Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, November 24, 2009

Kisah #7 - Ahli Baru

kat lab ada 2 orang baru. siapa tah nama nya aku nak panggil, sebab aku tak TERintroduce kat mereka-mereka ni, jadi aku pun belum bertegur sapa lagi.

sombong kan aku? ahaha.

semalam kan aku tak datang. lupa?

jadi hari ni aku buat pandang-pandang dan jeling-jeling je lah. entah kekal lama ke tak tuh. tahu mereka nak sambung belajar, jadi for sure la lama. tapi agak-agak boleh tahan ke eh dengan Si Cekgu?

2-2 pun lelaki. so, maybe boleh kot kalau ikutkan prinsip positif-negatif berbanding negatif-negatif macam aku ni kan?

dan lagi satu, kalau diorang kekal, maknanya diorang la teman aku sampai aku habis belajar selain Si Foreigner. sebab Si Rajen dah nak habis hujung bulan. Si Ibu Mengandung pulak extend sampai pertengahan bulan depan kot.

cuma aku je ada masa lagi setahun nak tensikan diri.

oh ya, aku dah bagitahu ke belum eh. Si Ibu Mengandung dah jadi Si Mama. waktu tu aku tengah menghabiskan masa kat Pantai Chenta Merdeka 2 minggu lepas. Si Baby sangat lah chubby.

ok, berbalik pada 2 lelaki misteri yang baru.

tadi pun aku tengok macam kesian je. sebab dah la kena share 1 komputer lepas tu nampak macam blur je.

memang la orang baru biasa macam tu.

macam aku dulu, siap sesat lagi, masuk tandas lelaki masa kali pertama datang kat sini. malu seumur hidup. tsk tsk.

diorang nasib baik la, sebab ada jugak kawan sama jantina nak heret ke sana sini. nak ajak makan pun boleh. tapi lelaki risau ke kalau pergi makan sorang-sorang?

hmm. aku rasa macam tak. sebab lelaki kan takde perasaan.

kalau perempuan lain lah. mesti rasa macam loser je kalau makan sorang-sorang. sebab takde teman nak mengumpat. hahah.

sebab tu aku malas nak pergi lab semalam. sebab dah tahu takde sape nak teman makan. boleh tak bagi alasan macam tu?

lagipun aku tahu akan takkan buat eksperimen, buat apa bersusah payah nak pergi lab sedangkan kat rumah pun aku boleh online. makan free pulak tu.

tapi satu je la ancaman. macam aku cerita dalam entri sebelum ni. kena serang dengan Si Cekgu. tu adalah bad side effect lah.

sekali lagi, pilih mana yang kau suka.

lagipun kalau takde kerja dekat lab, macam ni la aku. update blog banyak-banyak. macam hari ni. hahah. kan ke dah TERajin kat situ. tapi salah saluran lah pulak.

apapun aku ucap selamat datang lah kepada ahli baru.

semoga hidup kalian tidak miserable macam aku selama berada di sini.

*grin*

No comments: