Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, September 3, 2009

Ralat #11

tiba-tiba rasa serabut balik.

sigh.

aku kena isi balik borang lanjutan untuk elaun bulanan aku. kemudian kena pergi hantar dekat institut berkaitan. dah lah start pada bulan Ogos. boleh ke macam tu?

kemudian lagi masalah eksperimen.

aku ingatkan dapat siapkan hari ni. rupanya kena buat kesinambungan kerja dekat fakulti lain. maksudnya buat dekat sini separuh, buat dekat sana separuh. wah, penat berulang alik untuk orang yang gunakan perkhidmatan bas macam aku ni.

sigh.

aku pulak kena buat paper. lepas tu kena mintak support daripada pihak biasiswa nak ke oversea. lepas tu nak kena interview. aku dah serik kena interview lepas kejadian tu. aku dah tak mahu ingat lagi.

sigh.

lepas tu lagi masalah dengan jiwa raga. aku cuba simpan dalam-dalam. tapi tak mampu. aku kena kongsi dengan seseorang. tapi Cik Kaunselor pulak takmau layan.

sigh.

Mr.Magoo buat hal lagi. kali ni aku benar-benar marah. rasa tertipu yang amat.

boleh tak kalau sekali dalam hidup tu cuba hargai seseorang? dan pandai-pandai la pilih kawan. jangan kena kencing. lepas dah bosan, cari aku balik. apahal?

wah, aku sangat marah pada beliau.

kenapa beliau tidak boleh mengupgrade kan aku secara real? bukan berpura-pura berbuat sedemikian hanya di depan aku semata.

kenapa beliau malu untuk mengaku berkawan dengan aku? belakang aku buat-buat tak kenal. malahan boleh mengayat lagi sorang dua perempuan. gedik pulak tu.

kenapa beliau tidak boleh walau dalam sekali ikut nasihat aku dalam berkawan? aku cakap perempuan itu tidak sesuai. maka tak sesuai lah. perempuan tu gedik. jangan di layan. ha, sekarang dah kena tipu. padan muka.

kenapa beliau mesti nak remuk redamkan hati aku bila aku dah tenang? konon-konon teringat dekat aku. padahal tengah bosan bila Perempuan Gedik tak melayan.

dan kenapa mesti beliau merahsiakan hampir kesemua perkara daripada aku? dan semua perkara itu adalah berkaitan dengan Perempuan-Perempuan Gedik yang beliau kenali dan berkawan. konon takut aku kecik hati. dah tahu aku akan kecik hati, jangan lah buat!

damn.

sigh.

No comments: