Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, November 24, 2009

Kisah #6 - Hari Tidak Berfungsi

semalam.

aku kan tidak ke lab. selepas mendapat pelbagai nasihat dari kawan-kawan Mukabuku. aku pun duduk je la kat rumah, berlagak macam surirumah bahagia yang takda anak-anak dan suami pulak ke pejabat. ahahah.

aku just lepak-lepak je.

tapi no makan-makan. sebab malas nak masak. hihi.

aku habiskan menonton House MD season 6 sampai episod 7.

lepas tu boring datang lagi.

kali ni aku buat-buat rajin pulak. aku kemaskan barang-barang bawah katil. sapu rambut gugur atas lantai. bersihkan kipas bilik.

tu je pun. tak boleh nak panggil Ops Rajin sebab sekejap sangat. tak berapa nak keluar peluh pun. cuma nya aku memang dah lama berhajat nak kemas barang-barang abwah katil tu. asyik jadi taman permainan mini kat Si Sarah je. tambah pulak sekarang ada Cik Toby.

oh ya, Cik Toby adalah jejantan baru dan pertama dalam rumah kami.

lepas tu, aku start tengok Grey`s Anatomy dari season 1. ahaha. memang gila buhsan tahap gaban la ni.

sampai kepala aku jadi pening sebab asyik baring je. mengadap laptop.

sesekali berYM dengan Cik Kaunselor. mengumpat pasal Si Cekgu yang agak kelakar dan bertindak tak patut. macam-macam yang boleh kami gosipkan kalau berkaitan dengan Si Cekgu.

sebab apa?

sebab dia memang banyak side yang pelik-pelik dalam diri yang belum terungkai.

ewah, seronok je aku mengata kan.

so sorry Si Cekgu. jangan tak luluskan saya pulak. walaupun saya kurang rajin, saya ada output jugak apa.

ceh.

No comments: