Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, October 30, 2009

Kompleks #5

semalam aku try buat aplikasi untuk the whole experiment yang aku jalankan selama ini.

eceh. ni kira kemuncak kegemilangan la konon.

tu pun kalau jadi la.

sebab kalau jadi, kira boleh settle la aku punya study.

boleh graduate dengan hidung kembang tanda bangga.

tapi ada ralat berlaku. tsk tsk.

nak dijadikan cerita, Si Sampel itu tidak jadi.

dan ujikaji aku tidak berjaya.

maka aku kena buat again and again sampai lah jadi.

baru aku boleh lulus dan berhidung kembang.

haiyah.

Wednesday, October 28, 2009

Ralat #14

elaun dah masuk. tapi takde rasa seronok dan tak beria nak buat lompat bintang pun.

sebab tidak equal dengan kira-kira yang aku buat.

elaun hanya masuk untuk 1 bulan. walaupun aku menunggu untuk 3 bulan.

lagi 2 bulan lesap entah ke mana.

kalau nak argue dengan Si Cekgu pun, mesti beliau akan keluarkan fakta-fakta yang sebenarnya adalah aurta untuk tidak melayan tuntutan aku.

sigh.

cukup sebenarnya elaun yang aku dapat ni untuk hidup sebulan, tapi rasa macam ditindas.

ketidakadilan telah berlaku terhadap saya!

caitt.

jadi hari ni saya tidak dapat hadir ke lab dengan alasan mogok kecil-kecilan.

Monday, October 26, 2009

Hari Rajin Saya #2

hari ni hari rajin saya.

ceh. baru rajin sehari dah kepoh. takpe-takpe. bagi semangat kendiri.

ni pun bukan rajin asli. agak tiruan sebab Si Cekgu mahu tengok result dalam masa 2 minggu dari tarikh meeting last 2 weeks. so, maksud dia minggu ni la. tu pun kalau dia ingat la kan. hehe.

tapi kalau dia tak ingat pun, takpe. sebab aku memang nak buat pun. aku kan rajin. hahah.

lagipun dari bulan April aku merancang, tapi Tuhan yang menentukan. eh, silap.

dari bulan April, aku dikerah suruh buat itu ini begitu begini. tapi aku baru je bergerak dalam 2 3 langkah start bulan Ogos. sangat berwibawa kan?

jadi sekarang dah nak masuk bulan November dah.

hari tu aku bagi janji palsu lagi pada Si Cekgu bahawasanya aku boleh siap sebaik sahaja habis raya. eh, silap lagi. bukan boleh siap. tapi akan cuba untuk siapkan. hehe.

jadi hari ni baru aku berkesempatan nak siapkan.

dengan mood yang agak ok, dan timing yang agak perfect, juga keadaan Si Lab yang agak lengang, aku mula buat rajin. ceh.

Si Ibu Mengandung dah selamat pulang ke kampung halaman. semoga selamat melahirkan Baby Azmeera yep. harap semuanya akan selamat dan ok.

Cik Kaunselor pulak tengah blur sebab tak bawak specs. haha. dah macam orang sengal. opss. sebab biasa nya dia yang akan ulang alik keluar masuk lab. sebab tu aku rasa terpengaruh - macam nak masuk lab jugak. hahah.

Si Foreigner a.k.a Si Skandel Cik Kaunselor pulak sedang prepare untuk conference esok. dah balik dah pun, dengan alasan nak praktis. hoho. good luck.

sama macam Si Rajin. tengah buat poster untuk esok jugak. sangat relaks - gaya orang dah ada pengalaman.

aku je yang kelam kabut lagi masuk lab. ish.

and, kemungkinan besar Si Lab akan ditutup esok sebab conference tu.

entah lah. time aku rajin, ada je dugaan dan halangan. aku ni pesen tak boleh ada dugaan sikit, lepas tu semangat terus kendur. hehe.

macam minggu lepas, eksperimen aku tak jadi sebab pakai bahan yang lama.

so, kena restart balik dari awal and tu baru je langkah yang simple, belum aku gabungkan semua benda lagi. banyak lagi steps aku nak kena buat untuk menjadikan ianya satu aplikasi aku bagi meluluskan pengajian aku tahun depan. cewah. macam tokoh politik pulak.

jadi, ambil masa seminggu aku nak recover semangat aku balik.

ceh, alasan.

maka minggu ni aku harap aku sentiasa rajin, tak demam, tak gaduh dengan Mr.Magoo, tak dapat masalah daripada Si Cekgu, dan tak emosional.

*senyum tak ikhlas*

Friday, October 23, 2009

My Big Condolences

takziah pada keluarga sepupu belah Si Emak.

pulang ke rahmatullah jam 1100 semalam.

kanser tulang.

dapat berita daripada Si Ayah.

terus blur sebab baru je jumpa arwah masa balik kampung raya hari tu.

innalillahiwainnailaihiroji`un.

al-Fatihah...

semoga ditempatkan di kalangan yang beriman. amin.

Thursday, October 22, 2009

Ralat #13

hari ni aku buat-buat pandai. setelah sekian lama aku biarkan Si Dua memegang tugas pembeli-tiket-bas-balik-kampung, tapi hari ni aku pulak nak rasa title tu.

jadi aku pun dengan lenggang mak limah and muka blur-sebab-tidur-tak-cukup, pergi la ke tempat jual tiket, jumpa dengan Cik Kak Jual Tiket Pakai Tudung Siti. walaupun dengan muka tak mesra alam beliau tu, aku berjaya jugak make deal and beli tiket berharga kurang 20k sen.

tarikh aku beli 19hb pergi dan 23hb balik.

dengan pantas dan tuntas, aku sms Si Dua.

'ok, tiket dah beli. Jumaat pergi, Isnin balik sini'

'khamis, 26hb'

'eh, bukan semalam kata 20hb ke?'

'wei. cuti raya haji bila? tengok leklok kalendar tu. 27hb hari Jumaat'

alamak, kalendar yang ada tarikh-tarikh cuti mana ada kat tangan sekarang. aku dah gabra gila h1n1 dah pasal banyak sangat rasa keluarkan duit tadi.

aku terus call la apa lagi. memang tak sedap hati gila h1n1 punya.

but, unfortunately, it was my fault. or our fault kot. [hehe. taknak ngaku salah sendirian berhad]. sebab semalam kami dah sepakat membawa berkat kononnya raya haji tu jatuh pada 20hb.

so, aku dengan advance nya terus la pergi beli tiket tanpa banyak soal.

lepas lunch, aku keluar balik menuju ke tempat jual tiket, jumpa dengan Cik Kak Jual Tiket Pakai Tudung Siti sekali lagi.

kali ni ada pulak Cik Abang Pembersih yang tengah mengayat atau mengorat Cik Kak Jual Tiket Pakai Tudung Siti.

aku pun bagi la peluang dulu. depa nak mengayat ka nak buat apa ka. sebab nak gaduh-gaduh tak elok kalau ada saksi. heheh.

tapi Cik Abang Pembersih bagi peluang kat aku, so aku gunakan lah elok-elok.

'akak, nak tukar tiket yang beli tadi tu. salah beli la awal seminggu'

nasib aku baik. tiket boleh tukar. tapi kena extra charge 500 sen setiap helai tiket. maka aku dah terbazir 500 sen x 4 tiket.

tapi takpa, asal boleh balik ke kampung tepat pada waktunya, bukan awal seminggu.

Cik Kak Jual Tiket Pakai Tudung Siti pun bukannya nak bagi warning kat aku masa aku beli tadi. takkan takleh bajet aku nak beli tiket balik raya. ceh, sempat lagi salahkan orang lain.

Kisah #3

tadi pagi aku berjaya jugak buat akaun Bank Bermasalah tu selepas seminggu terhalang dengan pelbagai cabaran dan dugaan. cewah.

harap-harap hujung bulan ni, wang kat dalam tu akan berganda lah hendaknya.

tadi petang pulak aku berjaya present paper lama aku dalam conference tu. soalan pun simple je dan boleh aku agak dah. ceh, berlagak la pulak.

tadi malam pulak, jumpa Si Dua. dapat kepok lekor dan separuh baju raya. hahah. [aku tertinggal kain baju kurung kat rumah, baju nya aku bawak balik ke taman tropika.]

update cerita dari orang kampung. apa dah jadi kepada orang tu. apa dah jadi pada rumah ni. apa dah jadi pada kampung tu. ewah, macam ADUN la pulak. padahal baru je sebulan balik dari kampung. ceh.

lagi sebulan balik lagi. raya haji la pulak. best-best.

esok nak pergi usyar tiket raya. heheh.

Tuesday, October 20, 2009

Saya Saspen #3

kelmarin Si Ayah dah call aku.

nada suara terus tinggi. pitching memang kena tepat masuk anak telinga.

gerun. tsk tsk.

'pasal apa salah isi borang?'

'hehe. tertinggal BINTI'

'la, kan dalam borang tu dah bagitahu. tak boleh tinggal'

'hehe. biasa buat boleh je. sebab memang biasa taruk nama macam tu je dalam mana-mana borang'

'mana boleh ikut biasa-biasa'

'hehe. mana tau'

'ish'

'ok, nanti pos la kat rumah'

'ok'

so, dengan pertolongan Si Ketua Rumah, tadi Cik Borang dah selamat landing atas laptop aku, dan aku telah merajinkan diri untuk terus pos laju ke kampung halaman pada hari ni jugak.

kerajinan aku tu terbawak-bawak menyebabkan aku menjejakkan kaki ke lab pada jam lebih kurang 1543. heheh.

rajin tak aku?

sila puji aku sekarang.

Friday, October 16, 2009

Saya Saspen #2

berkenaan dengan post aku sebelum ni.

ceh, ayat gila skema lak.

sebenarnya ada sedikit ralat berlaku dalam borang perjanjian aku tu.

ralat. ralat. ralat.

amik kau.

padan muka aku.

sebab ralat yang kecil tu, aku dah terlambat dapat biasiswa. mungkin akan tertangguh selama lagi 2 bulan?

tsk tsk.

mahu makan apa 2 bulan tanpa wang elaun pun masuk.

nak tahu apa salah aku?

aku tertinggal BINTI.

sepatutnya aku isi macam ni ; Si Ralat BINTI Si Ayah.

tapi aku buat Si Ralat Si Ayah.

so ada minor mistake kat situ. tapi akibatnya besar ya amat.

maka nya borang perjanjian aku tak boleh nak diuruskan lagi.

dan sekarang aku hanya menanti borang tu datang balik pada aku sebelum aku bawak pergi jumpa Si Ayah selaku penjamin 1 dan penjamin 2, iaitu orang kampung.

berdasarkan pengalaman aku jadi anak ayah, nescaya aku akan dimarahi oleh Si Ayah. tsk tsk.

sebab tu sampai sekarang berita ni belum sampai ke pengetahuan beliau. hehe.

Thursday, October 15, 2009

Saya Saspen

'Sila hubungi urusetia NSF di talian 03-888**** dengan kadar segera.



Terima kasih.'

Unit HRD

Bahagian Perancangan

Aras 2, Blok C5, Kompleks C

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia

Putrajaya


pagi tadi dapat email ni dengan tajuk Borang Perjanjian NSF.

bukan pagi sangat la sebab bila aku nak start call tu, dorang dah bersiap-siap keluar makan tengahari kot, sebab takda sape yang jawab phone. huhuh. baru pukul 1230 kot.

oh, sangat saspen.

takut kalau-kalau ada kesilapan dengan borang perjanjian tersebut. kalau betul ada, maknanya aku akan lambat la dapat scholarship tu.

harap-harap takda masalah la.

tak sabar nak tunggu lunch hour tamat.

tapi hari ni ada progress meeting pulak. dah la tak tahu nak present apa, aduh.

Tuesday, October 13, 2009

Lagu Hari Ini

saya sedang menggilai lagu ini. wajib dengar setiap hari.


Monday, October 12, 2009

Ralat #12

aku baru je lepas sesi proposal presentation ni.

semalam baru aku start berlatih.

ceh, nak kena berlatih jugak ke? dah lah pakai slideshow yang sama masa aku kena interview dulu. boleh tak?

sebab tu aku rasa macam sombong dan bongkak dan malas dan angkuh untuk study atau berlatih lama-lama. cuma semalam aku tengok-tengok jugak lah slideshow tu sikit, tukar background, dan berlatih seround dua.

makanya tadi pagi, aku pecah rekod pergi tunggu bas dalam pukul 0855 pagi. tak pernah hayat aku berjaya keluar dari hutan tropika seawal itu. ramai rupanya manusia yang menggunakan bas di awal hari. tak best langsung.

baik pergi lambat, lagi lapang. hahah.

masa Q and A session, banyak lah pulak soalan Si Evaluator tu nak tanya. dan kalau tak silap aku, rasanya beliau pun berada dalam bidang yang sama dengan aku lah. bahaya la tu, sebab nya tadi aku macam main jawab je. seolah-olah tak buat literature review.

bukan tak buat, tapi tak refresh aje. huhuh.

jadi, tadi aku main jawab sesedap rasa aje bilamana beliau bertanya soalan berkaitan. aku memikirkan jawapan sambil memandang ke luar tingkap. obvious gila macam tengah cari jawapan. hahah. ada yang betul dan ada yang salah aku jawab.

Si Evaluator tu pulak macam saja nak menduga aku.

'are you sure?'

dengan muka blur aku yang biasa tu, aku jawab la. 'yes, i`m sure' sambil senyum bertujuan mengurangkan gelisah di hati.

yang paling aku geram bilamana Si Cekgu tak datang pun.

ceit.

dia sepatutnya jadi Evaluator Bersama, dan memandangkan dia lah yang coordinate jadual presentation, maka dia dengan sengaja meletakkan nama aku dan Si Foreigner pada sesi 1 waktu pagi, dengan alasan dia yang evaluate, so senang la sikit.

sekali, batang hidung pun tak nampak. apa daa..

aku tak tahu lah cerita pasal penipuan dan jawapan salah aku itu akan diperpanjangkan sehingga ke pengetahuan Si Cekgu dan aku harap tak lah jadi macam tu. huhuh. nak mati nanti kena jawab sebab aku sangat-sangat-sangat malas nak bersoal jawab dengan dia lagi.

dan satu lagi, aku baru dapat tahu. dia hanya akan bayar separuh untuk fee aku for the next conference which is next week yang aku mention earlier dalam post sebelum ni.

dah lah aku baru je dapat tahu, conference tu tak wajib pergi. kuang asam betol bagitahu lambat-lambat.

tapi oleh sebab aku dah buat semua, dah daftar, dah submit paper, dah siap apply untuk bayar yuran and so on, sebab setahu aku conference tu wajib dihadiri oleh student macam aku sekali dalam masa pengajian, maka aku pun pergi jugak lah. ceh, bunyi macam komited gila je. hahah.

bila aku dapat tahu conference tu tak wajib untuk orang-orang yang dah banyak ke conference lain, [macam aku lah, sebab selalu kena hantar pergi conference kan. student lain baru pergi sekali, aku dah nak masuk 4 kali dah. bajet rajin gila la ni.] maka rasa macam ada angin kus-kus kat dalam dada.

tambah lagi bila dapat tahu pulak dia cut budget dengan alasan geran nak habis. padahal dia simpan untuk next conference dekat negara luar yang dia seorang diri je akan attend. sebab tu budget aku kena cut.

dah lah elaun aku 2 bulan tak bayar.

argh. tensi.

*tarik-tarik rambut*

Sunday, October 11, 2009

Mari Mengambil Lesen #2

tadi pagi masa aku dihabiskan lagi di Sekolah Memandu.

nasib baik sempat bangun pada awal waktu.

semalam aku kejutkan Mr.Magoo semata-mata nak chat. sudahnya hampir pukul 3 baru tidur kot. tu pun dengan keadaan yang tak betul. macam tak betul-betul nak tidur.

dan aku bangun pun sebab aku bermimpi pasal Kawan Lesen aku yang meninggalkan aku keseorangan dekat Sekolah Memandu tersebut kerana bertukar ke Sekolah Memandu Baru disebabkan masalah sivik telah lulus ujian JPJ lebih awal daripada aku, dalam mimpi tu lah.

oleh sebab geram aku pada beliau tak habis lagi, maka aku terus terjaga. hahah.

hari ni aku masuk kelas 3 jam and bengkel 3 jam.

awal-awal dalam kelas tu gila mengantuk. nasib baik Cikgu tu faham. setiap sejam akan ada masa rehat 10 menit. jadi nya aku gunakan masa itu untuk melelapkan mata sekejap.

yang paling best, aku terus boleh bawak kereta hari ni sebab aku daftar direct dengan Sekolah Memandu tersebut, maka aku macam dapat kelebihan sikit la, kata Cikgu.

jadi nya, aku drive la kereta untuk first time in whole life tadi.

wah, kagum pada diri sendiri kejap. heheh.

masalah aku cuma tak reti nak bajet je. aku pusing stereng tu sesedap rasa aku je. lepas tu tak balas balik. hahah. nasib baik Cikgu aku baik.

oh ya, sempat jugak berkenalan dengan kawan baru.

nama dia Ahboy.

jumpa dalam kelas. kebetulan pulak dia pun dapat drive kereta jugak. jadi bersama-sama ke mana saja lah. hahah. padahal baru je kenal. nak balik pun dia tunggu aku dulu kejap, baru dia balik.

siap tanya aku dah sampai rumah ke belum. oh ya, kami sempat bertukar nombor telefon. hahah.

petang tadi pun sms lagi. tapi aku sedang melelapkan mata, jadi terignore la. tambah pulak sekarang aku macam sangat malas nak bersms, terutama untuk orang baru.

sebab sekarang banyak gila, like 4-5 orang yang aku tak kenal duk sms kata nak berkenalan la apa la segala bagai, yang menyemakkan hidup aku.

aku malas nak layan bukan sebab sombong, tapi sebab diorang adalah berkait-kait. Si A kawan Si B dan Si C kawan Si D dan Si D kawan Si A. contoh macam tu lah. nombor aku tu macam dah kena jual.

dan kalau nak berkenalan mesti nak tanya soalan-soalan asas kan. siapa nama. tinggal kat mana. belajar ke kerja. tu belum masuk bab keluarga lagi. jenuh nak jawab. kadang-kadang aku layan jugak bila aku tersangat-sangat-sangat la bosan. tu lah salah aku.

tapi kalau time aku busy, ada problem, tengah demam, sms macam tu masuk jugak, memang kena kutuk lah. tambah pulak tanya soalan yang sama. tak ilmiah langsung.

tu yang buat aku jadi gila bosan nak layan. apakata tanya je dekat kawan-kawan korang yang dah tahu, sebab aku dah jawab terlebih dahulu dengan diorang.

ceh, bajet glamer je. hahah.

Friday, October 9, 2009

Sihat Gaya Rasulullah

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : - Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Menguatkan fikiran dan menyihatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari Khamis atau Jumaat, beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)


3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.


4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.


5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah agar "Jangan Marah"diulangi sehingga 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Ada terapi yang baik untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, sebab marah itu dari setonnirrojim
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT


7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan yang sangat tepat.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::


semua aku dah cuba. tapi tak mampu. huhu. kadang-kadang je boleh buat.

Sedekah Jariah

Kebajikan yang tak berakhir!

1.Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Bila Larut Malam

akhirnya, Adik-Adik dah mencapai kata sepakat membawa berkat untuk sama-sama keluar dari rumah terchenta ini.

makanya tinggal lah kami ber4 kembali sama seperti biasa dan normal. walaupun pada hakikatnya ada ke takde ke Adik-Adik ni memang takde banyak beza. cuma bil air, bil api, dan sewa rumah je yang berkurangan sikit.

tapi tadi, Cik Usahawan dan Si Ketua Rumah sudah datang weng.

tiba-tiba je Si Ketua Rumah datang ke pintu bilik aku dengan memakai skirt pendek.

i was on the phone, so aku gelak je la kuat-kuat. terkejut tengok dia macam tu. masa tu beliau masih berpakaian lengkap.

tapi kali kedua datang, mak ai, seksi. hahah.

'oi, kurus iman aku!' aku jerit dan tutup pintu.

habis je bergayut, aku keluar bilik.

tengok-tengok Si Usahawan pulak yang duk try skirt coklat tadi, manakala Si Ketua Rumah pulak pakai skirt pink.

'aaaaaarggghhhhh'

aku terus menjerit. teruja. terkejut. marah. malu. aku tak pasti. hahah. yang pasti seronok.

'tak takut ka depa balik?'

'takpa, dia takda kunci'

*gelak setonnirrojim*

lepas tu siap bole capture gambar lagi. posing sana sini dengan pakaian Adik-Adik.

maklum lah, kami ni tak mampu nak membeli pakaian sebegitu rupa.

oh, aku terkecuali ye. aku cuma jadi jurukamera sahaja, ok.

malang pulak bila Si Jatt Jatt takda. kalau tak, aku rasa lagi riuh rumah ni tika tu. sampaikan orang tingkat atas menegur. hihi.

fyi, skirt pendek, short or baju yang seksi meksi semua adalah milik Adik-Adik.

kejadian berlaku disebabkan baju Cik Usahawan hilang, dan beliau telah membuat misi Mari Mencari Baju Hilang. accidentally, terjumpa baju yang hilang tu dalam bilik Adik-Adik. misplaced kot.

dalam misi itu, beliau juga terjumpa skirt dan pelbagai baju lain dan dalam masa yang sama beliau baru sahaja mengikuti rancangan America`s Next Top Model.

maka mungkin beliau mahu mencuba bakat dalam diri. siapa tahu.

sekian terima kasih.

aku pulak tengah susah hati masa tu. menunggu buah yang tak gugur. sebab tu tak berapa nak excited mencuba. lagipun bukan saiz aku kot. sob sob.

tapi, nak cakap jugak.

Mr. Magoo jahat....!!

Thursday, October 8, 2009

Saya Sayang Ayah Saya

hari ni saya dah sihat sepenuhnya.

thanks to Si Ayah yang saya sayangi. semangat anda buat saya sihat. cewah. hari ni hari-saya-sayang-bapak-saya-lebih-daripada-hari-biasa.

tapi semangat untuk saya masuk ke lab dan buat kerja amal tidak dapat dibekalkan oleh Si Ayah memandangkan beliau sudah penat dan mahu ketiduran semalam. makanya saya hari ini hanya datang menyudahkan semua kerja yang perlu saya siapkan lebih awal.

contoh kerja yang saya perlu siapkan adalah:

1- prepare the slideshow for presentation next Monday. pagi before 9. means aku kena bangun awal. means aku juga wajib bersedia dan berlatih 2 3 hari sebelum itu bersamaan juga dengan malam ini.

2- prepare the 2nd slideshow untuk conference 20th and 21st of October nanti. tajuk apa aku dah lupa. hehe.

3- prepare progress report untuk dipamerkan pada Si Cekgu pada pertengahan bulan nanti. aku tak tahu nak taburkan janji manis apa lagi pada beliau.

4- aku baru dapat tahu aku kena prepare for another conference end of this year. wah, haru beb. aku sorang-sorang pulak tu. Cik Kaunselor takde. Si Ibu Mengandung pun takde. aku dan Si Cekgu saja yang pergi. makna katanya, nanti kame share hotel rooms? omaigod.

5- tak ingat dah.

ok, nak pergi submit borang untuk apply part-time job. gara-gara 2 bulan dah tak dapat gaji, saya TERpaksa mencari sumber rezeki yang lain.

jangan bagitahu Si Cekgu tau.

Tuesday, October 6, 2009

Ralat #11

aku demam lagi.

berguling-guling atas katil seharian suntuk.

makan pun tak lalu sebab ada rasa nak muntah.

semalam aku just makan nugget and coklat je.

hari ni pulak aku makan pisang, ayam and sayur.

tanpa nasi sebab nasi semalam dah basi.

sekarang kepala asyik berdenyut-denyut.

aku nak baring-baring lagi.

Monday, October 5, 2009

Sebab-Sebab Kepala Jadi Pening

jam 0002.

aku masuk tidur. internet buat hal lagi. langsung hari aku tidak bermakna. hahah.

jam 0012.

tak boleh tidur la. kepala rasa pelik. terus bangun dan tukar kedudukan tidur.

jam 0512.

bangun ke toilet. Cik Usahawan terkejut sama dan terus bersahur. aku pulak pergi sambung tidur la. apalagi.

jam 0809.

terjaga. kepala rasa pusing. masih lagi cuba nak teruskan misi tidur.

jam 0840.

bangun lagi. dengar orang keluar dari rumah. Si Ketua Rumah mungkin. cuba untuk sambung tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang.

jam 0900.

ala, awal lagi. ingat dah pukul 0930. terus sambung tidur lagi.

jam 0940.

hmm. nak pergi lab ke tak eh? pergi ke tak? pergi ke tak?

jam 1035.

bangun terus bukak lampu dan capai tuala dan mandi. kalau tak bangun macam tu, memang takkan sampai la aku ke lab jawabnya.

dan oleh sebab rentetan peristiwa di atas la, maka nya aku sekarang berada dalam keadaan pusing.

tolong jangan demam lagi.

jam 1300.

here i am, in the lab. tengah lepaskan rindu dendam kepada online friends aku. hahah. susah betul kalau taksub pada internet ni.

nak buat kerja lab, tapi aseton takda la pulak. terbantut kejap.

hari ni nak kena setelkan pasal pembayaran untuk barang yang ditempah daripada Mr.Magoo tu. nanti lambat pulak duit beliau masuk.

tapi nak balik awal jugak. sebab Si Ibu Mengandung takda. Cik Kaunselor pun takda. kepala pun pusing.

maka, lepas lunch hour aku bertekad akan pulang. yeeha.

Saturday, October 3, 2009

Kompleks #4

rasa macam kena betulkan balik aturan hidup aku ni.

selalu la macam tu.

bila aku balik kampung, aku akan terikut-ikut aturan hidup kat kampung.

tapi bertahan 2 3 hari je la.

lepas tu aku sesuaikan diri macam gaya orang duduk kat taman tropika pulak.

sebab tu aku punya prestasi selalu tidak konsisten.

kadang-kadang aku ok.

kadang-kadang tak ok.

entahlah.

masih jugak tak faham.

susah lah aku nanti kalau time dah kerja.

Friday, October 2, 2009

Hari Konfuse Saya

tak rasa macam nak menulis, tapi sangat bosan tika ini.

tak jugak rasa nak keluar, sebab sangat penat.

belum puas bergelimpangan atas katil lama-lama.

semalam aku ada journey yang panjang.

sehinggakan tak tahu macamana nak coretkan kat sini.

cuma ia nya adalah satu pengalaman yang tak mungkin aku dapat lagi.

walaupun dari segi ilmiahnya, tindakan aku agak bodoh.

tapi, apakan daya.

benda dah jadi.

dan nasib baik berjalan agak lancar.

tiada gangguan daripada pihak yang tidak perlu.

semalam, aku kena culik!