Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, October 22, 2009

Ralat #13

hari ni aku buat-buat pandai. setelah sekian lama aku biarkan Si Dua memegang tugas pembeli-tiket-bas-balik-kampung, tapi hari ni aku pulak nak rasa title tu.

jadi aku pun dengan lenggang mak limah and muka blur-sebab-tidur-tak-cukup, pergi la ke tempat jual tiket, jumpa dengan Cik Kak Jual Tiket Pakai Tudung Siti. walaupun dengan muka tak mesra alam beliau tu, aku berjaya jugak make deal and beli tiket berharga kurang 20k sen.

tarikh aku beli 19hb pergi dan 23hb balik.

dengan pantas dan tuntas, aku sms Si Dua.

'ok, tiket dah beli. Jumaat pergi, Isnin balik sini'

'khamis, 26hb'

'eh, bukan semalam kata 20hb ke?'

'wei. cuti raya haji bila? tengok leklok kalendar tu. 27hb hari Jumaat'

alamak, kalendar yang ada tarikh-tarikh cuti mana ada kat tangan sekarang. aku dah gabra gila h1n1 dah pasal banyak sangat rasa keluarkan duit tadi.

aku terus call la apa lagi. memang tak sedap hati gila h1n1 punya.

but, unfortunately, it was my fault. or our fault kot. [hehe. taknak ngaku salah sendirian berhad]. sebab semalam kami dah sepakat membawa berkat kononnya raya haji tu jatuh pada 20hb.

so, aku dengan advance nya terus la pergi beli tiket tanpa banyak soal.

lepas lunch, aku keluar balik menuju ke tempat jual tiket, jumpa dengan Cik Kak Jual Tiket Pakai Tudung Siti sekali lagi.

kali ni ada pulak Cik Abang Pembersih yang tengah mengayat atau mengorat Cik Kak Jual Tiket Pakai Tudung Siti.

aku pun bagi la peluang dulu. depa nak mengayat ka nak buat apa ka. sebab nak gaduh-gaduh tak elok kalau ada saksi. heheh.

tapi Cik Abang Pembersih bagi peluang kat aku, so aku gunakan lah elok-elok.

'akak, nak tukar tiket yang beli tadi tu. salah beli la awal seminggu'

nasib aku baik. tiket boleh tukar. tapi kena extra charge 500 sen setiap helai tiket. maka aku dah terbazir 500 sen x 4 tiket.

tapi takpa, asal boleh balik ke kampung tepat pada waktunya, bukan awal seminggu.

Cik Kak Jual Tiket Pakai Tudung Siti pun bukannya nak bagi warning kat aku masa aku beli tadi. takkan takleh bajet aku nak beli tiket balik raya. ceh, sempat lagi salahkan orang lain.

4 comments:

HeroAjil ^ HeroinUsj said...

hahahaha....ke ni taktik nk balik raya Haji 2 minggu???


~~C!k Hero!n

Si Ralat said...

hehe. ada jugak terfikir macam tu. tapi Si Dua takleh turut serta la pulak. tak best la.

cik ani said...

huhu..kamu ni, cuti pon dah salah,mesti pening sangat dah ni..patutnya kaum student mcm kita ni alert pada cuti..ni mesti alert kat cuti weekend..huhu..

Si Ralat said...

haha. buat masa skang saya sangat alert pada perbelanjaan je cik ketua umah oi. bahaya. bahaya. nasib baik takyah bayar berganda-ganda. huhuh.