Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, October 26, 2009

Hari Rajin Saya #2

hari ni hari rajin saya.

ceh. baru rajin sehari dah kepoh. takpe-takpe. bagi semangat kendiri.

ni pun bukan rajin asli. agak tiruan sebab Si Cekgu mahu tengok result dalam masa 2 minggu dari tarikh meeting last 2 weeks. so, maksud dia minggu ni la. tu pun kalau dia ingat la kan. hehe.

tapi kalau dia tak ingat pun, takpe. sebab aku memang nak buat pun. aku kan rajin. hahah.

lagipun dari bulan April aku merancang, tapi Tuhan yang menentukan. eh, silap.

dari bulan April, aku dikerah suruh buat itu ini begitu begini. tapi aku baru je bergerak dalam 2 3 langkah start bulan Ogos. sangat berwibawa kan?

jadi sekarang dah nak masuk bulan November dah.

hari tu aku bagi janji palsu lagi pada Si Cekgu bahawasanya aku boleh siap sebaik sahaja habis raya. eh, silap lagi. bukan boleh siap. tapi akan cuba untuk siapkan. hehe.

jadi hari ni baru aku berkesempatan nak siapkan.

dengan mood yang agak ok, dan timing yang agak perfect, juga keadaan Si Lab yang agak lengang, aku mula buat rajin. ceh.

Si Ibu Mengandung dah selamat pulang ke kampung halaman. semoga selamat melahirkan Baby Azmeera yep. harap semuanya akan selamat dan ok.

Cik Kaunselor pulak tengah blur sebab tak bawak specs. haha. dah macam orang sengal. opss. sebab biasa nya dia yang akan ulang alik keluar masuk lab. sebab tu aku rasa terpengaruh - macam nak masuk lab jugak. hahah.

Si Foreigner a.k.a Si Skandel Cik Kaunselor pulak sedang prepare untuk conference esok. dah balik dah pun, dengan alasan nak praktis. hoho. good luck.

sama macam Si Rajin. tengah buat poster untuk esok jugak. sangat relaks - gaya orang dah ada pengalaman.

aku je yang kelam kabut lagi masuk lab. ish.

and, kemungkinan besar Si Lab akan ditutup esok sebab conference tu.

entah lah. time aku rajin, ada je dugaan dan halangan. aku ni pesen tak boleh ada dugaan sikit, lepas tu semangat terus kendur. hehe.

macam minggu lepas, eksperimen aku tak jadi sebab pakai bahan yang lama.

so, kena restart balik dari awal and tu baru je langkah yang simple, belum aku gabungkan semua benda lagi. banyak lagi steps aku nak kena buat untuk menjadikan ianya satu aplikasi aku bagi meluluskan pengajian aku tahun depan. cewah. macam tokoh politik pulak.

jadi, ambil masa seminggu aku nak recover semangat aku balik.

ceh, alasan.

maka minggu ni aku harap aku sentiasa rajin, tak demam, tak gaduh dengan Mr.Magoo, tak dapat masalah daripada Si Cekgu, dan tak emosional.

*senyum tak ikhlas*

No comments: