Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, September 8, 2009

Debaran Si Enam #2

semalam.

E ; rasa boleh jawab esok!

lega hati aku.

A ; ok. buat elok-elok. boleh la tu

ayat standet Si Ayah pada aku.

selang 3 minit.

E ; cikgu kata 'esok pandai-pandai lah nak tiru'

apa punya bengap la cikgu ni bagi nasihat macam tu.

A ; jangan tiru.

E ; Si Emak cakap kalau dapat 5A, Si Emak nak bagi hadiah special. asalkan jawab dengan jujur. so, taknak tiru lah.

A ; tau pun.

E ; yelah. dah berusaha dah. kan cakap kena tawakkal.

hari tu memang aku ada cakap macam tu. sebab nampak dia macam susah hati sangat. tapi aku lega la semalam bilamana dia sms dan cakap dia bersedia.

apa yang penting, kerjasama.

kerjasama antara minda dan fizikal. kalau minda dah berjaya fikir positif, maksudnya dah separuh jalan kita berusaha. cuma perlukan lagi separuh untuk realisasikan benda alah tu.

ceh, pandai je berfalsampah.

last sms.

E ; doakan atau buat sembahyang hajat ek.

A ; ok.

tapi selang 3 minit lepas tu sms lagi. tanya soalan. hahah. aku risau balik.


petang tadi.

E ; tadi ada satu soalan Math tak boleh jawab.

A ; takpe. 1 je. tu lah nama dia tawakkal. berserah pada Yang Satu. esok paper apa pulak?

E ; Math paper 1.

selang 5 minit.

E ; 402.35 tukar ke ejaan. nak buat macamana?

A ; empat ratus dua perpuluhan tiga lima.

E ; buat 'four thousand two ten point three tenth five and hundredth'

apa dia melalut ni. aku tengok soalan balik. alamak, lupa nak bagi jawapan in English. budak-budak sekarang bukan macam aku dulu.

A ; salah. jawapan dia 'four hundred and two point three five'

E ; nombor tu lah yang payahnya. buang 1 markah.

ai, aku ingat dia study untuk paper esok. rupanya ulangkaji paper yang baru dijawab.

lepas tu call aku dan bagitahu dah 4 soalan dia check salah.

'dah 4 soalan jawab salah ni.'

'siapa suruh check. orang suruh study yang esok. '

'malas..'

'mana boleh malas-malas. esok 1 paper je ke?'

'ha`ah. lepas tu cikgu buat kelas'

'so pergi la study.'

'yelah. pukul 5 study lah.'

'tak boleh malas-malas. ada 2 hari je lagi. jangan fikir paper yang dah lepas. nanti jadi tak boleh nak study. kalau banyak salah paper lepas, paper akan datang buat sungguh-sungguh sebab nak baiki markah.'

'yelah. cikgu pun cakap macam tu'

'ha, tau pun. dah, pergi study'

'ok.'

aku tahu memang sesetengah orang macam tu kan. suka check apa yang dah lepas.

masalah sekarang kalau engkau check, bukan dapat tukar jawapan tu pun. lagi menambahkan tensi untuk paper esok ada lah.

aku pun kadang-kadang buat macam tu. terutama untuk soalan yang memang kita konfuse, dah tu salah pilih jawapan pulak. tapi serta merta kena lepaskan lah.

sebab tu biasa aku keluar dewan dengan senyuman. saja nak psiko kawan-kawan. lagi susah soalan, lagi lebar senyuman aku. hahah.

ok, untuk Si Enam, jawab betul-betul esok.

i will pray for you.

No comments: