Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, November 9, 2009

Ralat #15

tadi pagi.

sampai je ke lab. diajak makan bersama. Cik Kaunselor.

perut memang berlagu dari tadi. jadi, aku turutkan saja.

tapi pasang niat nak keluarkan duit dari atm. sebab dalam purse seingat aku ada dalam 20 ringgit je.

terus la cucuk kad bank.

tapi mesin atm tu macam slow gila nak process kad aku tu. aku terus tekan butang cancel - mengikut nasihat Cik Kaunselor.

tiba-tiba je lampu sekeliling mesin atm tu padam.

ish. lain macam je ni.

tengok betul-betul kat skrin.

'machine is out of service'

huik. kad aku ada kat dalam lagi. haiyah.

terus call centre.

ada 3 option dia bagi.

1- buat kad bank baru dan dihantar ke kampung halaman. ambil masa 7 - 14 hari.

2- buat kad baru di cawangan berdekatan. ambil masa 7 - 14 hari.

3- block serta merta kad yang stuck dan buat kad baru a.s.a.p di mana-mana cawangan dan boleh siap pada hari yang sama.

for sure la aku pilih yang ke-3.

tapi hari ni agak busy. eceh.

lagipun hari nak hujan. andaikata aku ke bank lepas makan, aku akan terus balik rumah kot. mustahil nak datang balik ke lab.

jadi esok aku akan pergi buat kad baru. tapi aku sayang dengan kad lama tu. sebab aku buat kad tu sebelum penjenamaan semula bank tu.

kira kad oldies la. sayang tu.

Cik Kaunselor pulak cakap 'orang lain nak kad baru. awak tu sayang kad lama. ish'

aku kan sentimental. hahaha.

No comments: