Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, October 12, 2009

Ralat #12

aku baru je lepas sesi proposal presentation ni.

semalam baru aku start berlatih.

ceh, nak kena berlatih jugak ke? dah lah pakai slideshow yang sama masa aku kena interview dulu. boleh tak?

sebab tu aku rasa macam sombong dan bongkak dan malas dan angkuh untuk study atau berlatih lama-lama. cuma semalam aku tengok-tengok jugak lah slideshow tu sikit, tukar background, dan berlatih seround dua.

makanya tadi pagi, aku pecah rekod pergi tunggu bas dalam pukul 0855 pagi. tak pernah hayat aku berjaya keluar dari hutan tropika seawal itu. ramai rupanya manusia yang menggunakan bas di awal hari. tak best langsung.

baik pergi lambat, lagi lapang. hahah.

masa Q and A session, banyak lah pulak soalan Si Evaluator tu nak tanya. dan kalau tak silap aku, rasanya beliau pun berada dalam bidang yang sama dengan aku lah. bahaya la tu, sebab nya tadi aku macam main jawab je. seolah-olah tak buat literature review.

bukan tak buat, tapi tak refresh aje. huhuh.

jadi, tadi aku main jawab sesedap rasa aje bilamana beliau bertanya soalan berkaitan. aku memikirkan jawapan sambil memandang ke luar tingkap. obvious gila macam tengah cari jawapan. hahah. ada yang betul dan ada yang salah aku jawab.

Si Evaluator tu pulak macam saja nak menduga aku.

'are you sure?'

dengan muka blur aku yang biasa tu, aku jawab la. 'yes, i`m sure' sambil senyum bertujuan mengurangkan gelisah di hati.

yang paling aku geram bilamana Si Cekgu tak datang pun.

ceit.

dia sepatutnya jadi Evaluator Bersama, dan memandangkan dia lah yang coordinate jadual presentation, maka dia dengan sengaja meletakkan nama aku dan Si Foreigner pada sesi 1 waktu pagi, dengan alasan dia yang evaluate, so senang la sikit.

sekali, batang hidung pun tak nampak. apa daa..

aku tak tahu lah cerita pasal penipuan dan jawapan salah aku itu akan diperpanjangkan sehingga ke pengetahuan Si Cekgu dan aku harap tak lah jadi macam tu. huhuh. nak mati nanti kena jawab sebab aku sangat-sangat-sangat malas nak bersoal jawab dengan dia lagi.

dan satu lagi, aku baru dapat tahu. dia hanya akan bayar separuh untuk fee aku for the next conference which is next week yang aku mention earlier dalam post sebelum ni.

dah lah aku baru je dapat tahu, conference tu tak wajib pergi. kuang asam betol bagitahu lambat-lambat.

tapi oleh sebab aku dah buat semua, dah daftar, dah submit paper, dah siap apply untuk bayar yuran and so on, sebab setahu aku conference tu wajib dihadiri oleh student macam aku sekali dalam masa pengajian, maka aku pun pergi jugak lah. ceh, bunyi macam komited gila je. hahah.

bila aku dapat tahu conference tu tak wajib untuk orang-orang yang dah banyak ke conference lain, [macam aku lah, sebab selalu kena hantar pergi conference kan. student lain baru pergi sekali, aku dah nak masuk 4 kali dah. bajet rajin gila la ni.] maka rasa macam ada angin kus-kus kat dalam dada.

tambah lagi bila dapat tahu pulak dia cut budget dengan alasan geran nak habis. padahal dia simpan untuk next conference dekat negara luar yang dia seorang diri je akan attend. sebab tu budget aku kena cut.

dah lah elaun aku 2 bulan tak bayar.

argh. tensi.

*tarik-tarik rambut*

No comments: