergi mencari dengan panas mentari sampai terbakar kulit kaki.

malangnya, tak dapat pun apa yang dikehendaki.

tapi tak mengapa. aku akan cari lagi. cari lagi. dan cari lagi. sampai dapat. sebab buat masa sekarang semangat untuk memiliki sebuah kereta itu sangat lah berkobar-kobar dalam jiwa. jadi, aku kena jugak dapat apa yang aku nak sebelum aku jadi hambar.

ceh. alasan semata.

Wednesday, January 20, 2010

Mari Mengambil Lesen #8

Alhamdulillah. berbaloi-baloi.

minggu lepas, mintak tolong Si Dua hantar aku pergi book JPJ test. lepas tu pulak mintak tolong Mr.Magoo teman aku hantar copy lesen L yang dah renew.

copy je ok. kalau aku tahu, aku fax je. ceh.

semalam punya test memang berjaya buat aku sakit perut. memulas-mulas. sesak napas pun ada.

bayangkan la, aku datang dan daftar dari jam 0830, tapi aku punya turn test jam 1400. haru tak, untuk aku menunggu kat situ dan melihat lulus atau gagal bebudak lain? makanya, aku tak bercakap sepatah haram pun dengan orang-orang di situ.

mungkin sebab tu nervous tak hilang-hilang.

aku cuma bercerita masa Si Dua sms aku. baru aku dapat luahkan betapa gabra nya aku.

dalam masa yang sama duk menunggu Mr.Magoo datang. punya la lambat, sebab aku dah cakap aku test pukul 2, so takda makna kalau dia nak datang awal-awal pun.

ok, aku suruh Mr.Magoo mintak cuti semalam. semata-mata nak kena teman aku. hehe.

nasib baik dia datang jugak awal 2 jam. ajak makan, tapi aku tak lalu. punya la nervous. lepas tu dia bagi aku try lagi Cik Turqouise tu for the last time before aku test.

makanya, kami pun mencari-cari la jalan kosong untuk aku drive sekejap.

boleh pulak, tayar beliau pancit. lepas tu siap ade rekahan apebende tah. buat aku tambah nervous je. then enjin pulak bagi warning apebende jugak tah. dia dah start risau-risau. aku takda perasaan nak rasa bersalah sebab kuasa nervous lagi kuat.

aku lagi risau takut Cik Turqouise tu tak sempat bawak aku balik ke Sekolah Memandu. gila nervous.

sampai je, orang dah start test dah. sesi 3 - sesi aku lah tu.

aku terus je pergi daftar and tunggu turn. Mr.Magoo pulak tunggu dari jauh je.

aku dapat pulak kereta yang trouble - asap keluar berkepul-kepul and dia punya clutch pendek. aku tahu sebab aku drive kereta yang sama masa aku belajar sehari sebelum.

masa aku belajar tu, kereta asyik mati je and then susah nak start balik. adoi.

tapi aku try jugak control kereta tu. sehabis boleh la.

masa dekat bukit, boleh pulak Encik JPJ tu test aku. biasanya dia akan bagitahu samada aku dah pass garisan kuning ke tak. ni semalam boleh dia kata 'haa, awak tengok la sendiri pass ke tak'

eh eh. aku dah lah nervous tahap supreme.

aku amik keputusan undur balik dan naik balik.

masa nak undur tu, kereta boleh takmo bergerak. undur separuh je. sigh. aku dah tambah-tambah nervous tahap supreme nih.

terpaksa la gunakan minyak - biasa dalam litar, tak perlu tekan minyak. memang main clutch dengan gear 1 je kecuali kalau keadaan tak mengizinkan la, macam yang aku hadapi sekarang. tambah pulak tengah test dan time nervous. sigh.

sebelum aku naik balik tu, aku doa banyak-banyak. siap bercakap sorang-sorang lagi tu.

'Cik Ralat, sila bawak kereta betul-betul. aku nak lulus. aku nak lulus'

dan, aku berjaya.

masuk pulak dekat parking.

boleh pulak enjin kereta tu mati masa aku nak masuk tu. bongok..!

'dik, enjin mati tu'

'err. ye ye. tapi boleh bawak lagi tak? ke dah fail?'

'boleh boleh. start enjin tu'

aku punya muka masa tu mesti macam orang-tengah-hilang-rumah-kot.

JPJ officers dengan Cekgu Kete gelak-gelak je.

masuk pulak 3 pointer - 3 penjuru. masalah aku untuk ujian kali ke-2 haritu.

pusing stereng laju-laju. tu je aku cakap kat diri sendiri. dah la sebelum masuk tu, aku ulang lagi benda yang sama - cakap sorang-sorang, doa banyak-banyak, tarik napas dalam-dalam.

dan doa jangan enjin kereta-hampir-rosak ni mati, sudah.

alhamdulillah. semua sudah selesai.

berlari-lari aku pergi ambil result dari JPJ officer yang last tu.

'terima kasih encik. terima kasih'

maka, bertanda lah borang aku seperti di bawah.

[x] Lulus [ ] Kandas

Monday, January 18, 2010

Aku Sudah Insaf

tadi pagi.

rasa insaf pulak. insaf la sangat kan.

tiba-tiba rasa macam dah bosan.

dalam hati kata - aku dah malas nak ada skandel.

percaya tak?

hahaha.

Friday, January 15, 2010

Bila Aku Punya Wang

dia kata saya punya biasiswa dah masuk.

*senyum sampai ke telinga*

maka, saya pun shopping la tadi petang.

sorang-sorang.

banyak barang.

hati pun girang.




*dia - pengurus biasiswa - bahagian bendahari.

Wednesday, January 13, 2010

New Sign of a Stroke - Stick out Your Tongue

STROKE:Remember the 1st Three Letters....S.T.R.

My nurse friend sent this and encouraged me to post it and spread the word.
I agree.

If everyone can remember something this simple, we could save some folks.
Seriously..

STROKE IDENTIFICATION:

During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) .she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening

Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die. they end up in a helpless, hopeless condition instead.

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR .. Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S *Ask the individual to SMILE.
T *Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. It is sunny out today)
R *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number immediately and describe the symptoms to the dispatcher.

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other,that is also an indication of a stroke.

A cardiologist says if everyone who gets this info and sends it to other people; you can bet that at least one life will be saved.

I have done my part. Have you?

Tuesday, January 12, 2010

Ralat #17 - Malas Sudah Mari

masih tidak dapat berfungsi pada hari ini.

i am sorry pada diri sendiri.

because i am not that strong.

Monday, January 11, 2010

Kompleks #14 - Shit Happens

semalam. keluar. tapi pening. entah macamana mood pun hilang bila pening datang. jadi apa yang dirancang tak menjadi. lepas tu boleh pulak aku buat Plan B - Mari Buat Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Negara, then zoo dah tutup. isk. lepas tu tak tahu nak buat apa. nak pergi makan tapi macam kenyang. nak pergi balik rumah, mustahil sebab aku tak puas lagi. nak tengok AJL la kononnye. nak pergi gerai makan, sekali gerai tu dah kena roboh pulak. apa punya nasib la hari ni - kata aku dalam hati. shit do happens aite. kemudian pergi ke kedai makan lain. tu pun selepas gaduh-gaduh nak pergi mana buat apa, sebab semua plan tak boleh jalan. pergi la jugak makan and dapat la jugak tengok AJL walaupun separuh. sebab mata dia dah merah-merah cuma tunggu masa aku ajak balik je. so, aku dengan penuh prihatin la kononnya, ajak la balik. walaupun hajat dalam hati adalah untuk lama lagi dengan dia. tapi kena la berlakon jadi Ms. Understanding setelah beberapa kali episod paksa-memaksa berlaku. jadi masa on the way balik nak sampai ke taman tropika tu, ada la sedikit tercetus perselisihan faham. aku dah jadi derhaka sekejap. i'm sorry, baby. that was my hormone reaction. ceh. ayat nak berselindung. maka semalam jadi lah Hari Berdiskusi Secara Terbuka. semua perkara jadi tak betul dan dua-dua stok-keluar-ayat-yang-boleh-buat-rasa-nak-lempang-laju-laju. jadi terpaksa stop kejap. dua-dua sempat minta maaf and pretend benda dah berakhir sebab sebenarnya takkan ada ending pun, tapi buat-buat malas amik tahu dah sebab nanti takkan balik rumah bilamana asyik kena gaduh-gaduh saja. maka malam semalam tidur dan mimpi bukan-bukan. bangun tadi pagi cuba refresh apa yang aku mimpi dan apa yang berlaku semalam. sangat horror. jadi aku pun decide taknak pergi lab sebab aku berada dalam mode kepala-pening-bila-masalah-tak-selesai. tapi petang tadi, thank God akhirnya boleh diskusi dalam keadaan kepala tenang, maka hati pun jadi tenang walhal benda masih tak berakhir tapi deal dengan cara baik dari kedua belah pihak, aku lega. so, esok kena pergi lab.

saja tulis takda perenggan sebab aku malas nak bagi kamu orang baca, tapi aku nak tulis jugak sebab saja nak update. boleh begitu?

yang pasti, kepada awak. thanks. kepada Si Dua. juga thanks. kepada Cik Kaunselor. juga thanks.

Sunday, January 10, 2010

Ralat #16 - Moron

hari ni tak buat apa.

sigh.

completely bored.

feels like i am totally moron.

and useless.

ugh.

pathetic.

Saturday, January 9, 2010

Pada Suatu Hari #4 - Moral of The Story

'hello'

'ha, hello. tengah buat apa tu?'

'tak buat apa. on the way nak pergi lab. hehe. baru lepas mengumpat pasal awak'

'haa.. dengan sapa?'

'Cik Nadi'

'ngumpat pasal apa?'

'yelah. pasal perangai awak dulu-dulu tu lah. hehehe. saya bagitau saya malu la dengan dia'

'so, moral of the story apadia?'

'apadia?'

'jangan cerita dekat orang lain'

'hmm.. eh, salah lah. moral of the story dia, jangan buat hal'

'ceh. oke lah. bye'

'hahaha. bye'

sorry. never meant to hurt you. just want to make sure you understand what i said - no third party.

Friday, January 8, 2010

Edisi Balik Kampung #3 - First Impression

from her point of view.


'sembahyang ke tak?'

'sembahyang. nanti orang kejutkan dia'

'hisap rokok ke tak'

'hisap'

*grin*

'kerja apa?'

'tanya la dia sendiri'

'umur berapa?'

'tanya la dia sendiri'

'kereta sendiri ke?'

'ha`ah'

'rumah sendiri ke?'

'sewa. tapi ada rumah sendiri. orang lain duduk'

'pakai selipar ni je ke?'

'ada kasut kat dalam. tapi duk rumah je, pakai la selipar'


from his point of view.


'mak awak kerek la'

pandang dia. gelak.

dalam hati - padan muka.

'memang pun. mak memang macam tu. kena terima la'

'itu tak boleh. ini tak boleh'

'haha. dah memang salah kot'


from my point of view.


both parties tengah sesuaikan diri. me included.

so, obviously banyak benda yang baru akan kita ketahui. termasuk perkara-perkara yang nak aku tahu yang aku tak boleh tanya direct pada dia, tapi orang lain boleh, especially my parents.

dan

sesi soal jawab pun bermula.

'tanya lah lagi'

'nak tanya apa?'

'entah, tanya lah apa-apa. sebab memang nak tengok dia jawab apa'

'yelah, nak tanya apa?'

'tanya je la apa-apa pun'

'dengan dia ni, serius ke? ke nak kawan-kawan je?'

'kalau boleh nak serius lah'

*malu-malu kambing*

'tapi dia ni tak pandai masak. takpe ke?'

'hehe. takpe mak. dia pandai masak. semalam macam nak suruh dia goreng nasi'

'mak tak makan kalau orang lain masak'

haha. kerek lagi.

diam.

'tapi kena tunggu dia habis belajar la'

'memang dia kata nak habiskan belajar dulu'

'yap, dan saya nak kerja setahun, oke?'

'okeh'


lepas breakfast.

'ni kenapa biar orang baru basuh pinggan ni?'

'memang nak suruh dia basuh pinggan pun. biar dia rasa'

dalam hati - see, mak dah boleh terima awak slow-slow.


sebelum balik.

'bawak kereta baik-baik'

'baik makcik'

'hmm. jaga dia ni elok-elok. harap jangan buat dia susah hati sebab kita jaga dia elok dari kecil'

'ya, makcik'

*sebak*

thanks mom!


dalam perjalanan balik.

'nampak macam mak awak dah boleh terima saya'

'ha, so jangan cakap mak saya kerek lagi'

*gelak*


sepanjang perjalanan.

'ok?'

'ok'

'so?'

'so, tahun depan kena pergi beraya 2 buah rumah la'

*senyum lebar-lebar*


'oh, lupa nak pesan'

'apadia?'

'saya ada syarat'

'apa?'

'since saya dah bawak awak balik kampung, and my parents pun macam dah ok, then dah takde sebab awak nak flirt around dengan alasan my parents tak restu la apa la, oke?'

'hehe. okeh. tapi your parents bukan suka sangat pun'

'of course la. first time. lama-lama ok la kot. lagipun i`m still studying. but still, no flirting, oke?'

'okeh'

*lega*


terima kasih Tuhan.

Selamat Maju Jaya

semalam.

mendapat bantuan Si Dua untuk menempuh lebuh raya ke sempadan negeri hanya dengan bantuan 2 roda milik beliau. muka aku kebas sebaik sahaja sampai ke destinasi - book jpj test.

aku minta untuk pulang mengikut jalan belakang. tak lalu lebuh raya sebab aku gerun dengan kelajuan beliau. isk.

tapi, terima kasih la ye Si Dua.

upah pun dah bagi.

bicara tentang 'Saya dan Dia Pulang ke Kampung' pun sudah. dan aku sempat bagi tips-tips yang agak berkesan sekiranya beliau ingin apply pada famili Si Dua-Dua also known as Cik Heroin.

dengar kata, esok ya? test bermula.

good luck, bro!

hahahaha. bukan susah sangat pun kan? just be cool and hypocrite sikit-sikit.

Tahyul Atau Betul?

semalam.

Si Ungu telefon aku. aku rasa aku dah jadi 'Cik Kaunselor' pada dia. selalu kalau ada masalah, mesti dia akan call dan berborak panjang. aku pun layan je la. sebab aku ikut law 'that`s what friends for' kot.

jadi semalam dia mengomel-ngomel.

katanya dia terkena buatan orang.

entah nak percaya ke tak, aku tak pasti. tapi agak seram jugak la masa awal-awal dapat tahu, sebab aku selalu jugak benarkan dia bermalam di rumah aku. mana lah tahu kan, ada orang follow.

antara kesan pada dia adalah dia menjadi kurus kering dan hubungan dengan kaum Adam tak kekal lama.

well, kalau aku kaji balik history sepanjang aku kenal dengan dia, dah lebih daripada 2 orang jugak lah yang putus tengah jalan. [lebih daripada 1 adalah plural, ok]. yang ketiga pun tak kekal lama.

tu semasa aku kenal dengan dia lah. yang sebelum tu tak sempat nak buat kaji selidik lagi. kami start kawan pun baru je nak masuk 2 tahun kot. lupa.

tapi agak kesian la dekat situ.

tiba-tiba teringat pasal kes tahyul semasa Zaman Kedukaan Famili aku lebih kurang 4-5 tahun yang lepas.

semuanya bermula dengan Si Empat, yang memang pada dasarnya adalah sangat degil dan keras kepala.

selepas beberapa insiden, Si Ayah pun jadi sibuk la pada tahun tersebut.

sibuk cari air penawar la, bawa pergi jumpa bomoh tu la, ustaz ni lah, pak imam tu lah, semua pun Si Ayah ikutkan. dengar je ada ustaz yang berkaliber, mesti Si Ayah usahakan jugak.

dengan kes pindah rumah banyak kali.

rumah tu tak sesuai. rumah ni ada penunggu. rumah tu tempat lalu-lalang makhluk halus. rumah ni kena banjir. sehinggakan rumah yang baru siap sekarang ni pun, dah ada orang nampak 3 ekor yang bergeyantangan.

dengan Si Emak yang asyik mimpi bukan-bukan. Si Enam yang nampak bukan-bukan. aku pulak asyik dengar bunyi cakaran.

macam-macam.

tapi ni tak berkaitan dengan buatan orang. aku rasa lah. dan aku harap pun macam tu lah.

rumah terakhir yang kami pindah masuk agak ok jugak lah. tapi Si Empat yang selalu dengar benda bukan-bukan. aku jarang berada kat rumah, selalu kat hostel.

kemudian kami berpindah sebab Si Ayah tukar cawangan tempat kerja.

lepas tu duduk kat rumah Si Nenek sebelah Ayah. betul-betul sebelah kubur. bukak tingkap je nampak kubur. memang agak meremang kalau sorang-sorang.

so, berbalik pada topik asal. eh, ada topik ke?

sampai sekarang takde apa perubahan pun pada Si Empat aku tengok.

tsk tsk.

tapi pada Si Ayah dengan Si Emak ada lah. mungkin tu adalah hikmahnya.

Zaman Kedukaan tu jugak la yang sedikit sebanyak membantu aku untuk menjadi 'orang' bilamana aku tengok Si Ayah dan Si Emak, dukacitanya mereka atas apa yang berlaku, susah payah mereka untuk membetulkan keadaan semula dan sabar mereka menghadapi ujian dan cakap-cakap orang sekeliling.

sekarang Si Famili sudah agak lega. masalah masih datang. tapi sudah tahu cara untuk handle. dan tiada masalah yang merunsingkan sama seperti masalah pada Zaman Kedukaan. anggap itu semua ujian.

oh, terima kasih Tuhan.

tahyul atau betul?

lu pikir la sendiri.

Thursday, January 7, 2010

Ralat #15 - Tak Boleh Harap

sedang mencari.

siapa-siapa yang baik hati.

yang boleh tolong aku kali ni.


tapi, tak jumpa.

mana-mana yang mengaku skandel.

semua nya cakap-cakap sahaja.


mintak tolong Si Dua akhirnya.

nasib baik beliau setuju aje.

tapi jalan tak tahu pula.


ah, gamble saja..


p/s- harap-harap pertolongan itu berbaloi untuk hari penentu kelak. Amin.

Wednesday, January 6, 2010

Edisi Balik Kampung #2 - Bukan Aku Tak Cinta

ini berlaku semasa dalam perjalanan pergi.

'macamana kalau kena reject? lagi?'

'jadi la macam lagu ni'

sambil terus nyanyi lagu Iklim - Bukan Aku Tak Cinta.

Saat kita berpisah
Kau pegang erat tanganku
Sepertinya tak merelakan
Kepergianku untuk meninggalkanmu

Dermaga saksi bisu
Waktu ku kucup keningmu
Perlahan kau lepaskan pegangan tanganku
Aku lihat kau menangis...

Lambaian tanganmu
Masih ku ingat selalu
Itu yang terakhir
Ku melihat dirimu

Sudah sering kau kirim surat
Namun tak pernah aku jawab
Lalu kau kirimkan undangan
Agar kau tak berharap

Bukannya aku tak tega
Bukan pula aku tak cinta
Kerana orang tua
Yang tak merestui cinta kita

ceh.

oh ya, aku memang berjaya pulang ke kampung minggu lepas.


with him.

Ralat #14 - Plan Your Work, Work Your Plan

hari ni. aku rasa menyesal datang lab. boleh buat ayat macam tu?

Si Ibu tak Mengandung tak datang. tak sihat katanya.

Si bekas Pembantu Tak Rasmi dah pun keluar. cari makan katanya.

Cik Kaunselor for sure la tak datang. tengah emosi nampaknya.

aku datang pun sebab nak makan aje.

lepas tu konon ada janji dengan Si Ketua Rumah.

sekali, appointment pun tak buat lagi. kena cancel lagi.

aku call Sekolah Memandu pulak. hajat nak book JPJ test. again.

sekali, takde orang angkat pulak.

terpaksa sms Cekgu Skandel. mintak nombor telefon yang boleh pakai.

dah book tambah jam untuk belajar je.

JPJ test tak boleh book by the phone. kena pergi sendiri.

so, satu hal pulak. nak mintak tolong siapa. kena pergi waktu bekerja.

Mr.Magoo for sure la tak dapat.

mintak tolong Cekgu Skandel. tidak boleh confirm.

mintak tolong kawan-kawan. kena tunggu masa dan ketika yang sesuai.

sigh.

aku benci bila jadi perkara yang aku tak sangka sedangkan aku dah plan awal-awal.

tapi itu lah nama nya hidup.

kehidupan.

Qada` dan Qadar dari Yang Satu.

Tuesday, January 5, 2010

Pada Suatu Hari #3 - Comel

pada suatu hari.

gelak-gelak. riang gembira.

dia pandang aku.

'eee.. comel'

senyum. happy.

'apa yang comel?'

kurius. ingin tahu. testing.

'mata. hidung'

senyum. happy.

Kompleks #13 - Alasan Taknak Buat Kerja

sekarang aku kat lab.

dan kalian pasti faham bukan. aku kat lab dan update blog banyak kali, means aku tak berapa nak punya kerja.

ya, betul!

dan suasana agak sunyi.

hanya Si Ibu Mengandung yang dah tak mengandung je ada dalam lab, and of course la Si Rajin dan Ahli-Ahli Lab Dalaman.

Cik Kaunselor dah takda. sob sob.

actually, I kinda miss having her around.

yelah, dia kan my kaunselor tak rasmi. ceh. aku pulak kan banyak benda yang selalu bermain-main dalam kepala otak aku ni yang perlukan sepasang telinga untuk mendengar dan sepasang bibir untuk mengolah balik.

Si Ibu yang-dah-tak Mengandung pun ada. tapi beliau kan sudah dewasa sebab dah kahwin and dah ada baby pulak, gaya hidup agak sudah lain macam.

Si Pembantu Tidak Rasmi pun sama. jugak dah jadi bini orang.

yang tinggal hanya lah Si Cekgu.

erk. tapi perlu ke aku berkawan dengan beliau.

no way, never!

Azam dan Harapan Saya

ok, aku dah selamat pulang ke hutan tropika balik.

rasa macam dah habis satu kerja, datang kerja lain pulak. apa yang mengganggu fikiran aku sekarang of course adalah lesen lesen dan lesen.

apasal aku sangat tidak ada jodoh dengan lesen ni?

minggu depan aku akan cuba lagi. aku dah tak nak berharap sangat, tapi for sure la aku akan doakan kali ni aku akan berjaya menggenggam sekeping lesen. ceh.

rasa macam bodoh gila je gagal banyak kali.

tapi, mungkin bab-bab lesen ni is not my thing. mungkin la kan. siapa tahu. [ayat nak tutup malu].

sebelum lesen L aku expired, aku nak cuba lagi sekali.

insyaAllah aku akan dapat.

doakan ya?

Friday, January 1, 2010

Kompleks #12 - Nak Ke Tak Nak Ke

okay.

aku ada masalah. besar punya! hahah.

hati terasa membuak-buak perasaan ingin balik kampung. kangen sama Si Orang Kampung. juga ingin duduk dalam Si Rumah Baru.

tapi aku takut nak balik naik bas. sebab bas Sani Ekspress yang aku selalu naik tu kan baru je menjadi 'famous amos' dalam sejarah kemalangan bas negara.

maka nya, aku telah mengajak Mr.Magoo untuk menemani aku dalam minda separuh sedar. dan surely he will agreed.

tapi aku rasa macam sangat nervous. satu badan rasa takut semacam je ni.

kalau ikutkan, hari ni la kami [erk, kami?] patut bertolak. tapi.. hmm..

sangat takut maa. dan juga sangat ingin balik. nak minta semangat daripada Orang Kampung.

well folks, how do we solve this problem?