Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, October 11, 2009

Mari Mengambil Lesen #2

tadi pagi masa aku dihabiskan lagi di Sekolah Memandu.

nasib baik sempat bangun pada awal waktu.

semalam aku kejutkan Mr.Magoo semata-mata nak chat. sudahnya hampir pukul 3 baru tidur kot. tu pun dengan keadaan yang tak betul. macam tak betul-betul nak tidur.

dan aku bangun pun sebab aku bermimpi pasal Kawan Lesen aku yang meninggalkan aku keseorangan dekat Sekolah Memandu tersebut kerana bertukar ke Sekolah Memandu Baru disebabkan masalah sivik telah lulus ujian JPJ lebih awal daripada aku, dalam mimpi tu lah.

oleh sebab geram aku pada beliau tak habis lagi, maka aku terus terjaga. hahah.

hari ni aku masuk kelas 3 jam and bengkel 3 jam.

awal-awal dalam kelas tu gila mengantuk. nasib baik Cikgu tu faham. setiap sejam akan ada masa rehat 10 menit. jadi nya aku gunakan masa itu untuk melelapkan mata sekejap.

yang paling best, aku terus boleh bawak kereta hari ni sebab aku daftar direct dengan Sekolah Memandu tersebut, maka aku macam dapat kelebihan sikit la, kata Cikgu.

jadi nya, aku drive la kereta untuk first time in whole life tadi.

wah, kagum pada diri sendiri kejap. heheh.

masalah aku cuma tak reti nak bajet je. aku pusing stereng tu sesedap rasa aku je. lepas tu tak balas balik. hahah. nasib baik Cikgu aku baik.

oh ya, sempat jugak berkenalan dengan kawan baru.

nama dia Ahboy.

jumpa dalam kelas. kebetulan pulak dia pun dapat drive kereta jugak. jadi bersama-sama ke mana saja lah. hahah. padahal baru je kenal. nak balik pun dia tunggu aku dulu kejap, baru dia balik.

siap tanya aku dah sampai rumah ke belum. oh ya, kami sempat bertukar nombor telefon. hahah.

petang tadi pun sms lagi. tapi aku sedang melelapkan mata, jadi terignore la. tambah pulak sekarang aku macam sangat malas nak bersms, terutama untuk orang baru.

sebab sekarang banyak gila, like 4-5 orang yang aku tak kenal duk sms kata nak berkenalan la apa la segala bagai, yang menyemakkan hidup aku.

aku malas nak layan bukan sebab sombong, tapi sebab diorang adalah berkait-kait. Si A kawan Si B dan Si C kawan Si D dan Si D kawan Si A. contoh macam tu lah. nombor aku tu macam dah kena jual.

dan kalau nak berkenalan mesti nak tanya soalan-soalan asas kan. siapa nama. tinggal kat mana. belajar ke kerja. tu belum masuk bab keluarga lagi. jenuh nak jawab. kadang-kadang aku layan jugak bila aku tersangat-sangat-sangat la bosan. tu lah salah aku.

tapi kalau time aku busy, ada problem, tengah demam, sms macam tu masuk jugak, memang kena kutuk lah. tambah pulak tanya soalan yang sama. tak ilmiah langsung.

tu yang buat aku jadi gila bosan nak layan. apakata tanya je dekat kawan-kawan korang yang dah tahu, sebab aku dah jawab terlebih dahulu dengan diorang.

ceh, bajet glamer je. hahah.

No comments: