Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, September 18, 2009

Salam Aidil Fitri

dah nak raya dah.

but then, aku masih di sini. masih di bumi tropika ini. sorang-sorang pulak tu. Si Gagah dah pulang ke pangkal jalan tadi pagi.

sedih.

sob sob.

tapi buat masa sekarang ada Adik-Adik lagi. tiba-tiba dia balik pulak semalam.

saspen je masa ketuk pintu kuat-kuat. kunci takde. gamble je la tu balik rumah. aku ngan Si Gagah pulak keluar secara berasingan semalam. nasib baik la aku balik awal sikit.

kalau tak, tak boleh masuk rumah la kamu ye Cik Adik.

dah tu pulak kan, meh dekat-dekat. nak ngumpat sikit.

dia tak puasa lagi.

ish ish. *geleng kepala*

masuk ni, aku rasa dah 3 kali dia cakap alasan tak boleh puasa. 3 kali dalam masa sebulan. how normal is that?

masa mula-mula masuk dulu sekali. ok, kami terima la, pasal memang tak tahu anything about her. takkan nak main serbu je kan. mungkin betul dia tak boleh puasa masa tu.

then seminggu kemudian, dah tak boleh puasa lagi. kami ahli rumah dah start buat muka pelik. hmm. hairan dan hairan dan hairan.

tapi semalam pun tak boleh puasa jugak. aku tambah jadi hairan bin ajaib. mana mungkin macam tu.

kalau ya ada darah sekalipun, itu berkemungkinan adalah darah istihadah mungkin dalam mana-mana masa yang awak cakap awak tak boleh tu ye dan sekiranya ia adalah istihadah, anda tetap kena puasa, sekian terima kasih.

ish. sila kira aturan haid anda dengan baik ye Adik-Adik.

maybe dia ingat kami ni kurang ilmu, atau mungkin kurang berfikir dengan alasan-alasan sedemikian rupa. tapi c`mon la.

dah la mereka itu sangat muda. aku macam sangat pelik la. sebab ni 1st time la aku betul-betul berumah dengan orang semacam gini.

mintak maaf kalau anda semua juga telah turut terngumpat sama bila baca ni. heheh. didn`t mean it at all.

cuma nak berkongsi aje pengalaman aku dan rasa tak sedap hati aku tadi.

lakonan mereka macam biasa lah.

mula-mula tanya.

'puasa tak hari ni?'

dengan harapan aku akan balas balik dengan pertanyaan jugak.

'puasa. kenapa? tak puasa ke?'

yang kemudiannya akan memudahkan mereka untuk membuat kenyataan macam ni.

'tak. baru je. baru je sat tadi'

kira macam baru sangat la. macam hari sebelum ni dah puasa sebulan. huhu.

lepas tu dengan selamba akan masak maggi, goreng telur atau sebagainya, pastu makan dalam bilik sebab dah buat kenyataan tak boleh puasa.

dan kami pulak sebagai ahli rumah yang lebih tua, matang dan sebagainya. [ceceh, puji aje memanjang] takkan la kami nak halang, nak buat spot check segala bagai. tak berhikmah namanya tu.

aku jadi geram la pulak. sebab sama-sama menanggung bila mana kita berada bersama dengan dia.

tapi kalau aku nak terjah dia dengan soalan-soalan yang akan mengundang bencana, nanti akan jadi pergaduhan atau masam muka. lagipun aku baru je kenal Adik-Adik ni bulan lepas.

dan kalau aku nak slow talk pun dengan mereka, macam takde kesempatan sebab mereka sangat tidak melekat kat rumah. sangat outdoor person.

ish. macamana ni Yang Arif? apa patut saya lakukan?

3 comments:

jatt said...

mereka harus dinyahhkan!!!!!
hhahahhahh (GELAK SETAN!)

KoN said...

halau je la weh..xde pekdahnye bg dorg dok situ...

Si Ralat said...

ada virus-virus hasutan di situ. hahaha.