Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, September 6, 2009

Debaran Si Enam

Si Enam akan duduki Ujian Penilaian hari Selasa.

jadi dah 3 hari asyik sms aku.

tanya samada aku yakin pada dia.

bagitahu dia takut.

paling tak tahan, siap taip soalan dan tanya pada aku.

aku rasa jugak pelik dengan dia ni. masa aku balik rumah hari tu, Si Satu dan aku cuba sedaya upaya mungkin meluangkan masa bersama dia mengulangkaji pelajaran. harap dia ingat semua formula dan langkah-langkah nak selesaikan masalah.

sebab dia ni jenis tak boleh soalan pusing sikit, terus tak boleh jawab.

ish, risau. risau.

tapi sekarang ni macam rimas pulak. lepas tu dia berjaya buat aku pulak yang lebih risau. sebab soalan yang ditanya tu senang je.

aku risau ni dik, tahu tak. ish.

mungkin masa aku nak exam dulu macam tu jugak kot. tapi aku biasa sms Si Ayah je. pernah juga sekali kirim e-mail pada Si Satu. masa UPSR aku tak ingat la pulak. dah lama sangat.

harap-harap dia boleh jawab dengan tenang tanpa careless mistakes.

Amin.

kepada adik-adik yang akan duduki ujian yang sama, best of luck. wish all the best.

No comments: