Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, September 13, 2009

Dunia Skandel #5

baru pulang dari berbuka puasa. dengan Si Baru. masih ingat kisah dia? hahah.

ok, skandel lama aku.

tak tahu kenapa aku dengan beraninya mengajak beliau untuk sesi buka puasa sama-sama hari ni. mungkin sebab semalam kepala aku ting tong lagi dan jiwa berkecamuk.

maka jadi lah hari ni aku keluar dengan skandel lama.

tak pernah terfikir pun.

tapi sepanjang masa keluar, dalam fikiran hanya ada Mr.Magoo.

masa start masuk kereta lagi dah terbayang-bayang dia. masa nak memilih tempat makan. masa nak mengorder makanan. masa Si Kucing akan datang mintak makanan dekat kami. masa kopek kulit udang. masa makan tomyam.

semuanya kenangan dengan dia. dan kenangan tu berputar laju dalam minda aku.

rasa macam nak ada adegan cuci mata masa tu jugak. tapi aku tahan.

dan aku sangat kekok dengan Si Baru.

sebab apa?

sebab aku rasa bersalah. rasa bersalah yang amat kepada Mr.Magoo. rasa macam seorang yang sangat curang.

tapi kadang-kadang terfikir jugak, macamana kah perasaan Mr.Magoo semasa keluar dengan Si Cantik itu, bekas skandel yang paling beliau sayang itu.

adakah sama macam aku? serba salah. gelisah dan gundah.

sigh.

aku rasa aku masih tak boleh nak 'let it go'.

that is my biggest problem.

ugh. pathetic.

No comments: