Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, October 5, 2009

Sebab-Sebab Kepala Jadi Pening

jam 0002.

aku masuk tidur. internet buat hal lagi. langsung hari aku tidak bermakna. hahah.

jam 0012.

tak boleh tidur la. kepala rasa pelik. terus bangun dan tukar kedudukan tidur.

jam 0512.

bangun ke toilet. Cik Usahawan terkejut sama dan terus bersahur. aku pulak pergi sambung tidur la. apalagi.

jam 0809.

terjaga. kepala rasa pusing. masih lagi cuba nak teruskan misi tidur.

jam 0840.

bangun lagi. dengar orang keluar dari rumah. Si Ketua Rumah mungkin. cuba untuk sambung tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang.

jam 0900.

ala, awal lagi. ingat dah pukul 0930. terus sambung tidur lagi.

jam 0940.

hmm. nak pergi lab ke tak eh? pergi ke tak? pergi ke tak?

jam 1035.

bangun terus bukak lampu dan capai tuala dan mandi. kalau tak bangun macam tu, memang takkan sampai la aku ke lab jawabnya.

dan oleh sebab rentetan peristiwa di atas la, maka nya aku sekarang berada dalam keadaan pusing.

tolong jangan demam lagi.

jam 1300.

here i am, in the lab. tengah lepaskan rindu dendam kepada online friends aku. hahah. susah betul kalau taksub pada internet ni.

nak buat kerja lab, tapi aseton takda la pulak. terbantut kejap.

hari ni nak kena setelkan pasal pembayaran untuk barang yang ditempah daripada Mr.Magoo tu. nanti lambat pulak duit beliau masuk.

tapi nak balik awal jugak. sebab Si Ibu Mengandung takda. Cik Kaunselor pun takda. kepala pun pusing.

maka, lepas lunch hour aku bertekad akan pulang. yeeha.

No comments:

The Journey Has Begun