Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, November 23, 2009

Mari Mengambil Lesen #7

semalam.

aku test. nervous jugak. sebab aku memang kaki gelabah setiap kali ada sesuatu benda penting.

tapi nasib baik dapat Cekgu Orang Kampong. jadi agak selesa. tambahan pulak aku memang dah cuba untuk mengawal perasaan supaya tak gatal-gatal, tak main-main dan anggap benda tu serius.

so aku just layan acuh tak acuh je Cekgu Orang Kampong. tapi sempat lagi dia duk mengorek cerita pasal family aku, pasal Mr.Magoo. oleh sebab aku tengah tense, dan tengah mengawal, maka aku secara otomatik TERcerita pada dia.

mati la kalau Cekgu Skandel tahu. ahaha.

tapi semalam dapat drive kereta alone.

naik bukit, parking and 3 penjuru. semua aku buat sorang-sorang. dah nama pun pre-test kot.

cuma dekat bukit tu, tayar aku lebih ke depan, tapi enjin tak mati tau.

*grin*

jadi semalam aku balik dengan senyuman. bukan dengan muka masam macam semalam. cuma berkerut sikit sebab tahan lapar.

dan oh ya, aku dah book test JPJ.

lagi 2 minggu. weehoo.

harap-harap lulus dan aku boleh tick azam aku untuk tahun ni dengan perkataan done!

No comments: