Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, November 22, 2009

Mari Mengambil Lesen #6

semalam.

kelas lagi 2 jam. boleh kira last class before aku masuk ujian QTI - ujian oleh Cekgu Sekolah Memandu samada kita layak nak masuk ujian JPJ ke tidak. isk.

dapat Cekgu Cakap Banyak.

maka nya, sepanjang perjalanan tu, banyak gila benda yang dibualkan sehingga kan aku tak boleh nak fokus atas jalan raya. bukan tak boleh, tapi kurang boleh. jadi lagi banyak yang ditegurnya. habis setiap penjuru aku kena tembak.

tapi aku menjawab jugak.

sebab geram.

setengah jam terakhir, aku dah penat dan mula diam. sebab dah penat layan Cekgu Banyak Cakap ni berborak.

banyak gila benda dia tegur aku. itu salah, ini salah.

tak nampak tayar kereta depan semasa berhenti, aku kena tegur.

tak nampak garisan semasa berhenti, pun kena tegur.

tak tekan minyak, kena tegur.

tekan minyak, pun kena tegur.

aku pun tak faham.

pening la jugak, setiap kali datang aku nak kena accept pelajaran baru. yelah, lain cekgu, lain ragamnya, lain cara pengajarannya.

aku pun jadi pening dan tensi.

tapi semalam bukit aku dah agak selamat. takde lagi undur ke belakang. kira aku dah boleh control kalau guna handbreak tu, tapi tak berapa mahir lagi lah. perlukan banyak praktis. isk.

siapa mahu bantu?

No comments: