Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, December 5, 2009

Ralat #10 - Entri Emosional Saya

semalam.

sepatutnya aku keluar. sepatutnya la. tapi oleh sebab macam-macam halangan dan dugaan, aku terpaksa menghabiskan masa kat rumah saja.

gila semalam aku sangat emo ok.

sebab aku sangat nak pergi. dan aku sangat sudah bersedia nak pergi mana, pukul berapa, pakai baju apa. semua aku dah rancang. tinggal lagi cuma kawan-kawan yang akan bertindak sebagai peneman.

tapi, kita hanya merancang. Yang Satu menentukan.

so, nak dijadikan cerita kedua-dua kawan aku tak dapat nak datang. ada alasan sendiri la, yang aku pun tak boleh nak argue.

takkan aku nak paksa kot kan? walaupun memang dalam hati nak je paksa. heh.

tu semalam punya alasan.

tapi aku pujuk jugak sebab aku memang rasa nak pergi. sorang bagi alasan pasal boyfie, sorang bagi alasan pasal work.

aku je yang free kot. kenapa kah itu?

so aku cuba jugak and dorang pun cakap akan cuba untuk cari masa dan jalan untuk membolehkan proses outing tu.

yang boyfie - nak cuba lari daripada boyfie and family lepas tu datang.

yang kerja - sejam sebelum pergi, akan bagi confirmation. siap nak guna transport sendiri.

so, aku tunggu punya tunggu.

dapat sms.

'sorry. tak dapat datang. baru balik kerja. penat. rasa macam tak larat'

shoot.

sorang lagi pulak aku yang kena sms. takda jawapan. aku call pulak. takda orang angkat.

aku pun dengan penuh rasa bosan dalam hati, tertidur.

jam 2200 bangun dan dapat sms,

'sorry, tak bawak phone. lepas balik kerja terus siap-siap jumpa boyfie and family'

maka aku semalam habiskan masa sambil meminjam lappy Si Ketua Rumah dan menonton cerita ditemani dengan Cik Usahawan yang terperangkap kat rumah sebab kerja banyak. kalau beliau takda, memang aku sorang-sorang je semalam.

aku try jugak sms Mr. Magoo.

terang-terang beliau cakap,

'taknak datang. penat. letih. nanti kena marah. merajuk'

isk. patut tak aku marah pada mereka-mereka ini?



mode ; sangat emosional.

1 comment:

HeroAjil ^ HeroinUsj said...

Mmg boleh capai tahap tekanan yg sgt tinggi ni...hahaha..


~~C!k Hero!nUSJ