Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, November 5, 2009

Mari Belajar Memandu Kereta

pagi tadi aku telah mengikuti kursus Mari Belajar Kereta dengan Cekgu Garang a.k.a Mr.Magoo bertempat di jalan gelap di belakang hutan tropika.

tapi syahdu sikit la. tsk tsk.

kereta belum gerak, aku dah kena tengking-tengking.

ish. kalau ikutkan emosi, aku nak aje tengking-tengking balik. and i did, tapi dengan volume yang lebih lembut.

aku baik, ok. ceh.

rasa macam nak cubit, cucuk, sepak dan macam-macam lagi la dekat Cekgu Garang ni masa awal-awal tu. sebab sakit hati. hahah.

nak menangis tu for sure lah. sampai aku macam nak give up je.

tapi bila fikir-fikir balik, mana tahu nanti pegawai JPJ aku lagi mereng daripada Cekgu Garang ni. takkan aku asyik nak manjakan diri aku dengan cekgu yang baik saja.

tapi bila dah bawak kereta tu, lama-lama aku ok la jugak.

alah bisa tegal biasa? hahah. macam tu lah lebih kurang.

aku belajar benda baru.

buat u-turn.

dengan kereta besar pulak tu. tak lah besar mana. tapi bukan bersaiz macam dalam kelas normal.

dengan muka gabra, aku cakap lah,

'cekgu kat sekolah belum ajar lagi'

'ah, belajar la sekarang'

'isk'

tapi dalam masa sejam aku belajar tu, boleh la akhirnya aku mengawal kereta itu dengan gaya new learner.

lepas sejam je, kaki aku dah mula stress. kepala pun memang dah stress dari awal lagi.

so, aku berhenti tiba-tiba sebelum u-turn sebab Cekgu Garang pun dah tak bersuara - macam dah tidur je.

haruslah aku berhenti untuk kejutkan dia kan. hahah.

'terkejut saya'

'siapa suruh tidur. hahah'

'ok tak saya bawak?'

'ok la'

nak jaga hati la tu. cet.

'rasa selamat tak? hahah'

'sikit-sikit'

'nanti saya curi kereta awak eh'

'hahaha'

tapi Cekgu Garang ni memang tak wajar jadi cikgu la. kuss semangat.

garang tak bertempat.

*grin*

No comments: