Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, November 1, 2009

Mari Mengambil Lesen #3

semalam aku ke sekolah lagi.

tapi masuk je dalam kereta terus disuruh bawak keluar ke jalan raya?

aih, biar betul Cikgu Kete ni. aku pulak yang saspen.

yakin ke dia dengan aku ni?

dalam litar pun enjin asyik mati, nak pergi jalan-jalan kat luar. silap hari bulan kena maki dengan pemandu yang kurang sabar.

aku tak berani.

tapi aku ikutkan jugak la kata Cikgu Kete. mana boleh melawan, tak baik lawan cakap cikgu.

hampir sejam setengah aku round mengenali 3 jalan dekat luar.

wah, sangat tidak percaya.

boleh bawak kereta sampai 60km/j. laju bagi newbie macam aku.

tu pun Cekgu Kete dah takut-takut sebab stereng selalu aku lupa nak jaga. kadang-kadang masuk line orang.

aku biasa sangkut masa nak gerak balik bila berhenti kat traffic light and masa tengah laju tiba-tiba kena slow, sebab aku tak tukar gear pun. hahah. Cikgu Kete yang tolong tukarkan.

tak menang tangan di buatnya. mana satu aku nak buat dulu, lepas tu nak kena dengar Cikgu Kete membebel-bebel tambah pulak dengan nyanyian dia yang macam rileks je.

aku tak boleh layan sebab tengah pokus. hahah.

lepas tu masuk dalam litar balik.

aku buat naya masa naik bukit. aku tak lepas clucth habis. terus kereta menderum dan reverse turun bukit. hahaha. saspen gila masa tu, nasib baik aku tekan clutch and break cepat-cepat.

Cikgu Kete pulak dah geleng-geleng kepala sambil pejam mata.

selalu je buat aksi macam tu kalau aku tak mengikut arahan. tapi setiap kali aku macam buat dengan bagus, dia dengan penuh semangat nya cakap 'olrite!!' hahah.

dalam litar pulak, kereta aku selalu mati. lepas tu Cekgu Kete cakap, ' kalau mati kita tanam la'. hahah. buat lawak sengal pulak dia.

satu lagi masalah aku tak boleh nak bajet dengan pusingan stereng tu. selalu jugak kena tegur sebab aku pusing sesuka hati aku. hehe. bila Cekgu Kete tegur, aku jawab

'sebab dia macam tak pusing je. saya pusing la habis-habis'

'dia pusing la sikit-sikit. tak payah pusing habis' sambil tolong aku pusing balik stereng tu. hihi.

oh ye, semalam dapat lagi seorang skandel. wink wink.

*senyum gatal*

bukan pelajar sekolah lagi dah, kali ni cekgu pun jadi skandel aku. hahah. dia bukan yang mengajar aku, tapi menjemput dan menghantar aku pulang ke pangkal jalan.

nama dia 'aku belum decide lagi'. haha.

hari ni aku belajar lagi 2 jam. nanti aku story.

No comments: