Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, November 6, 2009

Kisah #3

semalam balik dari lab yang sangat-sangat-sangat sejuk tu rupanya memberi impak pada suhu badan aku. bila aku keluar je dari lab, rasa cuaca berubah. suhu yang tinggi dan kontra dengan suhu di dalam lab.

naik je bas, aku dah rasa dah sistem pernafasan aku macam tak betul je. kuku yang biru dari tadi tak bertukar warna. tanda-tanda pertama mahu demam la nih.

sigh.

sampai kat rumah aku terbaring dan terlelap.

terjaga jam 1815 sebab Mr.Magoo called.

sudah borak je badan rasa seram sejuk. terus selimut semua badan.

jam 1952 aku terjaga balik.

masa tu badan memang dah over panas. kepala dah pusing. so, aku pergi bersiram dengan harapan basahkan kepala akan kurangkan pening.

jadi aku isytiharkan aku demam. tsk tsk. again.

makan roti kismis dan coklat, kemudian baring balik. nak tidur tak dapat.

called orang kampung. sembang pasal rumah baru. lega bila dapat dengar suara Si Emak dan Si Ayah.

memang lepas tu niat nak ketiduran je, tapi petang tadi dah ter'request' kat Mr.Magoo suruh datang. sebab lewat malam ada meeting kelab.

jadi aku sedaya upaya pujuk jugak Mr.Magoo supaya datang dan pergi. sebab dah hampir berapa bulan aku tak attend meeting tu. hahah.

sebelum tu pergi beli panadol actifast.

sebenarnya, aku tak suka sangat makan panadol ni sebab takut dengan kesan jangka masa panjang. tapi kalau desperate, terpaksa la jugak telan sebab kalau demam, Mr.Magoo taknak bawak aku pergi meeting. ish.

jadi lepas meeting malam semalam, balik ke hutan tropika jam 0400. aku sempat makan maggi goreng dekat mapley biasa sebab lapar sangat. heheh.

pagi ni bangun pun kepala masih pusing.

tapi aku tak boleh nak sambung tidur sebab ada aktiviti Mari Membasuh Baju. walaupun hujan, tapi terpaksa lah.

baju aku dah semakin kurang. dengan cuaca sekarang ni, mau nya 2 3 hari baru kering.

aku tak tahu lah pasal apa aku duk karang cerita macam ni taruk dalam blog aku. hahah. ni mesti sebab kepala pusing lagi.

karangan macam budak sekolah. cet.

No comments: