Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, November 24, 2009

Kompleks #6 - Perihal Si Cekgu

semalam.

telefon aku vibrate. takda suara pasal aku silent sebab aku tahu yang akan call aku cuma dia - Si Cekgu. so kalau aku tak dengar and tak jawab phone tu, kira ada alasan yang betul lagi jujur bahawasanya 'saya tak dengar la cekgu, telefon silent'.

haha. brilliant aite?

tapi bila kali kedua call dia masuk lagi selang beberapa minit, memang mencari nahas kalau tak angkat. sebab apa? sebab kalau dia call banyak kali, aku cuma ada 2 peluang je. nak angkat terus dan bagi alasan dengan jawapan tertera di atas ataupun aku memang takkan jawab langsung dan dengar bebelan pada hari berikutnya.

pilih mana kau suka la.

so, semalam aku TERangkat semasa panggilan kedua masuk.

'hello! u kat mana ni?'

'err.. rumah?'

'u ni kan, suka la datang lambat tau. saya tak suka la. u asyik datang waktu tengahari je'

'saya hari ni pergi buat SEM la'

'yeke? saya call SEM eh tanya betul ke tak u pergi sana'

'ok, call la'

senyap sekejap.

'saya tak suka la kalau orang tak datang lab. muka yang saya asyik nampak dekat lab Si Rajen dengan Si Foreigner je'

'diorang kan tengah buat samples. samples saya semua tengah nak characterize. takda nak buat sample baru'

'ok, buat cepat-cepat. nanti dah siap, saya nak kena buat annual report. pasal geran dah nak habis'

'ok'

'lagi satu, kalau awak nak pergi mana-mana, awak bagitahu la saya. sms cakap awak takda kat lab dan nak pergi mana-mana. buat SEM ke pergi UPM ke buat apa-apa je la'

'so, saya nak kena beritahu cekgu setiap kali saya ke mana-mana sebab saya takda kat lab?'

'ye. ok la eh. buat cepat-cepat. bye'

'ok'

dari suara tegang ke suara kendur. sebab aku ada jawapan. ahaha.

yang pasti, kena pandai-pandai la layan mood dia yang selalu swing ke sana sini sesuka hati tanpa ada amaran.

tsk tsk.

setahun je lagi, sabar.

No comments: