Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, November 2, 2009

Mari Mengambil Lesen #4

semalam aku ke Sekolah Memandu lagi.

tapi kali ni aku bertukar cekgu. aku dapat Cekgu Siyes pulak.

aduh. aku gelak sorang-sorang je dalam kereta masa nak hilangkan gugup aku. dia buat muka derk je.

aish. tensi betul.

lepas tu dia ajar pakai mazhab lain pulak. lain sikit daripada Cekgu Kete aku yang biasa tu.

susah betul nak ingat.

bila kat jalanraya pulak, dia tukar dengan cekgu lain. kali ni aku dapat Cekgu Tido.

boleh pulak kan dia tidur masa aku drive kat jalan raya. hahah. memang nak kena la.

mula-mula nampak je mata dia merah and dia pun memang bagitahu yang dia mengantuk setiap kali bawak ke jalanraya.

habis tu, macamana.

masa aku dah habis round dekat luar and dah nak masuk sekolah balik, Cekgu Tido tu memang tidur la dengan mulut sedikit terbuka. ish.

aku terus kalut.

kereta dari depan dah takda.

aku kena masuk simpang ke kanan tapi aku tak boleh nak imbangkan clutch dengan minyak dengan hand break sekali.

last-last kereta mati. hahah.

'cekgu. cekgu. macamana ni?'

aku duk gabra. tapi bila pusing kat dia, seronok pulak dia tidur.

bila dah enjin mati, baru dia terkejut.

'terkejut saya'

aku gelak je lah dalam hati. nak marah tak sampai hati. sebab aku pun tengah kalut jugak.

bila dalam litar, sekali lagi naik bukit.

dan seperti biasa lah, ada masalah nak imbang clucth, minyak and hand break dengan Cekgu Tido yang macam dah bosan nak ajar aku.

haru betul la semalam. aku balik dengan muka blur sebab tensi.

bila dah balik, aku tengok borang aku yang diisi oleh Cekgu-Cekgu yang mengajar.

tertera tulisan 'hampir mahir.. TAK JAMIN..'

*gelak guling-guling*

No comments: