Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, October 9, 2009

Bila Larut Malam

akhirnya, Adik-Adik dah mencapai kata sepakat membawa berkat untuk sama-sama keluar dari rumah terchenta ini.

makanya tinggal lah kami ber4 kembali sama seperti biasa dan normal. walaupun pada hakikatnya ada ke takde ke Adik-Adik ni memang takde banyak beza. cuma bil air, bil api, dan sewa rumah je yang berkurangan sikit.

tapi tadi, Cik Usahawan dan Si Ketua Rumah sudah datang weng.

tiba-tiba je Si Ketua Rumah datang ke pintu bilik aku dengan memakai skirt pendek.

i was on the phone, so aku gelak je la kuat-kuat. terkejut tengok dia macam tu. masa tu beliau masih berpakaian lengkap.

tapi kali kedua datang, mak ai, seksi. hahah.

'oi, kurus iman aku!' aku jerit dan tutup pintu.

habis je bergayut, aku keluar bilik.

tengok-tengok Si Usahawan pulak yang duk try skirt coklat tadi, manakala Si Ketua Rumah pulak pakai skirt pink.

'aaaaaarggghhhhh'

aku terus menjerit. teruja. terkejut. marah. malu. aku tak pasti. hahah. yang pasti seronok.

'tak takut ka depa balik?'

'takpa, dia takda kunci'

*gelak setonnirrojim*

lepas tu siap bole capture gambar lagi. posing sana sini dengan pakaian Adik-Adik.

maklum lah, kami ni tak mampu nak membeli pakaian sebegitu rupa.

oh, aku terkecuali ye. aku cuma jadi jurukamera sahaja, ok.

malang pulak bila Si Jatt Jatt takda. kalau tak, aku rasa lagi riuh rumah ni tika tu. sampaikan orang tingkat atas menegur. hihi.

fyi, skirt pendek, short or baju yang seksi meksi semua adalah milik Adik-Adik.

kejadian berlaku disebabkan baju Cik Usahawan hilang, dan beliau telah membuat misi Mari Mencari Baju Hilang. accidentally, terjumpa baju yang hilang tu dalam bilik Adik-Adik. misplaced kot.

dalam misi itu, beliau juga terjumpa skirt dan pelbagai baju lain dan dalam masa yang sama beliau baru sahaja mengikuti rancangan America`s Next Top Model.

maka mungkin beliau mahu mencuba bakat dalam diri. siapa tahu.

sekian terima kasih.

aku pulak tengah susah hati masa tu. menunggu buah yang tak gugur. sebab tu tak berapa nak excited mencuba. lagipun bukan saiz aku kot. sob sob.

tapi, nak cakap jugak.

Mr. Magoo jahat....!!

2 comments:

jatt said...

rugi weh..aku xjoin tropika top modell..wkakakkakakaka

Si Ralat said...

hahaha.. tau takpe. kalau tak boleh amik gamba seisi rumah menyeksi...