Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, September 4, 2009

Edisi Balik Kampung

hari #1

aku sampai rumah hari Sabtu pagi. bersahur dekat hentian bas je sebab aku dan Si Dua tak sedar bila masa sampai. bukak mata je dah kena turun. haru betul. jadi aku terlambat nak inform Si Ayah supaya beliau prepare terlebih dahulu sebab perjalanan dari rumah ke hentian bas mengambil masa 45 minit kalau jalan tak sibuk.

sampai rumah aku bersiap apa yang patut. lepas tu aku landing sampai tengahari. hahaha. seronok nya tidur kat rumah.

tengahari pulak Si Satu sampai. terus Si Emak ajak pergi tengok rumah baru syurga baru.

petang pulak Si Emak dengan Si Ayah prepare Nasi Ayam. aku sambung tidur lagi.

lepas tu pergi bazaar. beli murtabak dengan air tebu.

untuk pengetahuan kalian, murtabak kampung aku tak sama macam murtabak kat bandar moden macam taman tropika tu. sebab tu tunggu balik rumah je baru boleh makan murtabak.


hari #2

hari untuk shopping.

aku pergi cari tudung raya. 300 terbang melayang kat kedai tu. sob sob.

aku request kat Si Emak nak Mee Laksa, my favourite dish. so, dapat lah hari tu. boleh makan 3 round. hahah. aku pun rasa macam dah pandai je nak buat sendiri. tapi belum tentu lagi sebab belum cuba.


hari #3

hari terakhir kat rumah.

aku buat agar-agar jelly yang pernah aku belajar masa matrikulasi dulu. semua bahan tu aku ingat-ingat lupa je. sebab beli pun masa mengejut. cuma jelly tu wajib ada. heheh. dan masa beli barang tu aku sempat beli Baju Berat dan Baju Labuh secara tiba-tiba dalam masa 15 minit sahaja untuk berfikir. terer tak saya?

hidangan utama Ikan Bawal Masak Merah yang sangat sedap. Si Emak jugak buat Bubur Lambuk. ni lagi satu favourite aku. sebab Bubur Lambuk di kampung dengan Bubur Lambuk kat taman tropika sangat jauh berbeza. aku bawa balik 3 tupperware berisi Bubur Lambuk untuk dibuat sahur dalam bas. heheh.

lepas tu, rezeki aku. ada buah salak. jugak saya punya kesukaan.

wah. sangat best balik kampung.

sebab balik kali ni tak perlu menyibukkan diri. macam edisi balik kampung yang sebelum ni. satu kena bersiap-siap untuk majlis kahwin Si Sepupu. dah mengandung pun dia. huhu. yang edisi lagi satu pulak kena bersiap-siap untuk majlis baca Yaasin untuk Si Enam dan majlis sambut hari lahir kami anak beranak.

pheww..

malam raya baru aku akan bertandang ke kampung lagi. tsk tsk. tiket takde.

No comments: