Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, September 16, 2009

Bukak Puasa Suprise

semalam.

sms dari Si Ketua Rumah.

'kepada sahabat sekalian, anda harus membatalkan plan berbuka puasa dengan orang lain hari ini kerana anda akan berbuka puasa dengan saya'

amboi, mentang-mentang dia ketua rumah. heheh.

maka nya, petang semalam aku diiringi oleh Si Jatt Jatt a.k.a Si Gagah dan Si Usahawan Muda pun bergerak lah ke satu tempat rahsia. Si Usahawan yang drive. aku dan Si Gagah masih lagi berteka teki.

tiba-tiba Si Ketua Rumah call Si Gagah.

'hello'

'ya, dah on the way ni'

'ok, orang tunggu dekat lobby'

omaigod.

lobby? hmm. kat mana dia nak bawak makan ni?

Si Usahawan Muda lak senyap aje sebab dia penat. aku dan Si Gagah mula meneka-neka ke mana kami akan dibawa.

ceh, saspended je.

akhirnya, ketahuan jua.

Hotel Equatorial.

wah. makan besar la hari ni. bisik dalam hati bila mula masuk ke tempat makan. buffet. bak kata Si Gagah, 'makan sampai pengsan'.

1st round.

kami makan benda manis. kuih, kurma dan kek. sepiring seorang. macam-macam ada.

2nd round.

kami makan nasi. aku ambil lauk udang masak merah, ayam masak kicap, ikan salmon, salad dengan cheese, apa lagi ek? main bantai je cakap ni. sebab aku tak baca pun apa nama menu tu. aku amik air mango.

3rd round.

kami makan steamboat pulak. ada cendawan, kerang, udang, ketam, dan cendawan butang. aku sempat ambil dimsum. 1st time try. best sebab kenyal. i loike. aku amik pulak air soya.

4th round.

penutup. aku makan aiskrim 3 rasa. jagung, strawberri dan vanilla. coklat dah kehabisan. dan aku juga telah berlatik guna scoop aiskrim tu. last, amik air laici.

wah. macam tu lah cara aku menyumbat perut semalam. sangat kenyang dan sampai pagi tadi masih terasa rasa aiskrim tu. hahah.

terima kasih ye Si Ketua Rumah. lain kali buat lagi. hehe.

No comments: