Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, November 14, 2009

Dunia Skandel #7

petang ni ada hal dengan ahli kelab bertempat di Pantai Centa Merdeka - tempat dating Mr.Magoo dan Si Cantik pada zaman firaun. sebab tu aku agak beria nak pergi.

*gelak evil*

tapi semalam agak mengganggu perjalanan bilamana tercetus pergaduhan kecil di antara kami. nak tahu sebab apa?

sebab Mafia Wars.

bagi sesiapa yang tak tahu apa itu Mafia Wars -MW adalah aplikasi permainan online yang ada dalam Mukabuku, Tagged, dan sebagainya.

jadi oleh sebab Mr.Magoo sekarang tengah taksub dengan MW ni, apa yang kitorang bincangkan mesti menjurus ke arah MW dan berjaya buat aku bosan dan naik angin.

*gelak evil*

jadi, aku telah mengeluarkan kata-kata yang agak durhaka kepada Mr.Magoo menyebabkan dia pun refuse to go to Pantai Centa Merdeka.

isk.

tak boleh jadi.

maka, aku pun buat plan sendiri. dengan segala ilmu dan skills yang aku ada. aku cuba berdamai. beralah bukan mengalah. heheh.

dan, aku BERJAYA!

yeehaa..

*buat lompat bintang*

maka, sekarang hanya menunggu waktu sahaja untuk bertolak. tetapi aku masih perlu berjaga-jaga untuk tidak mendukacitakan Mr.Magoo sekali lagi memandangkan beliau bertindak sebagai pemandu aku ke sana dan ke mari.

*gelak evil*

mana tahu, takut dia berubah fikiran lagi, masak la aku.

aku tak berdusta. aku buat benda betul. dan aku berdamai dengan cara yang sah dan halal. bukan semata-mata untuk program Pantai Centa Merdeka. tapi demi memerdekakan centa kami juga.

ceh. geli lak baca.

No comments: