Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, November 26, 2009

Ralat #8 - Sacrifices

malam ni aku akan pulang ke kampung halaman.

cet, gila skema ayat.

aku macam malas nak menulis.

semalam aku breakdown.

so, banyak gram jugak air keluar dari mata.

hari ni pulak tinggal sorang-sorang.

always being the last.

sigh.

aku benci Mr.Magoo sebab buat aku macam ni.

tapi aku rasa pathetic sebab aku still .....

sila sambung ayat tu sendiri.

mungkin sebab Raya Korban kot.

so i must 'korban' something.

dan aku harap ia nya berpanjangan.

harap-harap aku kuat.

untuk jadi sombong.

just like him.

ignorance.

just like him.

selfish.

just like him.

stubborn.

just like him.

insensitive.

just like him.

ok, i`ve had enough.

i`m done talking about him.

so off me go now.

Happy Hari Raya folks.

i get to live in new house this holidays.

yeay!

Wednesday, November 25, 2009

Kompleks #7 - Cekgu Saya Jeles

semalam.

pergi characterized samples. tempat - SEM. ditemani oleh Cik Kaunselor yang juga bertindak sebagai Pemandu Hari Ini.

tiba-tiba Cik Kaunselor dapat call.

siapa lagi kalau bukan Si Cekgu.

bila dia masuk balik, dia senyum-senyum buat muka serba salah dan kelakar.

'kenapa?'

'tak lah cekgu ni. ada pulak dia marah-marah'

'pasal apa?'

'dia cakap awak tak independent. semua nak kena mintak tolong saya. hahaha.'

'haaa?'

'yang tak tahan dia cakap macam ni awal-awal tu. "awak pergi mana? kan dah janji nak teman saya pergi bendahari?" saya jawab lah saya pergi SEM dengan Cik Ralat. awak tahu dia jawab apa? dia kata "ni siapa yang bayar gaji awak ni? saya ke Cik Ralat?"'

'ahaha. dia tanya macam tu? macam saya ni MAMPU je kan nak bayar gaji awak'

'haha. tu lah pasalnya. lepas tu dia duk bebel-bebel cakap awak tak independent. dia cakap awak kan dapat NSF, pergi la beli motor ke ape ke. kenapa nak selalu harapkan saya and bla bla bla'

'hahaha. dia jeles ke? masalahnya, dia tak rasa dia pun sama gak ke? kalau dia independent, tak perlu la dia mintak awak teman'

'ha, tu lah pasalnya. hahaha.'

kompleks rite? my cekgu ni. berebut Cik Kaunselor dengan saya. dan ada nada jealousy di situ.

*gelak guling-guling*

Tuesday, November 24, 2009

Kisah #7 - Ahli Baru

kat lab ada 2 orang baru. siapa tah nama nya aku nak panggil, sebab aku tak TERintroduce kat mereka-mereka ni, jadi aku pun belum bertegur sapa lagi.

sombong kan aku? ahaha.

semalam kan aku tak datang. lupa?

jadi hari ni aku buat pandang-pandang dan jeling-jeling je lah. entah kekal lama ke tak tuh. tahu mereka nak sambung belajar, jadi for sure la lama. tapi agak-agak boleh tahan ke eh dengan Si Cekgu?

2-2 pun lelaki. so, maybe boleh kot kalau ikutkan prinsip positif-negatif berbanding negatif-negatif macam aku ni kan?

dan lagi satu, kalau diorang kekal, maknanya diorang la teman aku sampai aku habis belajar selain Si Foreigner. sebab Si Rajen dah nak habis hujung bulan. Si Ibu Mengandung pulak extend sampai pertengahan bulan depan kot.

cuma aku je ada masa lagi setahun nak tensikan diri.

oh ya, aku dah bagitahu ke belum eh. Si Ibu Mengandung dah jadi Si Mama. waktu tu aku tengah menghabiskan masa kat Pantai Chenta Merdeka 2 minggu lepas. Si Baby sangat lah chubby.

ok, berbalik pada 2 lelaki misteri yang baru.

tadi pun aku tengok macam kesian je. sebab dah la kena share 1 komputer lepas tu nampak macam blur je.

memang la orang baru biasa macam tu.

macam aku dulu, siap sesat lagi, masuk tandas lelaki masa kali pertama datang kat sini. malu seumur hidup. tsk tsk.

diorang nasib baik la, sebab ada jugak kawan sama jantina nak heret ke sana sini. nak ajak makan pun boleh. tapi lelaki risau ke kalau pergi makan sorang-sorang?

hmm. aku rasa macam tak. sebab lelaki kan takde perasaan.

kalau perempuan lain lah. mesti rasa macam loser je kalau makan sorang-sorang. sebab takde teman nak mengumpat. hahah.

sebab tu aku malas nak pergi lab semalam. sebab dah tahu takde sape nak teman makan. boleh tak bagi alasan macam tu?

lagipun aku tahu akan takkan buat eksperimen, buat apa bersusah payah nak pergi lab sedangkan kat rumah pun aku boleh online. makan free pulak tu.

tapi satu je la ancaman. macam aku cerita dalam entri sebelum ni. kena serang dengan Si Cekgu. tu adalah bad side effect lah.

sekali lagi, pilih mana yang kau suka.

lagipun kalau takde kerja dekat lab, macam ni la aku. update blog banyak-banyak. macam hari ni. hahah. kan ke dah TERajin kat situ. tapi salah saluran lah pulak.

apapun aku ucap selamat datang lah kepada ahli baru.

semoga hidup kalian tidak miserable macam aku selama berada di sini.

*grin*

Kisah #6 - Hari Tidak Berfungsi

semalam.

aku kan tidak ke lab. selepas mendapat pelbagai nasihat dari kawan-kawan Mukabuku. aku pun duduk je la kat rumah, berlagak macam surirumah bahagia yang takda anak-anak dan suami pulak ke pejabat. ahahah.

aku just lepak-lepak je.

tapi no makan-makan. sebab malas nak masak. hihi.

aku habiskan menonton House MD season 6 sampai episod 7.

lepas tu boring datang lagi.

kali ni aku buat-buat rajin pulak. aku kemaskan barang-barang bawah katil. sapu rambut gugur atas lantai. bersihkan kipas bilik.

tu je pun. tak boleh nak panggil Ops Rajin sebab sekejap sangat. tak berapa nak keluar peluh pun. cuma nya aku memang dah lama berhajat nak kemas barang-barang abwah katil tu. asyik jadi taman permainan mini kat Si Sarah je. tambah pulak sekarang ada Cik Toby.

oh ya, Cik Toby adalah jejantan baru dan pertama dalam rumah kami.

lepas tu, aku start tengok Grey`s Anatomy dari season 1. ahaha. memang gila buhsan tahap gaban la ni.

sampai kepala aku jadi pening sebab asyik baring je. mengadap laptop.

sesekali berYM dengan Cik Kaunselor. mengumpat pasal Si Cekgu yang agak kelakar dan bertindak tak patut. macam-macam yang boleh kami gosipkan kalau berkaitan dengan Si Cekgu.

sebab apa?

sebab dia memang banyak side yang pelik-pelik dalam diri yang belum terungkai.

ewah, seronok je aku mengata kan.

so sorry Si Cekgu. jangan tak luluskan saya pulak. walaupun saya kurang rajin, saya ada output jugak apa.

ceh.

Kompleks #6 - Perihal Si Cekgu

semalam.

telefon aku vibrate. takda suara pasal aku silent sebab aku tahu yang akan call aku cuma dia - Si Cekgu. so kalau aku tak dengar and tak jawab phone tu, kira ada alasan yang betul lagi jujur bahawasanya 'saya tak dengar la cekgu, telefon silent'.

haha. brilliant aite?

tapi bila kali kedua call dia masuk lagi selang beberapa minit, memang mencari nahas kalau tak angkat. sebab apa? sebab kalau dia call banyak kali, aku cuma ada 2 peluang je. nak angkat terus dan bagi alasan dengan jawapan tertera di atas ataupun aku memang takkan jawab langsung dan dengar bebelan pada hari berikutnya.

pilih mana kau suka la.

so, semalam aku TERangkat semasa panggilan kedua masuk.

'hello! u kat mana ni?'

'err.. rumah?'

'u ni kan, suka la datang lambat tau. saya tak suka la. u asyik datang waktu tengahari je'

'saya hari ni pergi buat SEM la'

'yeke? saya call SEM eh tanya betul ke tak u pergi sana'

'ok, call la'

senyap sekejap.

'saya tak suka la kalau orang tak datang lab. muka yang saya asyik nampak dekat lab Si Rajen dengan Si Foreigner je'

'diorang kan tengah buat samples. samples saya semua tengah nak characterize. takda nak buat sample baru'

'ok, buat cepat-cepat. nanti dah siap, saya nak kena buat annual report. pasal geran dah nak habis'

'ok'

'lagi satu, kalau awak nak pergi mana-mana, awak bagitahu la saya. sms cakap awak takda kat lab dan nak pergi mana-mana. buat SEM ke pergi UPM ke buat apa-apa je la'

'so, saya nak kena beritahu cekgu setiap kali saya ke mana-mana sebab saya takda kat lab?'

'ye. ok la eh. buat cepat-cepat. bye'

'ok'

dari suara tegang ke suara kendur. sebab aku ada jawapan. ahaha.

yang pasti, kena pandai-pandai la layan mood dia yang selalu swing ke sana sini sesuka hati tanpa ada amaran.

tsk tsk.

setahun je lagi, sabar.

Monday, November 23, 2009

Mari Mengambil Lesen #7

semalam.

aku test. nervous jugak. sebab aku memang kaki gelabah setiap kali ada sesuatu benda penting.

tapi nasib baik dapat Cekgu Orang Kampong. jadi agak selesa. tambahan pulak aku memang dah cuba untuk mengawal perasaan supaya tak gatal-gatal, tak main-main dan anggap benda tu serius.

so aku just layan acuh tak acuh je Cekgu Orang Kampong. tapi sempat lagi dia duk mengorek cerita pasal family aku, pasal Mr.Magoo. oleh sebab aku tengah tense, dan tengah mengawal, maka aku secara otomatik TERcerita pada dia.

mati la kalau Cekgu Skandel tahu. ahaha.

tapi semalam dapat drive kereta alone.

naik bukit, parking and 3 penjuru. semua aku buat sorang-sorang. dah nama pun pre-test kot.

cuma dekat bukit tu, tayar aku lebih ke depan, tapi enjin tak mati tau.

*grin*

jadi semalam aku balik dengan senyuman. bukan dengan muka masam macam semalam. cuma berkerut sikit sebab tahan lapar.

dan oh ya, aku dah book test JPJ.

lagi 2 minggu. weehoo.

harap-harap lulus dan aku boleh tick azam aku untuk tahun ni dengan perkataan done!

Sunday, November 22, 2009

Mari Mengambil Lesen #6

semalam.

kelas lagi 2 jam. boleh kira last class before aku masuk ujian QTI - ujian oleh Cekgu Sekolah Memandu samada kita layak nak masuk ujian JPJ ke tidak. isk.

dapat Cekgu Cakap Banyak.

maka nya, sepanjang perjalanan tu, banyak gila benda yang dibualkan sehingga kan aku tak boleh nak fokus atas jalan raya. bukan tak boleh, tapi kurang boleh. jadi lagi banyak yang ditegurnya. habis setiap penjuru aku kena tembak.

tapi aku menjawab jugak.

sebab geram.

setengah jam terakhir, aku dah penat dan mula diam. sebab dah penat layan Cekgu Banyak Cakap ni berborak.

banyak gila benda dia tegur aku. itu salah, ini salah.

tak nampak tayar kereta depan semasa berhenti, aku kena tegur.

tak nampak garisan semasa berhenti, pun kena tegur.

tak tekan minyak, kena tegur.

tekan minyak, pun kena tegur.

aku pun tak faham.

pening la jugak, setiap kali datang aku nak kena accept pelajaran baru. yelah, lain cekgu, lain ragamnya, lain cara pengajarannya.

aku pun jadi pening dan tensi.

tapi semalam bukit aku dah agak selamat. takde lagi undur ke belakang. kira aku dah boleh control kalau guna handbreak tu, tapi tak berapa mahir lagi lah. perlukan banyak praktis. isk.

siapa mahu bantu?

Kisah #5

sangat penat.

semalam petang ke Megamall.

dating sama Cik Bestie.

malam lebih ke pagi.

bermalam di rumah kawan.

pagi pulang ke pangkal jalan.

pergi sambung belajar memandu.

balik. penat. tensi. lapar. mengantuk.

baru tadi malam.

keluar buang masa dengan kawan lama.

makan. gelak ketawa. hilang suara.

balik. penat. happy. lapar. mengantuk.

selamat malam/pagi.

Thursday, November 19, 2009

Tahniah Si Enam!

congrates to my dear sista, Si Enam yang sangat bermasalah dalam menghadapi Ujian Kanak-Kanak Kecil baru-baru ni sebab dapat jugak even not fullhouse, tapi i`m proud of you ok?

lepas tu dengan muka tak tahu malu pulak, dia duk sms mintak hadiah. forward kat semua orang pulak tu.

aku, Si Dua and aku sure Si Satu pun dapat jugak.

Si Dua balas - bagi 4 ringgan je. sebab dapat 4 je kot. ahahah.

aku - aku kata aku akan bagi hadiah kalau dia dapat masuk sekolah asrama penuh. alasan baik punya ni.

Si Satu - aku belum update lagi dengan beliau.

tapi lepas Maghrib tadi, Si Enam sms lagi.

dah la guna nombor Si Ayah. buat aku saspen je.

kali ni dia nak telefon berkamera.

ceh. banyak cantik.

katanya lagi kalau nak bagi duit pun takpe, nak bagi 2 2 telefon berkamera dan duit lagi lah takpe.

hamboi. demand pulak aih.

terus aku balas.

'ok, bagi 5 rinngit je.'

terus senyap. hahah.

apa pun tahniah la ye dik. aku tak sangka dia dapat lebih dari 3 kalau ikutkan sikap malas membaca tu.

tapi mungkin sebab memang baka geliga kot.

*gelak dengan muka perasan*

Wednesday, November 18, 2009

Ralat #16

dah pulang ke pangkal jalan. semalam.

tapi masih mahu panjangkan Cuti-Cuti Malaysia.

maka, aku habiskan masa di rumah kawan.

tapi, itu kesilapan.

banyak aku buat silap hari ni.

dan juga semalam.

ralat.

aku telah menyusahkan Cik Kaunselor.

dan dia pun sudah makin pandai merungut-rungut.

sorry ye.

saya tak sengaja.

*muka innocent*

Saturday, November 14, 2009

Dunia Skandel #7

petang ni ada hal dengan ahli kelab bertempat di Pantai Centa Merdeka - tempat dating Mr.Magoo dan Si Cantik pada zaman firaun. sebab tu aku agak beria nak pergi.

*gelak evil*

tapi semalam agak mengganggu perjalanan bilamana tercetus pergaduhan kecil di antara kami. nak tahu sebab apa?

sebab Mafia Wars.

bagi sesiapa yang tak tahu apa itu Mafia Wars -MW adalah aplikasi permainan online yang ada dalam Mukabuku, Tagged, dan sebagainya.

jadi oleh sebab Mr.Magoo sekarang tengah taksub dengan MW ni, apa yang kitorang bincangkan mesti menjurus ke arah MW dan berjaya buat aku bosan dan naik angin.

*gelak evil*

jadi, aku telah mengeluarkan kata-kata yang agak durhaka kepada Mr.Magoo menyebabkan dia pun refuse to go to Pantai Centa Merdeka.

isk.

tak boleh jadi.

maka, aku pun buat plan sendiri. dengan segala ilmu dan skills yang aku ada. aku cuba berdamai. beralah bukan mengalah. heheh.

dan, aku BERJAYA!

yeehaa..

*buat lompat bintang*

maka, sekarang hanya menunggu waktu sahaja untuk bertolak. tetapi aku masih perlu berjaga-jaga untuk tidak mendukacitakan Mr.Magoo sekali lagi memandangkan beliau bertindak sebagai pemandu aku ke sana dan ke mari.

*gelak evil*

mana tahu, takut dia berubah fikiran lagi, masak la aku.

aku tak berdusta. aku buat benda betul. dan aku berdamai dengan cara yang sah dan halal. bukan semata-mata untuk program Pantai Centa Merdeka. tapi demi memerdekakan centa kami juga.

ceh. geli lak baca.

Thursday, November 12, 2009

Tuesday, November 10, 2009

Kisah #4

tadi tak berapa pagi.

aku pergi bank. apply bank card baru. tapi punya la amik masa yang lama. sebab aku asal nya buat kat kampung, tapi tiba-tiba nak buat kat sini pulak.

so, aku kena ada surat pengesahan dari pihak bank kat kampung. macam tu la kot lebih kurang.

aku blur sikit dengan benda alah skema macam ni. tu pun tadi nasib baik dapat orang yang ok jugak nak uruskan hal aku. takde banyak songeh.

aku malas nak berurusan dengan orang yang sepatutnya tolong aku sebab tu memang dah kerja dia, tapi layan macam kerek.

biasa je jumpa orang macam ni. tak kira la bank ke pejabat pos ke apa ke kan. yang penting aku tak suka.

so, tadi dah settle semua hutang aku pada Si Ketua Rumah and Si Satu. eh, Si Satu belum. suruh dibayar pada Si Dua pulak. isk. macam-macam hal.

tapi aku rindu kad bank lama lah. rugi tak amik gambar dulu. hahah.

sebab nak pergi buat kad baru tu, aku telah terskip lab-part-time-job. tapi sebenarnya aku memang macam kurang berminat pun nak pergi. sebab pagi. hehe.

makanya esok aku kena buat lab ganti la pulak. isk. malas betul la. ingat dah settle.

apa yang aku risau sekarang cuma paper yang perlu aku siapkan dengan results yang lengkap untuk conference akan datang.

have to submit the paper by the end of this month.

shut up!

Monday, November 9, 2009

Ralat #15

tadi pagi.

sampai je ke lab. diajak makan bersama. Cik Kaunselor.

perut memang berlagu dari tadi. jadi, aku turutkan saja.

tapi pasang niat nak keluarkan duit dari atm. sebab dalam purse seingat aku ada dalam 20 ringgit je.

terus la cucuk kad bank.

tapi mesin atm tu macam slow gila nak process kad aku tu. aku terus tekan butang cancel - mengikut nasihat Cik Kaunselor.

tiba-tiba je lampu sekeliling mesin atm tu padam.

ish. lain macam je ni.

tengok betul-betul kat skrin.

'machine is out of service'

huik. kad aku ada kat dalam lagi. haiyah.

terus call centre.

ada 3 option dia bagi.

1- buat kad bank baru dan dihantar ke kampung halaman. ambil masa 7 - 14 hari.

2- buat kad baru di cawangan berdekatan. ambil masa 7 - 14 hari.

3- block serta merta kad yang stuck dan buat kad baru a.s.a.p di mana-mana cawangan dan boleh siap pada hari yang sama.

for sure la aku pilih yang ke-3.

tapi hari ni agak busy. eceh.

lagipun hari nak hujan. andaikata aku ke bank lepas makan, aku akan terus balik rumah kot. mustahil nak datang balik ke lab.

jadi esok aku akan pergi buat kad baru. tapi aku sayang dengan kad lama tu. sebab aku buat kad tu sebelum penjenamaan semula bank tu.

kira kad oldies la. sayang tu.

Cik Kaunselor pulak cakap 'orang lain nak kad baru. awak tu sayang kad lama. ish'

aku kan sentimental. hahaha.

Mari Mengambil Lesen #5

semalam.

aku ke sekolah memandu lagi.

kali ni aku dah agak yakin sikit. bukan agak je, malah maybe terlebih yakin kot. ni semua gara-gara kelas tambahan yang aku ikuti dengan Cekgu Garang. maka keyakinan ku di tahap superb.

dan kebetulan aku terus ke jalan raya, maka aku boleh praktikkan sehabis mungkin ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh Cekgu Garang.

semuanya ok. jalan 1 dan jalan 2 aku gerak macam agak stabil dan hanya terdapat kesalahan minor menunjukkan aku belum mahir. tapi takpe, masa masih ada.

tiba-tiba je.

nak dijadikan cerita..

sebelum masuk ke sekolah, mesti lepasi 1 traffic light.

masa tu aku dengan gear 4 dan kelajuan yang agak munasabah. dah nampak traffic light, aku perlahankan kereta.

tapi belum sempat aku nak tukar gear ke gear yang lebih rendah, lampu dah hijau. dan aku sebenarnya tak sempat berhenti pun, terus jalan. jadi aku ingat macam tak payah la nak tukar gear. just tekan minyak and terus jalan je.

tapi kat situ la aku silap.

maybe sebab aku dah sangat overconfident sebelum tu, so kereta pun mati di tempat kejadian dengan kereta aku yang paling depan dalam barisan dan lebih 10 buah lagi kereta orang dekat belakang yang mungkin sangat terer bawak kereta dan mungkin jugak dah start mengomel-ngomel.

aku pulak tak tahu la kenapa aku jadi macam gabra sikit. sebab aku pernah je hari tu enjin mati, tapi try lagi sekali ok je.

tapi semalam hampir 3 kali kot kena start balik. cikgu yang aku dapat semalam macam ok je. senyap je sepanjang atas jalan raya.

dah kali ke-3 baru la kereta nak jalan kan. orang belakang berpusu-pusu potong aku. tak sempat nak tengok pulak driver tu samada muka berasap ke tak. hahah.

lepas tu, semua dah ok dan start belajar naik bukit pulak.

Cekgu Senyap tadi tiba-tiba bertukar jadi cakap banyak pulak. sebab banyak sangat kot error yang aku buat. hahah.

komen dia pada aku,

'kamu ni takut dan teragak-agak. bila kamu rileks, kamu boleh buat. tapi bila sampai masa kamu takut dan tak confident, kamu jadi tak lepas'

ye lah, mahu nya aku tak takut. enjin dah banyak kali mati masa kat atas bukit tu. keyakinan diri pun dah hilang. enjin mati dekat traffic light tadi pun masih menghantui diri ini. cewah.

tapi entah kenapa, aku macam boleh go on dengan Cekgu Senyap ni walaupun dia sendiri mengaku yang dia ni kuat menyindir. biasa lah, dah berusia sikit. tapi teguran dia tu aku boleh terima, tak macam Cekgu Siyes minggu lepas.

banyak kali jugak buat bukit. nisbah lulus dengan gagal adalah 2 : 5 kot macam tu. hahah. haru betul. dia kata lagi, parking aku dah ok. cuma kena risau pasal bukit je lah lebih.

aku rasa minggu lepas, takda la teruk macam ni prestasi aku atas bukit. semalam je macam menjadi-jadi la pulak. asyik tak dapat je. isk.

lepas dah habis belajar, nak dijadikan cerita aku kena tinggal la pulak. orang lain semua dah balik, tapi aku tertinggal sebab aku pergi book kelas untuk minggu seterusnya dan lepas tu aku pergi surau.

bila aku pergi balik je tempat menunggu tu, kosong. tsk tsk.

Cekgu Skandel tak datang pulak sebab dia demam. kesian. kalau tak, mesti aku dah sampai rumah awal-awal lagi. hehe.

nasib baik, ada Cekgu Baik tolong hantar aku.

terima kaseh cekgu!

Friday, November 6, 2009

Saya Saspen #4

tadi borak secara online dengan Si Dua.

tanya pasal cuti Raya Haji akan datang. confirmkan aktiviti-aktiviti yang Orang Kampung cadangkan.

tiba-tiba.

'Si Emak ada tanya apa-apa tak semalam?'

'contoh benda yang nak ditanya adalah?'

'ada orang nampak awak dating'

'haa? tak faham'

'haha. ada orang nampak awak dating and inform kat Si Emak'

'orang mana? isk. dating kat mana? lol'

'hahah. tak tahu. ada orang nampak kat tempat wayang'

'cis. sapekah orang itew'

'emm. tak tahu la. Si Emak tanya je'

'hmm'

'tapi tak tahu la kot Si Emak nak saiko je. hahah'

'apa je yang Si Emak tanya? cuba cerita dari awal'

'Si Emak tanya awak dengan siapa sekarang'

'lepas tu?'

'saya cakap tak tahu. ahaha. Si Emak tanya, kawan lagi ke dengan Mr.Magoo?'

'haha. lepas tu?'

'jawab tak tahu la'

'lagi? ish. nak tanya satu satu ke? cerita la sampai habis. haiyah'

'boss panggil pulak'

Si Dua's status is now "Idle". (11/6/2009 3:33 PM)

sampai sekarang ni aku tunggu. isk. saspen je kan.

seingat aku la, aku pernah la jumpa saudara aku time aku berskandelan di zaman dahulu kala. tu pun masa aku belum lagi jumpa Si Teman, Si Baru apatah lagi Mr.Magoo. lol.

tapi, kenapa baru sekarang cerita ni sampai ke telinga Si Emak?

seingat aku la, last aku pergi wayang, dengan ahli rumah masa bulan puasa.

kalau dengan skandel, lagi la lama. sebab Mr.Magoo dah jemu nak tengok wayang. tsk tsk.

dan untuk perancangan terbaru tu ada lah, tapi dengan Cekgu Skandel. hahaha.

status : saya konfuse. juga saspen.

Kisah #3

semalam balik dari lab yang sangat-sangat-sangat sejuk tu rupanya memberi impak pada suhu badan aku. bila aku keluar je dari lab, rasa cuaca berubah. suhu yang tinggi dan kontra dengan suhu di dalam lab.

naik je bas, aku dah rasa dah sistem pernafasan aku macam tak betul je. kuku yang biru dari tadi tak bertukar warna. tanda-tanda pertama mahu demam la nih.

sigh.

sampai kat rumah aku terbaring dan terlelap.

terjaga jam 1815 sebab Mr.Magoo called.

sudah borak je badan rasa seram sejuk. terus selimut semua badan.

jam 1952 aku terjaga balik.

masa tu badan memang dah over panas. kepala dah pusing. so, aku pergi bersiram dengan harapan basahkan kepala akan kurangkan pening.

jadi aku isytiharkan aku demam. tsk tsk. again.

makan roti kismis dan coklat, kemudian baring balik. nak tidur tak dapat.

called orang kampung. sembang pasal rumah baru. lega bila dapat dengar suara Si Emak dan Si Ayah.

memang lepas tu niat nak ketiduran je, tapi petang tadi dah ter'request' kat Mr.Magoo suruh datang. sebab lewat malam ada meeting kelab.

jadi aku sedaya upaya pujuk jugak Mr.Magoo supaya datang dan pergi. sebab dah hampir berapa bulan aku tak attend meeting tu. hahah.

sebelum tu pergi beli panadol actifast.

sebenarnya, aku tak suka sangat makan panadol ni sebab takut dengan kesan jangka masa panjang. tapi kalau desperate, terpaksa la jugak telan sebab kalau demam, Mr.Magoo taknak bawak aku pergi meeting. ish.

jadi lepas meeting malam semalam, balik ke hutan tropika jam 0400. aku sempat makan maggi goreng dekat mapley biasa sebab lapar sangat. heheh.

pagi ni bangun pun kepala masih pusing.

tapi aku tak boleh nak sambung tidur sebab ada aktiviti Mari Membasuh Baju. walaupun hujan, tapi terpaksa lah.

baju aku dah semakin kurang. dengan cuaca sekarang ni, mau nya 2 3 hari baru kering.

aku tak tahu lah pasal apa aku duk karang cerita macam ni taruk dalam blog aku. hahah. ni mesti sebab kepala pusing lagi.

karangan macam budak sekolah. cet.

Thursday, November 5, 2009

Mari Belajar Memandu Kereta

pagi tadi aku telah mengikuti kursus Mari Belajar Kereta dengan Cekgu Garang a.k.a Mr.Magoo bertempat di jalan gelap di belakang hutan tropika.

tapi syahdu sikit la. tsk tsk.

kereta belum gerak, aku dah kena tengking-tengking.

ish. kalau ikutkan emosi, aku nak aje tengking-tengking balik. and i did, tapi dengan volume yang lebih lembut.

aku baik, ok. ceh.

rasa macam nak cubit, cucuk, sepak dan macam-macam lagi la dekat Cekgu Garang ni masa awal-awal tu. sebab sakit hati. hahah.

nak menangis tu for sure lah. sampai aku macam nak give up je.

tapi bila fikir-fikir balik, mana tahu nanti pegawai JPJ aku lagi mereng daripada Cekgu Garang ni. takkan aku asyik nak manjakan diri aku dengan cekgu yang baik saja.

tapi bila dah bawak kereta tu, lama-lama aku ok la jugak.

alah bisa tegal biasa? hahah. macam tu lah lebih kurang.

aku belajar benda baru.

buat u-turn.

dengan kereta besar pulak tu. tak lah besar mana. tapi bukan bersaiz macam dalam kelas normal.

dengan muka gabra, aku cakap lah,

'cekgu kat sekolah belum ajar lagi'

'ah, belajar la sekarang'

'isk'

tapi dalam masa sejam aku belajar tu, boleh la akhirnya aku mengawal kereta itu dengan gaya new learner.

lepas sejam je, kaki aku dah mula stress. kepala pun memang dah stress dari awal lagi.

so, aku berhenti tiba-tiba sebelum u-turn sebab Cekgu Garang pun dah tak bersuara - macam dah tidur je.

haruslah aku berhenti untuk kejutkan dia kan. hahah.

'terkejut saya'

'siapa suruh tidur. hahah'

'ok tak saya bawak?'

'ok la'

nak jaga hati la tu. cet.

'rasa selamat tak? hahah'

'sikit-sikit'

'nanti saya curi kereta awak eh'

'hahaha'

tapi Cekgu Garang ni memang tak wajar jadi cikgu la. kuss semangat.

garang tak bertempat.

*grin*

Wednesday, November 4, 2009

Dunia Skandel #6

aku dah decide nama untuk Cekgu a.k.a Skandel baru tu.

hahah.

bagi nama Cekgu Skandel lah, senang cerita.

hari-hari sms.

call setiap pagi dan setiap kali sebelum balik kerja.

aku?

layankan saja.

tak bazir kredit pun setakat 1 sen.

*senyum gatal*

tak rasa sangat di push - tu yang aku suka.

tak kisah dia betul suka atau just flirt around.

sebab aku tak rasa kehadiran dia mengganggu gugat kehidupan seharian aku.

jadi setakat ni aku boleh layankan.

lagipun aku tak berahsia dengan Mr.Magoo.

harap dia faham aje.

kot ye tak faham pun buat-buat lah faham ye.

asal kan awak tahu hati saya kat mana.

eceh.

sebab ini lah dunia skandel saya.

*wink wink*

Monday, November 2, 2009

Mari Mengambil Lesen #4

semalam aku ke Sekolah Memandu lagi.

tapi kali ni aku bertukar cekgu. aku dapat Cekgu Siyes pulak.

aduh. aku gelak sorang-sorang je dalam kereta masa nak hilangkan gugup aku. dia buat muka derk je.

aish. tensi betul.

lepas tu dia ajar pakai mazhab lain pulak. lain sikit daripada Cekgu Kete aku yang biasa tu.

susah betul nak ingat.

bila kat jalanraya pulak, dia tukar dengan cekgu lain. kali ni aku dapat Cekgu Tido.

boleh pulak kan dia tidur masa aku drive kat jalan raya. hahah. memang nak kena la.

mula-mula nampak je mata dia merah and dia pun memang bagitahu yang dia mengantuk setiap kali bawak ke jalanraya.

habis tu, macamana.

masa aku dah habis round dekat luar and dah nak masuk sekolah balik, Cekgu Tido tu memang tidur la dengan mulut sedikit terbuka. ish.

aku terus kalut.

kereta dari depan dah takda.

aku kena masuk simpang ke kanan tapi aku tak boleh nak imbangkan clutch dengan minyak dengan hand break sekali.

last-last kereta mati. hahah.

'cekgu. cekgu. macamana ni?'

aku duk gabra. tapi bila pusing kat dia, seronok pulak dia tidur.

bila dah enjin mati, baru dia terkejut.

'terkejut saya'

aku gelak je lah dalam hati. nak marah tak sampai hati. sebab aku pun tengah kalut jugak.

bila dalam litar, sekali lagi naik bukit.

dan seperti biasa lah, ada masalah nak imbang clucth, minyak and hand break dengan Cekgu Tido yang macam dah bosan nak ajar aku.

haru betul la semalam. aku balik dengan muka blur sebab tensi.

bila dah balik, aku tengok borang aku yang diisi oleh Cekgu-Cekgu yang mengajar.

tertera tulisan 'hampir mahir.. TAK JAMIN..'

*gelak guling-guling*

Sunday, November 1, 2009

Mari Mengambil Lesen #3

semalam aku ke sekolah lagi.

tapi masuk je dalam kereta terus disuruh bawak keluar ke jalan raya?

aih, biar betul Cikgu Kete ni. aku pulak yang saspen.

yakin ke dia dengan aku ni?

dalam litar pun enjin asyik mati, nak pergi jalan-jalan kat luar. silap hari bulan kena maki dengan pemandu yang kurang sabar.

aku tak berani.

tapi aku ikutkan jugak la kata Cikgu Kete. mana boleh melawan, tak baik lawan cakap cikgu.

hampir sejam setengah aku round mengenali 3 jalan dekat luar.

wah, sangat tidak percaya.

boleh bawak kereta sampai 60km/j. laju bagi newbie macam aku.

tu pun Cekgu Kete dah takut-takut sebab stereng selalu aku lupa nak jaga. kadang-kadang masuk line orang.

aku biasa sangkut masa nak gerak balik bila berhenti kat traffic light and masa tengah laju tiba-tiba kena slow, sebab aku tak tukar gear pun. hahah. Cikgu Kete yang tolong tukarkan.

tak menang tangan di buatnya. mana satu aku nak buat dulu, lepas tu nak kena dengar Cikgu Kete membebel-bebel tambah pulak dengan nyanyian dia yang macam rileks je.

aku tak boleh layan sebab tengah pokus. hahah.

lepas tu masuk dalam litar balik.

aku buat naya masa naik bukit. aku tak lepas clucth habis. terus kereta menderum dan reverse turun bukit. hahaha. saspen gila masa tu, nasib baik aku tekan clutch and break cepat-cepat.

Cikgu Kete pulak dah geleng-geleng kepala sambil pejam mata.

selalu je buat aksi macam tu kalau aku tak mengikut arahan. tapi setiap kali aku macam buat dengan bagus, dia dengan penuh semangat nya cakap 'olrite!!' hahah.

dalam litar pulak, kereta aku selalu mati. lepas tu Cekgu Kete cakap, ' kalau mati kita tanam la'. hahah. buat lawak sengal pulak dia.

satu lagi masalah aku tak boleh nak bajet dengan pusingan stereng tu. selalu jugak kena tegur sebab aku pusing sesuka hati aku. hehe. bila Cekgu Kete tegur, aku jawab

'sebab dia macam tak pusing je. saya pusing la habis-habis'

'dia pusing la sikit-sikit. tak payah pusing habis' sambil tolong aku pusing balik stereng tu. hihi.

oh ye, semalam dapat lagi seorang skandel. wink wink.

*senyum gatal*

bukan pelajar sekolah lagi dah, kali ni cekgu pun jadi skandel aku. hahah. dia bukan yang mengajar aku, tapi menjemput dan menghantar aku pulang ke pangkal jalan.

nama dia 'aku belum decide lagi'. haha.

hari ni aku belajar lagi 2 jam. nanti aku story.