Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, December 31, 2010

Najwa Mahiaddin - Got To Go


This time I'm gonna live my life,
I ain't no stepford wife,
No I ain't perfect,
Gonna find somebody who's worth it
And no, you ain't that person
Coz i caught you constantly flirtin'
With my best friend...

So i guess i'll say goodbye
I'll find me another guy

Why, (why, why, why) You always makin' me
Cry, (cry, cry, cry)
No I can't stand it, no you can't be my man
It don't matter who you are,
Even if you were a star,
You've got to go (Go, go, go... go, go, go)

Read my lips i'm leavin',
and no no i ain't teasin',
This time it's for real,
Gotta find you another girl,
Coz this one sure ain't stayin',
By the time you finish what you're sayin'
I'll be gone...

Wednesday, December 29, 2010

Edisi Balik Kampung #8 - Malang Tidak Berbau

kejadian ni berlaku dekat highway Cheras-Kajang selepas aku pergi pick-up Si Dua. tiba-tiba je dari jauh nampak lampu berkelip-kelip kat sebelah lane paling kanan. aku mulanya fikir mungkin ada pembaikian jalan ataupun road block, sebab masa tu niat nak balik kampung memang dalam kepala otak clear daripada segala segi jenis kemalangan.

sebab kata orang, bila kita berfikir sesuatu perkara, itu yang akan jadi. eh, betul ke?

takde lah sesak sangat masa tu. polis dah sampai tapi mayat masih ada atas jalan. sempat jugak pakcik yang jaga lalulintas tu cakap :

'jangan berhenti. sorang mati. tak payah tengok'

macam tu lah lebih kurang, sebab aku tak dengar. Si Dua yang bagitahu sebab dia yang drive. aku kat sebelah separuh bangun sebab nak tengok mayat tu. first time aku boleh lihat ni, so aku tak lepaskan peluang walaupun lepas tu aku istighfar panjang.

TAKUT!

sebab kami pun dalam perjalanan pulang, dan itu baru permulaan. belum sempat masuk KL pun.

lepas tu aku dan Si Dua buat hipotesis masing-masing.

kemalangan ni melibatkan 3 kereta. waja, pajero dan saga atau iswara merah. waja remuk di depan, pajero remuk di belakang dan saga tu memang dah takde rupa kereta. so, aku kata waja rempuh belakang pajero yang terlebih dahulu merempuh saga yang melayang dari laluan sebelah. [imaginasi daripada cerita aksi terlampau banyak] dan mangsa yang terlibat adalah orang Cina. Si Dua pulak kata nampak macam orang India.

last-last kami setuju untuk rujuk Ondscene bila balik ke pangkal jalan nanti.

boleh rujuk kat sini untuk cerita yang betul dan ini sedikit gambar, juga dari sumber yang sama.

naudzubillah.




 





alhamdulillah kami selamat pulang ke kampung dan kembali.

Friday, December 24, 2010

Edisi Balik Kampung #7 - Cuti - Cuti Malaysia

esok cuti Krismas dan aku balik kampung.

celebrate!

bukan celebrate Krismas, tapi celebrate ulang tahun 'naik rumah'.

dah setahun tinggal kat kawasan kejiranan baru.

sampai sekarang aku tak bermasyarakat dengan mana-mana jiran pun.

tak sempat nak kenal, cuti dah habis.

balik lagi sekali, dah hilang ingatan.

eh, boleh ke begitu?

cuti bukan lama pun.

sebulan bukan. seminggu pun bukan.


tapi perangai macam nak balik setahun.

macam start cuti semester, padahal baru daftar semester kelmarin.

apa nak jadi ni?

anyway, doakan aku selamat pergi dan balik ye.

turut serta adalah Encik Johnny, Si Dua dan Si Dua-Dua.

bolehlah tidur je kat belakang. eheh. ^^

kalian pun sila jaga diri, hiasi peribadi ye.

selamat hari natal pada yang menyambut!
sekian.





by the way, apa resolusi 2011 kalian?

Nota Kaki #6 - Simple


me do 'complex', so me hope you do 'simple'.

Thursday, December 23, 2010

Edisi Lelaki #6 - Masihkah Kau Ingat

tajuk takde kaitan.

ini cerita zaman dulu kala, dah beberapa kurun dah aku teringat nak berkongsi dan bertanya. tapi bila aku start menaip je, aku akan mengarut ke arah lain. jadi sebelum aku mengarut buat kesekian kalinya lagi, ingin aku utarakan pertanyaan ini kepada kaum lelaki di luar sana.

betul ke ni?

kawan kolej aku ada cerita. 'lelaki ni' kalau pasangan dia yakni 'si awek' tiba-tiba mencurangkan diri dan terkantoi sedang berpacaran dengan 'lelaki lain', maka 'lelaki ni' akan datang menyerang dan memarahi 'si awek', bukan akan bertumbuk dengan 'lelaki lain' itu.


berlainan pula dengan 'perempuan ni', kalau pasangan dia yakni 'si balak' tiba-tiba terkantoi sedang berteman tapi mesra dengan 'perempuan lain', maka nahaslah si 'perempuan lain' tu. aku jamin ini memang berlaku. lepas habis marah tu, baru dia marah pada 'si balak'.

dan kalau 'perempuan ni' pesen tak reti marah atau baik hati atau lemah lembut atau sopan santun dan sebagainya, itu cerita lain lah.

tapi betul ke bab 'lelaki ni' tu? kalau anda berada dalam situasi 'lelaki ni', apa anda akan buat?

walaupun dunia dah maju, zaman dah berubah sekarang, di mana apabila cinta ditolak pun dah kena simbah asid, tikam menikam, rogol merogol, bakar lepas tu campak ke laut. tak pun pergi terjun bangunan. naudzubillah! tapi nak jugak tahu apa tindak-tanduk manusia normal macam kalian lelaki jentelmen?



semalam aku mimpi ada kawan aku kahwin dengan non-muslim, 
tapi dia pulak yang pergi convert agama. wadehek?

Wednesday, December 22, 2010

Kisah #31 - 1000 Kali Cinta

tadi macam biasa balik dari sekolah terus menerpa depan tv sebab nak layan CSI ulangan tahun lepas. dengan ditemani oleh Cik Ceria yang tidak boleh berenggang dengan hp beliau.

cerita yang kami layan adalah 1000 Kali Cinta diselang selikan dengan Hawaii Five-O yang lama.

korang ada layan ke?

ala, cerita dia macam cerita 50 First Dates tu, heroin dia selalu hilang ingatan lepas bangun esok pagi sebab amnesia.

tak ingat? sila mintak tolong dengan Enche' Google.

cerita 1000 Kali Cinta ni dah nak habis dah pun, akan diganti dengan cerita-apa-tajuk-aku-lupa lakonan Liyana Jasmay dengan Pierre Andre. mengikut ilmu hisab yang aku ada, cerita 1000 Kali Cinta ni patut habis hari Khamis.

semalam aku ingat hari ni lah hari Khamis, sebab tu beria duduk depan tv nak tengok ending selepas Miasara aka Intan Ladyana kena culik dengan Huda aka Marsha Milah Londoh. aku bajet ending dengan Mia dijumpai lepas tu -TAMMAT- je lah kan even cerita macam takde kesinambungan sebab dorang tak bersanding lagi sebelah pihak lelaki, Encik Nizam aka Kamal Adli, takde baby lagi, penyakit pun tak sembuh lagi.

rupa-rupanya hari ni Mia sempat pregnant enam bulan. lepas tu bangun pagi duk jerit 'mak! apasal dengan perut Mia ni? kena busung ni mak. mati la Mia lepas ni'

adoi!

gelak ketawa jugak tengok scene tuh. nasib baik Nizam dah keluar bilik awal 10 saat. kalau tak, kena hempuk dengan kerusi lagi lah jawabnya.

aku ada beberapa persoalan pasal cerita ni walaupun baru tengok sejak minggu lepas, tapi tak susah pun nak catch up.

  • awatnya tak pergi berubat dulu before kahwin? dia dah dikira berkahwin dengan orang yang 'agak kurang waras' - macam tak cukup la akalnya masa nak kahwin tu walaupun dia sedar. sebab dia sedar hanya untuk hari tu. ingat pun untuk hari tu je. kesian dia. kesian lagi kat Nizam. kesian kat bakal anak. sudahnya kalau mak ayah dia mati esok camana? haru tak?
  • macamana dalam masa sehari, Mia dah boleh percaya dan senang hatinya jatuh sayang dengan Nizam setiap kali selepas tengok gambar/video kat laptop? senangnya perasaan sayang dia bercambah. konpius!
  • selepas enam bulan, Huda masih lagi tak boleh lepaskan Nizam, dengan ayatnya 'aku nak kena pergi sana, nak tengok muka dia pun jadilah. aku rindu sangat' walhal sebelum tu dia kata 'aku lepas rindu dengan baca blog Nizam setiap hari. tengok gambar dia kat blog je' 
  • dengan bekas boss Huda tu yang duk tergila-gilakan dia sangat sampai datang cari kat rumah dan kena sound dengan Mina tu sambil tutup telinga. lepas tu tanya 'umur berapa nak nasihat orang ni?' tapi mungkin orang macam ni la yang akan menyebabkan bercambahnya jenayah membunuh akibat cinta tidak dibalas sekarang ni ye? bahaya ni.
  • dan lepas setahun lebih kahwin, takkan lah takde usaha nak cari pakar yang betul pakar dan boleh ubati Mia tu? orang kaya kot. tsk tsk. 
yang bagusnya cerita ni sebab Nizam tu sangat lah sabar orangnya. sebab tu tajuk pun 1000 Kali Cinta. ada lagi ke dalam dunia akhir zaman ni lelaki sebegitu rupa? nak 'cop' satu! ^^

cuma rumit sebab angkara orang ketiga dan keempat yakni Huda dengan Peah dan Mak Nab. lepas tu Mina yang macam tak boleh simpan rahsia dan bekas boss yang tak paham bahasa. tapi sedih jugak scene Peah yang mengintai Nizam dengan Mia bersanding. kesian!

takde kerja aku nak update pasal cerita ni pulak. haha.

tunggu jelah esok ye. sekian!


ini sedikit info pasal amnesia.

What is amnesia?

Amnesia is a profound memory loss which is usually caused either by physical injury to the brain or by the ingestion of a toxic substance which affects the brain. In addition, the memory loss can be caused by a traumatic, emotional event.

What are the characteristics of amnesia?

People with amnesia have difficulty learning new information, and/or they have difficulty recalling previously learned information. They may be disoriented and confused. Their memory deficit causes problems for them either at work, in school, or in social settings. Sometimes the memory loss is severe enough to necessitate a supervised living situation.

Does amnesia affect males, females, or both?

Amnesia can affect anyone, male or female.

At what age does amnesia appear?

Amnesia can occur at any age.

How is amnesia diagnosed?

A mental health professional will want to take a careful personal history.

Causes of amnesia can include:
  • External trauma, such as a blow to the head
  • Internal trauma, such as stroke
  • Exposure to a toxic substances such as carbon monoxide
  • Inadequate diet
  • Brain tumors
  • Seizures
There are no laboratory tests that are necessary to confirm amnesia nor are there any physical conditions that must be met. However, it is very important not to overlook a physical illness that might mimic or contribute to amnesia. If there is any doubt about a medical problem, the mental health professional should refer to a physician, who will perform a complete physical examination and request any necessary laboratory tests.

Very sophisticated psychological testing, called neuropsychological testing, can be very helpful in determining the presence of amnesia. Sometimes the diagnosis of amnesia can be aided by the use of brain scans such as the magnetic resonance imaging (MRI).

How is amnesia treated?
Psychotherapy can be helpful for people whose amnesia is caused by emotional trauma. For instance, hypnosis may help some patients/clients recall forgotten memories.

Sometimes it is appropriate to administer a drug called Amytal (sodium amobarbital) to people suffering from amnesia. The medicine helps some people recall their lost memories. The use of hypnosis or Amytal has become controversial when it is used to help a patient recall repressed memories, especially repressed memories associated with sexual abuse. After recalling memories of abuse, some patients have filed suit against the alleged perpetrator of the sexual abuse. The validity of memories recalled under these treatment situations is being questioned and tested in the courts.

Hospitalization is usually not necessary to treat amnesia unless the person is at risk for harming himself/herself.

What happens to people with amnesia?

The course of the amnesia is variable depending upon the cause of the memory problem. By removing the toxic substance, for instance alcohol, the person’s memory will recover within hours. However, if the brain has been severely injured, it may take weeks, months, or years for recovery to occur. In some instances, the amnesia never goes away.

Therefore, the prognosis depends upon the extent of the brain trauma. If an ingested substance caused the memory loss and the body can rid itself of the offending substance without causing permanent brain injury, the prognosis is quite good. However, once the brain is damaged it may be very slow to heal, and therefore, the prognosis can be quite poor.

What can people do if they need help?

If you, a friend, or a family member would like more information and you have a therapist or a physician, please discuss your concerns with that person.



bak kata Mina la tadi kan. 
sayang tidak boleh dipaksa tetapi cinta boleh dibeli, 
namun bahagianya sekejap sahaja. eh, tetiba lah pulak.

Melayu Boleh

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini:
 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya”

Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.


Tuesday, December 21, 2010

Kompleks #39 - Bloody Tense!

sangat tensi mencari formula kecekapan penukaran tenaga yang betul. oh!

*mukaberkerut*

ya, saya sedang buat kerja sekolah. sila percaya!

sekian.



err. gambar tiada kaitan. ^^

Sunday, December 19, 2010

Kisah #30 - Semalam Hari Sabtu

pembuka acara.

ke wedding reception kawan sekolah lama.

bersama-sama Si Bestie yang konon single tanpa hubbynya.

dan ditemani oleh Si Dua yang berjaya dikidnap oleh saya.

berjumpa kawan-kawan lama dan update berita sehabis daya.

tahniah buat pengantin baru ya?

semoga kekal bersama sentiasa hendaknya.


petang.

terus bergerak ke tempat seterusnya.

yakni ladies room untuk bertukar pakaian dan rupa.

dari sopan kepada kasual demi menjaga etika semata.

ini semua Si Bestie punya angkara.

entah datang dari mana, aku ikutkan sahaja.

begitu juga Si Dua yang menjadi pemandu setia.

mintak maaf ya, memenatkan kamu saja.


malam nya.

bergerak menuju Burger King idaman Si Dua.

mencuba makan Whooper Jr.

sebab ini adalah first time saya.

takkan terus nak makan double Whooper macam Si Dua.

nanti terkenyang dan teroverdose pula.


penutup.

pulang ke rumah dan seperti biasa.

terus bertukar status menjadi penunggu setia.

rumah saya yang sentiasa kosong tanpa penghuninya.

saya sedih, mana kamu semua?

selalu hilang dan tinggal dengan anak-anak sahaja.




sob sob.

Wednesday, December 15, 2010

Hari Asyura 10 Muharram

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

1. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
2. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3. Dicipta Adam a.s.
4. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11. Diangkat Nabi Isa kelangit.
12. Diangkat Nabi Idris ke langit.
13. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16. Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan jalan kepada orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim 
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 

lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


sumber dari sini. 

Tuesday, December 14, 2010

Edisi Kenangan #5 - Mencintaimu

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya..

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta...



jadi.. selamat tinggal sayang...

Kaunter Pertanyaan #1 - Tuala Wanita

tadi sambil berborak dengan Cik Ceria sambil layan Seribu Kali Cinta sambil mulut bercerita.

tiba-tiba keluar iklan Stacy jadi model untuk tuala wanita jenama-apa-pun-aku-tak-ingat dengan ayat lebih kurang macam ni

'anda tak boleh tidur lena sebab basah masa period?' 

itu yang aku faham lah, tapi mula-mula tak berapa nak 'dapat' jugak iklan ni, sebab duk tengok Stacy bergolek sana-sini je kat atas katil tuh. kalau orang-orang tua mesti dah cakap, 'apekehei nye minah ni duk golek-golek je nih'

lama-lama baru aku macam boleh bajet 'oh, iklan tuala wanita'

terus jadi topik perbualan aku dengan Cik Ceria lebih kurang seperti di bawah;

aku; memang ada ke perempuan yang sampai tak boleh tidur sebab rasa basah time period? kalau tak boleh tidur sebab senggugut ke, macam ada logiknya.

Cik Ceria; yelah.

aku; macam tak pernah pun? rileks je tidur. haha.

Cik Ceria; itu lah. kan ke kita dah tahu period. so sebelum tidur tu pandai-pandai la pergi tukar baru. masa aktiviti gosok gigi cuci muka sebelum tidur tuh. nak tidur 7 jam takkan nak tidur berdarah-darah macam tu.

aku; ha. itu lah pasalnya. mesti lah dah siap sedia sebelum tidur.

Cik Ceria; tahu takpe. tuala wanita tu semua sama je lah.

aku; *senyum*

tukar topik lain pulak lepas tu sebab terkedu tengok iklan Dato' Fadzillah Kamsah - perkasakan jiwa masa Catriona jadi tetamu. cerita lain.



soalan berbunyi begini, adakah anda rasa semua tuala wanita memberi impak yang sama? ^^




jawapan aku ; boleh kata setuju jugak.
tapi kalau sudah melampau, kena ada sayap! baru boleh terbang. haha.
anda pula bagaimana?

Monday, December 13, 2010

Edisi Kereta #11 - Mari Belajar Mengisi Angin Tayar

setelah berminggu memandu Encik Johnny secara tidak selesa akibat kekurangan angin di bahagian tayar hadapan, maka tadi sempat meminta belas ihsan daripada Si Pembantu 1 dan 2 untuk menolong aku dalam Tutorial : Mari Mengisi Angin Tayar Kereta Anda! eceh.

sebenarnya, pernah je ikuti tutorial ni bersama Si Dua secara teori dan aku ingat nak buat praktikal 2 minggu lepas tetapi aku rasa macam lack of confident.

ewah! nak isi angin tayar kereta pun mahu konpiden ke?

eh, tahap konpiden yang tinggi mestilah perlu ada untuk mengelak anda termalu seorang diri di situ selepas terkial-kial kerana tidak punya kemahiran yang secukupnya dalam mengisi angin tayar. boleh ke begitu? walaupun nampak simple tapi disebabkan ia adalah percubaan kali pertama, maka bagi aku automatically ia akan bertukar menjadi penting.


ok. cara pertama mestilah mencari tempat mengisi angin tu dan kemudian, mestilah make sure bahawasanya pengisi angin [betul ke orang panggil benda ni?] tu berfungsi. kalau tidak, anda mungkin akan berada dalam situasi termalu dan terkial-kial macam aku cerita kat atas.

serius, kalau aku pergi sorang je tadi, aku bedal je. mesti tak tahu punya. ^^

cara kedua, senang je. setkan tekanan angin untuk tayar kereta anda. anda boleh rujuk dekat pintu sebelah pemandu. untuk Encik Johnny adalah 210 psi untuk kedua-dua tayar depan dan belakang.

tapi, sebelum ni biasanya Si Dua isi 200 psi je.

lepas tu, bukak tiub dan isi angin sampai alat pengisi tekanan tayar tu bunyi 'ting ting ting'. senang kan? haha. tapi kena makesure angin masuk dengan memegang pengisi angin secara profesional, eh maksud aku secara betul, sehinggakan angin dijangka masuk. lepas tu, anda jangan lupa tutup balik tiub tu.

dan, siap!



terima kasih Si Pembantu!

Saturday, December 11, 2010

Nota Kaki #5 - Comma


'i think, we have to put a comma for a while and endure the so-called suffer for a bit.
if the 'love' is still in the air, it is worth fighting for. but if it's not there, then we just have to know when to let go'

Thursday, December 9, 2010

Nota Kaki #4 - Special

Vlcsnap827322 


'Woman was made from the rib of man, she was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him'

Love

IF YOU LOVE SOMEONE NOTHING MATTERS..
IF THEY ARE SHORT OR TALL..
BIG OR SMALL..
DOESN`T MATTER AT ALL...
WHAT THEY LOOK LIKE..
COLOUR OF THEIR SKIN..
OR FAT OR THIN..
LOVE IT COMES FROM WITHIN..
LOVE YOU CANNOT BUY OR SELL..
BUT LOVE YOU CAN ALWAYS TELL..
LOVE IS BLIND MY FRIEND..
DO NOT FIGHT IT AS LOVE WINS..
LOVE IS BIGGER THAN ALL OF US..

Wednesday, December 8, 2010

Nota Kaki #3 - Missing


'me is missing you very much, me hope you feel the same way too'

Kisah #29 - Maaf

hari ini hari hujan.

tapi oleh sebab terasa diri overdose rajin dengan membuat Larutan Kedua yang baru petang tadi, makanya saya terlupa hujan yang turun akan menyebabkan tempias lantas membolehkan baju saya di jemuran basah.

saya hanya teringat tentang baju saya itu apabila mendapat sms dari Si Ketua Rumah yang disedari oleh Si Pembantu 1 ketika berada di luar makmal dengan menyangkakan ianya adalah panggilan masuk lalu berlari-lari anak menyerahkan telefon kepada saya.

saya ketika itu memang sedang merajinkan diri untuk kesekian kalinya sehingga disapa oleh Cik Anne yang tidak sengaja memasuki lab lantas mengeluarkan soalan hairannya yang berbunyi lebih kurang begini - aik, masuk lab lagi ke?

dengan erti kata lainnya, soalan itu juga memberi maksud kedua iaitu saya sudah tidak sepatutnya masuk ke lab dan menjalankan eksperimen tetapi saya sebenarnya harus berada di hadapan komputer sahaja sambil menaip-naip, bukan untuk dipost dalam blog tapi untuk disiapkan menjadi disertasi.

alhamdulillah saya tidak stress untuk hari ini.

selepas eksperimen saya dijangka sudah siap, saya bersegera untuk pulang ke rumah kerana teringat akan baju saya di jemuran yang dibasuh di pertengahan minggu disebabkan perancangan awal saya yang hendak bekerja pada hujung minggu ini, malangnya saya terpaksa tangguhkan sesi Mari Mencari Rezeki tersebut kerana masa telah ditunda buat kali keempat menyebabkan saya berfikir bahawasanya kerja kali ini mungkin bukan jodoh saya.

dalam perjalanan balik, saya terlupa bahawa laluan ke rumah saya itu berkemungkinan besar akan dinaiki air walaupun hujan yang turun tidaklah masuk 3 jam, makanya saya bertukar jadi saspen dan kaget dengan minda yang berfikir 'adakah Encik Johnny akan melepasi banjir kilat ini' sekaligus menyebabkan saya TERtekan pedal minyak secara tidak langsung menyebabkan air itu terpercik dengan sangat kuat sehingga 2 orang pejalan kaki terpaksa berdiri tegak seperti ingin menyanyi lagu kebangsaan.

tiba-tiba saya terasa bersalah. amat.

sebab saya pernah juga berada di tempat pejalan kaki tersebut dan keadaan yang sama pernah terjadi kepada saya dan saya terus menarik muka empat belas sambil saya berjanji di dalam hati - 'kalau aku ada kereta, aku tak akan buat macam tu'.

tapi hari ini, saya benar-benar tidak sengaja, mungkin saya kaget kerana risau dengan Encik Johnny dan rasa bersalah saya itu saya bawa sampai ke rumah, sambil mengangkat jemuran saya berfikir betapa bersalahnya saya kerana telah membuat perkara sedemikian rupa dan saya takut andaikata pejalan kaki itu mempunyai mulut yang tidak berinsurans lantas mendoakan yang bukan-bukan kepada saya.

saya minta maaf ya, pak?

Monday, December 6, 2010

Doa Awal dan Akhir Tahun


Doa Akhir Tahun:

Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wasallam

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



selamat tahun baru. 
aku berazam nak jadi orang yang lebih baik. amin. apa pulak azam kalian?

Sunday, December 5, 2010

Petua #2 - Nak Dapat Bibir Macam Justin Bieber?


tahun lepas aku ada baca.

'Petua untuk bibir merah semulajadi adalah dengan menyapu mentega atau majerin pada bibir sebelum tidur setiap hari. 

sekian.'


takde pun dia sebut Justin tu, saja je nak mark up. ceh!

makanya nak jadikan cerita, aku pun ikut sama buat petua di atas. konon-konon nak bangun pagi esok dan hari-hari seterusnya feeling cun la. bibir merah dan merekah bak delima.

2 malam aku try. last-last bibir aku jadi kering. jem! dah tak berjaya dapat bibir merah berseri, apatah lagi bibir macam Justin Bibir. tsk tsk.

tapi apapun, korang digalakkan untuk mencuba. tak dapat jadi macam Justin Bieber di atas, jadi macam yang dekat bawah ni pun boleh. ^^

selamat mencuba!


Saturday, December 4, 2010

Kisah #28 - Nafsu


petang tadi cuba nak isi masa lapang dengan habiskan drama Korea - Boys Over Flowers. entah macamana la aku boleh terstuck dengan cerita ni. dah lebih daripada 2 minggu dah sesi mendownload telah tamat, tu pun sebab masa tu terasa gian nak dengar Korea punya language.

*aku suka bahasa Korea*

cerita ni ada 25 episod. nak download pun sudah satu azab, nak habiskan tengok pun lagi satu azab. nak delete lepas dah habis tengok? lagi lah rasa macam satu pembaziran. nak burn masuk dalam cd, Cik Lappy buat perangai pulak. dengan 'saun trabel' yang muncul tiba-tiba. jem!

harap-harap Cik Lappy dapat bertahan sampai habis pengajian.

cerita ni sebenarnya sama je dengan cerita Meteor Garden tu. tapi aku tak layan, sebab bahasa Taiwan. kurang point menarik untuk tengok, walaupun cerita ni dapat sambutan jugak lah masa tu. lepas tu keluar version Japan pulak, last ni baru keluar versi Korea.

aku siap baca sinopsis online lagi pasal cerita ni sebab dah tak terlayan nak duduk depan Cik Lappy lama-lama layan drama. tahu-tahu je lah kan, drama macam ni selalu ada bengkang bengkok simpang siur bermacam lagi lah yang melambatkan proses klimaks. tapi the whole story nak cerita kisah cinta hero dengan heroin je.

tapi heroin dia comel, oke!

kita pun duk terikut lah jugak kan drama-drama yang diselitkan ni. hish. apa nak jadi lah. membazir masa dan ketika. kalau sekejap takpe lah jugak, boleh layan perasaan perahsantan ni. sekurang-kurangnya boleh buat-buat busybody macam dia. ok, cerita lain.

tadi sempat layan dari episod 18 sampai habis. ingat nak tengok laju-laju dan skip mana-mana scene yang tak tunjuk muka Geum Jan Di dengan Gu Jun Pyo, tapi itu pun makan masa 3 jam! aduh.

rosak plan.

rancangan awal dari isi masa lapang terus jadi isi masa makan malam. study pun terketepi pulak tiba-tiba.

tiba-tiba teringat kat zaman dulu kala, masa nak ambil SPM kot. ada cikgu atau pakar motivasi [aku dah hilang ingatan] berkata bahawasanya, cerita dan drama tv tu boleh tinggal, tahun-tahun depan akan keluar lagi dekat tv. tapi exam tak boleh buat macam tu. berkorban lah sikit untuk satu tahun tu je. memang betul pun, kebanyakan rancangan famous kat tv masa tu, keluar balik tak lama kemudian dan aku akan selalu teringat kat pesan cikgu tu walaupun result periksa tak berapa bagus. ceh!

tapi masalah aku hari ni, cerita dah save pun dalam Cik Lappy, boleh tengok lepas dah kahwin [eh, apa kaitan] tapi nak jugak layan macam ni. nafsu ke namanya tu? :P ini dah kira bagus sebab dah masuk sebulan aku tahankan, sampai sanggup baca sinopsis lah katakan untuk menspoilkan mood nak layan.

omai omai.



aku kena cari nafsu yang sama untuk buat thesis lah pulak gamaknya. hehe.

Friday, December 3, 2010

Nota Kaki #2 - Wondering


"i just wondering what are you doing right now. are you too busy to pick up my calls or are you just too tense about your job? what i am afraid of the most is the thought of you being emotional and tense all this while because she will get married to other person, soon. is that all this is about? you are mad at me because of her? or is that was just my old lame feeling? and important things of all, are you going to her wedding? are you even considering it? please do not, or else you will be sorry."

Nota Kaki



"saya mintak maaf. saya pilih untuk ada bersama. saya akan cuba. InsyaAllah"

Wednesday, December 1, 2010

Kisah #27 - My Student Life Update

semalam berjaya hantar e-mail kepada pihak biasiswa. itu pun dekat makmal, bukan kat rumah. connection kat rumah masih je buat aku mencuka tapi belum sampai memaki hamun macam sebelum ni.

so, tadi petang cuba telefon pihak biasiswa mengenai e-mail tu. in case kalau masuk spam box, tak ke naya kan?

tapi pihak biasiswa tiba-tiba bagitahu suruh hantar by pos sebabnya baru nampak macam official dan benda tu nanti akan dibawa ke dalam meeting. so, kalau by e-mail nampak macam main-main, dan tidak rasmi.

oh! *tepuk-dahi-sendiri*

baru perasan.

aku selamba je hantar borang permohonan by e-mail, macam aku pulak yang bagi biasiswa kat dia. eheh.

tengok jam, pukul 3.

nasib baik dah lunch dan siap mandi. cuma kena bersiap-siap je.

jadi aku terus pergi lab, print apa yang patut dan terus berkejar ke pejabat pos sambil berlumba dengan van pos laju.

nota; pos laju akan dikutip setiap jam 4 petang.

surat aku dengan lagi sorang pelanggan sempat jugak nak masuk dalam karung yang sama walaupun aku lupa nak beli sampul surat [ini Si Pembantu punya idea lah] dan dilayan nak tak nak dengan Cik-Kak-Jaga-Kaunter.

*aku benci berurusan dengan orang jaga kaunter yang tak reti nak berkhidmat dengan betul*

makanya, hanya menunggu dan berharap je. mungkin next week akan call lagi untuk dapat kepastian walaupun aku sebenarnya sudah terlambat nak buat permohonan sebab biasanya kena apply 3 bulan sebelum, tapi aku tak tahu. jem!

harap-harap lah dapat. Amin.

lepas berkejar-kejar ke pejabat pos, aku berusaha nak berurusan dengan Encik-Buat-Sampel yang selama ni sangat susah nak jumpa. dah 2 bulan sampel aku terbiar dan aku harap kali ni dapat pembelaan. ewah!

sebab semalam aku dah pergi, tapi beliau takde pulak. lepas tu aku cuba-cuba nak bertanyakan dengan seorang lagi Encik-Buat-Analisis dengan muka sedih sebab aku sudah tidak punya funding untuk membiayai setiap peralatan untuk analisis yang akan dibuat.

AKU KENA BAYAR PAKAI DUIT SENDIRI, OK?

tak ke naya tuh? aku rasa memang sangat berkorban jiwa, raga dan emosi dah selama ni, tapi sekarang kena tambah berkorban kewangan pulak. rugi betul 2 semester buat benda mengarut dan tak dapat result apa-apa. dem!

lepas tu jumpa pulak Cik-Bekas-Hosmet yang sudah pun berada di akhir penulisan tesis. jeles! mungkin boleh ambil sedikit dia punya semangat. tsk tsk.

oke, berbalik kepada Encik-Buat-Sampel kita tadi, nak dijadikan cerita aku berjaya hubungi dia dan berjaya jumpa dan berjaya meminta belas ihsan supaya dia buat aku punya sampel pada hari Jumaat.

well, seronok nya!

tapi, lepas tu aku pergi cari masalah pulak.

aku ternampak seorang mamat ni sedang buat analisis yang aku pun kena buat dan aku pun pergi lah masuk dengan harapan nak having a little chit chat kan. mana tahu dia boleh tolong.

tapi, yang aku tak nampak kat dalam tu adalah Ketua Pembantu Makmal yang jaga semua alat makmal dan etc. maka berfikir cara yang polite, aku tegur lah dia dulu.

tiba-tiba dia kata, 'awak datang sini selalu pakai kebenaran siapa?'

alamak! jem lagi.

aku cakap lah, aku memang ada pakai borang dan surat kebenaran daripada Prof. untuk ulang-alik ke sini sambil buat temu janji dengan Encik-Buat-Sampel sambil buat-buat muka budak skema.

dan chit chat itu berakhir dengan 'awak kena buat surat kebenaran lain daripada Prof. dan isi borang lain.'

omai! terus down balik.

kalian tahu kan, kalau berurusan dengan orang yang namanya dimulai dengan Prof ni memakan masa yang lama, malah mungkin lebih lama daripada Encik-Buat-Sampel sepertimana yang telah aku cerita dalam entri-entri sebelum ni.

*muka-bertukar-jadi-cuka-balik*



sangat banyak benda yang aku kena listkan dan kemudian buat dengan betul mengikut priority yang paling utama sebab aku sangat berada dalam keadaan limited sekarang ni. argh!




    

Monday, November 29, 2010

Ralat #57 - Caci Maki

esok dah 30hb November. omai omai.

sekarang bila dah dapat persefahaman dengan Si Cekgu, semangat pulak buat hal. entah ke mana-mana je lah dia pergi. last weekend ada lagi, tapi hari Isnin je terus hilang.

maka hari ni aku end up doing nothing except cursing for my internet connection yang slow-gila-nak-mati-sampai-kena-maki. dem!

bayangkan, aku nak bukak e-mail pun takleh nak loading!

Ya Allah. memang buat darah naik je.makin cepat lah aku tua macam ni.

dah loading, masa attaching tu pulak, aduh. banyak gila ambil masa. dari jam 1500 sampai sekarang belum setel. dah give up dah pun. setakat nak attach benda besar tu pun problem, memang buat aku hangin.

punya lah, mulut aku eksesais dengan perkara tak elok dari tadi. geram betul!

rasa takde internet lagi bagus.

ni ada ke takde ke, sama je pe'el nya. lagi buat menyampah ada lah. lagi buat sakit hati. kerja tak siap, apa pun tak boleh buat. technician datang tak datang, sama je macam sebelum ni. orang bayar pakai duit, bukan air liur. nak dapat service macam duduk kat ceruk kampung.

*asap-keluar-ikut-telinga*

well dear streamyx, sila lah berubah sikap, oke?

Thursday, November 25, 2010

Kisah #26 - Ku Bahagia!

ini sebenarnya cerita semalam, tapi oleh sebab aku overdose excited, semua orang dah tahu cerita ni makanya aku tak punya semangat mahu menulis. tapi biar lah aku kongsi jugak kat sini.

cerita nya takde la besar mana sangat pun.

tapi happy dalam dada aku ni, tak reti aku nak describe kan.

sebenarnya semalam aku dengan Si Cekgu telah mendapat kata sepakat membawa berkat di mana ia akhirnya memberi gambaran yang agak jelas mengenai penyelidikan aku ni. aku dah nampak jalan yang agak lurus walapun mungkin ada bengkang bengkok ataupun selekoh kiri kanan, tapi at least aku dah tak perlu masuk mana-mana simpang, sepertimana yang dikehendaki oleh Si Cekgu sebelum ni.

kalau tak, maka akan wujud lagi lah entri 'pening' seperti di bawah.

lega sikit rasa hati, walaupun ia tidak memberi jaminan apa-apa cumanya sekarang minda aku dah boleh fokus pada satu perkara, dan InsyaAllah aku tengah mencuba untuk memandang Si Cekgu dari sisi lain pulak. eceh!

bukan apa, sekarang ni aku nak cuba jadi lebih baik demi diri sendiri dan juga Orang Kampung tersayang.

doakan aku ya?




terima kasih Cekgu!



Monday, November 22, 2010

Kisah #25 - Bajet

semalam.

keluar pergi servis my Encik Johnny.

lari bajet!

hari ni.

keluar berfoya-foya.

aku. Si Dua. Si Dua-Dua. adik-adik Si Dua-Dua.

eh, bapak nye kompleks!

layan wayang. Megamind. saya suka!

TERbeli purse belang-belang.

MEMbeli pouch bag for handphone.

last but not least.

membaiki handphone. acara utama sebenarnya.

bajet berlari-lari meninggalkan aku.

jem!




2 minggu akan datang mahu berkurung je. eceh!

Thursday, November 18, 2010

Kompleks #38 - Pening Lagi

saya tengah pening campur tensi campur blur.

saya tak tahu nak start kat mana dulu. apa yang saya patut utamakan. tsk tsk. rasa macam entri seakan ni dah pernah tulis kot zaman dulu kala? hilang ingatan kejap.

sadly to inform, saya rasa saya kena tambah masa pengajian. T__T

jadi sekarang saya tengah cuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan bab 3 dalam tesis untuk memenuhi syarat-syarat permohonan melanjutkan biasiswa. lepas tu nak ada perakuan penyelia la bagai kan.

macam la kalian tak kenal penyelia saya also known as Si Cekgu itu.

sekarang beliau pulak yang susah nak dihubungi. mentang-mentang kita dah nak habis kan, dia pulak yang melarikan diri.

saya baru sedar semua ni selepas termengadu kepada Mr.Magoo tentang kepeningan dan kekonpiusan yang melanda diri ini. ewah. tiba-tiba beliau cakap lebih kurang macam ni :

'ha, mungkin cekgu pulak yang main sorok-sorok. dulu dia bukan main telefon korang, cari korang, korang menyorok. tiba masa korang cari dia, dia pun menyorok jugak lah'

tsk tsk. susah jugak ni.

dah lah Si Cekgu nak saya buat paper lagi?

omaigod. takkan dia tak perasan saya dah nak habis belajar dan saya dah siap submit tesis chapter by chapter. mana lah saya punya lagi kemahuan untuk kembali berpaling ke belakang dan masuk lab balik. saya kan kurang rajin. well, my bad.

lagipun saya dah cukup syarat untuk lepas pengajian tau? [punya lah bapak malas, siap buat alasan semua ni]

sebab yang saya tau sekarang ni, nak habis belajar. nak siap tesis. nak viva cepat dan nak berambus dari sini. ceh!

berapa lama lagi saya nak bergelar student ni? saya terasa gatal merenyam nak masuk dunia kerja pulak. itu la padahnya kalau gatal nak buat part-time bila belajar belum habis. sebab tu Si Ayah tak pernah nak bagi saya adik beradik buat kerja sampingan sambil belajar. sebabnya bila dah rasa boleh pegang duit hasil kerja sendiri, malas nak belajar.

eh, tapi tu bukan excuse saya. saya punya alasan lagi bagus! saya nak habis belajar sebab saya nak tukar status ni. saya nak larikan diri daripada cengkaman Si Cekgu. saya nak terasa berada di bawah diktator lain pulak. eceh.

bukan sebab nak cari duit sendiri. tak senang pun nak cari duit sendiri. ingat senang ke? ni, kesan burn dekat kaki pun masih belum hilang lagi, tidak ada maknanya saya beria-ia nak bekerja sangat. sekarang pun cari kerja sambilan sebab nak tanggung sampai habis belajar, walaupun Si Satu pernah menyatakan kesudian beliau untuk menanggung saya.

terima kasih!

*hugs*

berbalik kepada topik asal, memang semua saya nampak dengan blur je sekarang. sipi-sipi je semuanya. seolah-olah semua pihak taknak bekerjasama dengan saya dalam menghabiskan pelajaran saya ini.

susah betul.

pakcik yang patut buat sampel saya tu, dah macam-macam pesen alasan dah dia bagi. saya tak tahu lah sebab apa, tapi menyebabkan dah sebulan saya punya sampel terakhir belum disentuh.

ya, masih ada satu tahap saya perlu sediakan sampel terakhir.

sebab tu saya buat keputusan tidak mahu menyentuh atau belajar mengenai benda baru semata-mata untuk buat paper baru yang kemudiannya tidak boleh dimasukkan dalam tesis pun. sama seperti 2 semester saya yang mencuba 2 kaedah baru, tapi tidak boleh dimuatkan dalam tesis saya.

alangkah ruginya!

sangat membazir masa, tenaga dan wang. tapi alih-alih saya jugak yang dicop membazir la dan sekian sekian. orang yang bertanggugjawab takde pulak nak guide saya. kesal sungguh. ewah!

macamana saya mahu terangkan kepada Si Cekgu dan pakcik-yang-buatkan-sampel supaya mereka faham bahawasanya saya nak habiskan belajar. tolong lah saya.

ini belum masuk bab analisis sampel yang mungkin juga akan memakan masa berbulan-bulan lamanya.

sudahnya, bila saya nak siap ni?

saya tak reti nak push orang ramai. saya tak punya skill nak suruh orang buat mengikut kehendak saya. sob sob.

pening!

Wednesday, November 17, 2010

Kisah #24 - Do You Have Bulu?

tengah khusyuk aku online pada hari rajinku, yakni hari membawa diri ke library, tiba-tiba aku didatangi seorang pelajar bangsa asing.

'excuse me. do you have a pen?'

'yes' - sambil hulur pen hasil sumbangan Crystal Crown Hotel.

dia duduk depan aku. dan start membelek borang dan mengisi.

'do you have bulu?'

'hah? excuse me?'

'bulu?'

'sorry. i don't understand'

lantas dia unjuk borang yang dah separa terisi dengan signature.

'oh, signature?'

'no. no. this colour. do you have this colour?'

'oh. blue pen?'

saspen kejap. lepas tu terus buat-buat cari dalam beg walaupun dah tahu takde sebab pen 'bulu' aku tinggal pada Encik Johnny.

'sorry. don't have one' - sambil beri senyuman 1 Malaysia. ewah!

'it's okay. thank you'






lepas tu aku gelak sorang-sorang sambil tengok dia menghala ke meja depan.

hoh. bahaya betul lah tanya aku ada 'bulu' ke tak. hahaha.



anyway, selamat menyambut hari raya eidul adha. 
kali ni aku tak balik kampung, bajet macam ada komitmen je kononnya. ceh.

Monday, November 15, 2010

Edisi Kereta #10 - Penjagaan Gearbox

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.

Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa.

Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima.

JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clutch. In boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda.

JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'.

Laraskan paras clutch supaya berada dalam  keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).

Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive.

Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3.

Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clutch plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).




segala maklumat aku amik dekat ProtonClub.com

Friday, November 12, 2010

Ralat #56 - Sayang

pengajaran hari ini:
awak tak boleh nak paksa orang lain sayang awak sama macam awak sayang dia, dan kalau awak sayang dia dengan ikhlas, awak patut sayang je dia tanpa harapkan balasan. tapi sebab awak adalah manusia biasa, mungkin awak berasa lelah menyayangi orang yang tak sayang awak. 
sekian.

Thursday, November 11, 2010

Kompleks #37 - Doa

tadi Si Ayah sms.

'malam ni baca lah Yaasin dan buat sembahyang hajat, minta wujud hubungan kasih sayang dalam keluarga kita'

*sebak tiba-tiba*

sebab saya sibuk mencari dan berharap pada cinta yang lain sehinggakan saya lupa cinta dan kasih sayang yang ada di rumah walaupun bukan di depan mata tetapi sentiasa ada dalam jiwa.



saya doakan semoga keluarga saya kembali seperti sedia kala. not that we have a problem, tapi untuk masa depan yang lebih harmoni. Amin.

Wednesday, November 10, 2010

Ralat #55 - Semangat Yang Hilang

saya sedang mencari semangat yang hilang.

andaikata anda terjumpa, sila pulangkan pada saya ya.

sebab suatu ketika dahulu dengan berbekalkan semangat yang satu itu lah, membuatkan saya beria-ia nak sambung belajar, bersungguh-sungguh nak bergelar pelajar, bersemangat betul nak memegang sarjana.

tapi sekarang saya rasa saya sangat lemah.

lemah semangat.

saya rasa usaha saya sia-sia, walaupun sudah hampir ke penghujungnya. saya rasa saya sudah bosan, walaupun hanya sedikit masa lagi diperlukan. saya rasa saya sudah mahu rebah. tak larat. exhausted.

saya semakin menghampiri titik-titik 'menyerah diri'.

oh, di mana kamu semangat ku?

mari lah pulang, aku perlukan kamu!

Do You Know?

penyebab anda sakit mungkin datang dari :


1. No Breakfast 
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration. 

2 . Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power. 

3. Smoking 
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease. 

4. High Sugar consumption 
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development. 

5. Air Pollution 
The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency. 

6 . Sleep Deprivation 
Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.. 

7. Head covered while sleeping 
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects. 

8. Working your brain during illness 
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain. 

9. Lacking in stimulating thoughts 
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage. 

10. Talking Rarely 
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain.



maka, sila lah berhati-hati di jalan raya kehidupan. sekian.

Monday, November 8, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

ini entri last week sebelum balik. tak sempat nak publish. so, kalau kalian baca sekarang, anggap lah kalian berada pada hari Jumaat lepas. sekian.

aku sudah selamat pulang ke pangkal jalan selepas beberapa hari tempoh masa di extend kan. hari ni berjaya siapkan semua misi dan masing-masing mungkin dah selamat berenang di atas katil.

cum aku je terus pergi buat kerja baru yang sepatutnya aku dah buat pada hari Isnin lepas, tapi oleh sebab masalah extend yang tak terkawal, maka hari ni jadi pengganti.

esok pulak aku akan berangkat pulang ke kampung halaman sambut diwali. eh tak tak. saja nak balik sebab cuti, lagipun raya korban mungkin tak dapat balik. dengan alasan nak buat thesis. cun tak alasan aku tuh? eceh.

oh  ya, sebenarnya dari 2 minggu lepas aku telah menguji kebolehan untuk bekerja.

sibuk join fieldwork jadi enumerator.

dulu aku selalu wondering apa itu enumerator. tapi minggu lepas, bila dah jadi sendiri baru aku tahu. tu pun aku tengok dekat name tag baru tahu.

*gelakkan diri sendiri*

enumerator jugak boleh dipanggil sebagai interviewer.

untuk pengetahuan kalian, kerja aku last two weeks adalah pergi menemubual orang ramai yang termasuk dalam kategori belia dan beragama Islam. salah seorang mangsa kejadian adalah adik kepada Si Dua-Dua yang aku pinjam kejap.

*terima kasih*

team aku diketuai oleh Si Ketua Rumah yang menjadi salah satu sebab kenapa aku bersetuju nak ikut walaupun kerja belum siap. lagi satu aku nak tambah pengalaman dan mengasah daya kesabaran. eceh.

kerja dia nampak senang, tapi bila dah join baru tahu macamana rupanya masyarakat kita sekarang. aku tak kata semua, tapi majoriti nya memang masyarakat kita agak la sombong, malas nak layan, tak mesra alam dan sebagainya. tapi ada juga yang terlebih mesra alam, terlebih bersangka baik, dan terlebih percaya. yang ini pun mendatangkan bahaya jugak, bukan pada aku tapi pada mereka dan keluarga mereka.

pengajaran yang aku dapat adalah, lain kali kalau ada orang datang buat survey ke apa ke kat depan rumah, dengar dulu apa dia nak cakap. layan dulu mengikut etika seorang tetamu perlu dilayan.

lepas tu kalau tak berminat baru lah bagitau dengan cara yang betul, bukan mendabik dada dan buat muka sombong. kadang-kadang orang yang datang tu pun bukan hendak sangat pun mengadap muka tak senonoh kamu tu, cumanya dia terpaksa kerana kerja. [ni bercakap secara umum ye. hehe]

lagi satu, kalau dah kamu confident orang yang datang tu baik hati dan takde niat nak mencederakan ke atau menipu ke, ajak lah masuk ke dalam ruang depan rumah, tambah-tambah lagi bila kejiranan kamu wujudnya anjing liar. [ni bila dah rasa selamat lah. kalau tak selamat, jangan buat ye. aku takkan bertanggungjawab]

kalau berminat pulak, layan lah betul-betul. jangan buat banyak songeh, tunjuk banyak pe'el. memang orang tu akan layan je dan buat tak tahu, tapi dalam hati mesti menggelegak. makanya, sila lah layan secara baik sahaja. kalau tak, nanti insyaAllah akan termengumpat di kemudian hari.

itu je aku nak bagitahu.

ini semua yang aku dapat dari pengalaman aku lah. kalau kata nak jaga sangat budi bahasa budaya kita, boleh lah diamalkan tapi bab keselamatan jangan lupa ya. curiga perlu ada.

sekian.