Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, November 9, 2009

Mari Mengambil Lesen #5

semalam.

aku ke sekolah memandu lagi.

kali ni aku dah agak yakin sikit. bukan agak je, malah maybe terlebih yakin kot. ni semua gara-gara kelas tambahan yang aku ikuti dengan Cekgu Garang. maka keyakinan ku di tahap superb.

dan kebetulan aku terus ke jalan raya, maka aku boleh praktikkan sehabis mungkin ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh Cekgu Garang.

semuanya ok. jalan 1 dan jalan 2 aku gerak macam agak stabil dan hanya terdapat kesalahan minor menunjukkan aku belum mahir. tapi takpe, masa masih ada.

tiba-tiba je.

nak dijadikan cerita..

sebelum masuk ke sekolah, mesti lepasi 1 traffic light.

masa tu aku dengan gear 4 dan kelajuan yang agak munasabah. dah nampak traffic light, aku perlahankan kereta.

tapi belum sempat aku nak tukar gear ke gear yang lebih rendah, lampu dah hijau. dan aku sebenarnya tak sempat berhenti pun, terus jalan. jadi aku ingat macam tak payah la nak tukar gear. just tekan minyak and terus jalan je.

tapi kat situ la aku silap.

maybe sebab aku dah sangat overconfident sebelum tu, so kereta pun mati di tempat kejadian dengan kereta aku yang paling depan dalam barisan dan lebih 10 buah lagi kereta orang dekat belakang yang mungkin sangat terer bawak kereta dan mungkin jugak dah start mengomel-ngomel.

aku pulak tak tahu la kenapa aku jadi macam gabra sikit. sebab aku pernah je hari tu enjin mati, tapi try lagi sekali ok je.

tapi semalam hampir 3 kali kot kena start balik. cikgu yang aku dapat semalam macam ok je. senyap je sepanjang atas jalan raya.

dah kali ke-3 baru la kereta nak jalan kan. orang belakang berpusu-pusu potong aku. tak sempat nak tengok pulak driver tu samada muka berasap ke tak. hahah.

lepas tu, semua dah ok dan start belajar naik bukit pulak.

Cekgu Senyap tadi tiba-tiba bertukar jadi cakap banyak pulak. sebab banyak sangat kot error yang aku buat. hahah.

komen dia pada aku,

'kamu ni takut dan teragak-agak. bila kamu rileks, kamu boleh buat. tapi bila sampai masa kamu takut dan tak confident, kamu jadi tak lepas'

ye lah, mahu nya aku tak takut. enjin dah banyak kali mati masa kat atas bukit tu. keyakinan diri pun dah hilang. enjin mati dekat traffic light tadi pun masih menghantui diri ini. cewah.

tapi entah kenapa, aku macam boleh go on dengan Cekgu Senyap ni walaupun dia sendiri mengaku yang dia ni kuat menyindir. biasa lah, dah berusia sikit. tapi teguran dia tu aku boleh terima, tak macam Cekgu Siyes minggu lepas.

banyak kali jugak buat bukit. nisbah lulus dengan gagal adalah 2 : 5 kot macam tu. hahah. haru betul. dia kata lagi, parking aku dah ok. cuma kena risau pasal bukit je lah lebih.

aku rasa minggu lepas, takda la teruk macam ni prestasi aku atas bukit. semalam je macam menjadi-jadi la pulak. asyik tak dapat je. isk.

lepas dah habis belajar, nak dijadikan cerita aku kena tinggal la pulak. orang lain semua dah balik, tapi aku tertinggal sebab aku pergi book kelas untuk minggu seterusnya dan lepas tu aku pergi surau.

bila aku pergi balik je tempat menunggu tu, kosong. tsk tsk.

Cekgu Skandel tak datang pulak sebab dia demam. kesian. kalau tak, mesti aku dah sampai rumah awal-awal lagi. hehe.

nasib baik, ada Cekgu Baik tolong hantar aku.

terima kaseh cekgu!

No comments: