Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, September 29, 2009

Kisah Hari Raya

aku dah selamat pulang ke pangkuan hutan tropika pagi tadi dengan pertolongan Mr.Magoo.

ni aku nak kongsikan sedikit pengalaman selama 7 hari bercuti menyambut Aidilfitri kali ini.

seperti biasa, kita akan mendapat pelbagai bentuk sms daripada kawan, rakan, sahabat dan skandal mengucapkan kata-kata maaf dan ucapan selamat.

1 sms yang aku terima pada malam raya, cukup mencuit hati aku.

salam aidilfitri.
maaf jika ada tersalah kata dan mengguris hati.
ingatlah Allah sentiasa.
ikhlas dari -
NIK AZMI YG MASIH BUJANG.

Friday, September 18, 2009

Salam Aidil Fitri

dah nak raya dah.

but then, aku masih di sini. masih di bumi tropika ini. sorang-sorang pulak tu. Si Gagah dah pulang ke pangkal jalan tadi pagi.

sedih.

sob sob.

tapi buat masa sekarang ada Adik-Adik lagi. tiba-tiba dia balik pulak semalam.

saspen je masa ketuk pintu kuat-kuat. kunci takde. gamble je la tu balik rumah. aku ngan Si Gagah pulak keluar secara berasingan semalam. nasib baik la aku balik awal sikit.

kalau tak, tak boleh masuk rumah la kamu ye Cik Adik.

dah tu pulak kan, meh dekat-dekat. nak ngumpat sikit.

dia tak puasa lagi.

ish ish. *geleng kepala*

masuk ni, aku rasa dah 3 kali dia cakap alasan tak boleh puasa. 3 kali dalam masa sebulan. how normal is that?

masa mula-mula masuk dulu sekali. ok, kami terima la, pasal memang tak tahu anything about her. takkan nak main serbu je kan. mungkin betul dia tak boleh puasa masa tu.

then seminggu kemudian, dah tak boleh puasa lagi. kami ahli rumah dah start buat muka pelik. hmm. hairan dan hairan dan hairan.

tapi semalam pun tak boleh puasa jugak. aku tambah jadi hairan bin ajaib. mana mungkin macam tu.

kalau ya ada darah sekalipun, itu berkemungkinan adalah darah istihadah mungkin dalam mana-mana masa yang awak cakap awak tak boleh tu ye dan sekiranya ia adalah istihadah, anda tetap kena puasa, sekian terima kasih.

ish. sila kira aturan haid anda dengan baik ye Adik-Adik.

maybe dia ingat kami ni kurang ilmu, atau mungkin kurang berfikir dengan alasan-alasan sedemikian rupa. tapi c`mon la.

dah la mereka itu sangat muda. aku macam sangat pelik la. sebab ni 1st time la aku betul-betul berumah dengan orang semacam gini.

mintak maaf kalau anda semua juga telah turut terngumpat sama bila baca ni. heheh. didn`t mean it at all.

cuma nak berkongsi aje pengalaman aku dan rasa tak sedap hati aku tadi.

lakonan mereka macam biasa lah.

mula-mula tanya.

'puasa tak hari ni?'

dengan harapan aku akan balas balik dengan pertanyaan jugak.

'puasa. kenapa? tak puasa ke?'

yang kemudiannya akan memudahkan mereka untuk membuat kenyataan macam ni.

'tak. baru je. baru je sat tadi'

kira macam baru sangat la. macam hari sebelum ni dah puasa sebulan. huhu.

lepas tu dengan selamba akan masak maggi, goreng telur atau sebagainya, pastu makan dalam bilik sebab dah buat kenyataan tak boleh puasa.

dan kami pulak sebagai ahli rumah yang lebih tua, matang dan sebagainya. [ceceh, puji aje memanjang] takkan la kami nak halang, nak buat spot check segala bagai. tak berhikmah namanya tu.

aku jadi geram la pulak. sebab sama-sama menanggung bila mana kita berada bersama dengan dia.

tapi kalau aku nak terjah dia dengan soalan-soalan yang akan mengundang bencana, nanti akan jadi pergaduhan atau masam muka. lagipun aku baru je kenal Adik-Adik ni bulan lepas.

dan kalau aku nak slow talk pun dengan mereka, macam takde kesempatan sebab mereka sangat tidak melekat kat rumah. sangat outdoor person.

ish. macamana ni Yang Arif? apa patut saya lakukan?

Wednesday, September 16, 2009

Bukak Puasa Suprise

semalam.

sms dari Si Ketua Rumah.

'kepada sahabat sekalian, anda harus membatalkan plan berbuka puasa dengan orang lain hari ini kerana anda akan berbuka puasa dengan saya'

amboi, mentang-mentang dia ketua rumah. heheh.

maka nya, petang semalam aku diiringi oleh Si Jatt Jatt a.k.a Si Gagah dan Si Usahawan Muda pun bergerak lah ke satu tempat rahsia. Si Usahawan yang drive. aku dan Si Gagah masih lagi berteka teki.

tiba-tiba Si Ketua Rumah call Si Gagah.

'hello'

'ya, dah on the way ni'

'ok, orang tunggu dekat lobby'

omaigod.

lobby? hmm. kat mana dia nak bawak makan ni?

Si Usahawan Muda lak senyap aje sebab dia penat. aku dan Si Gagah mula meneka-neka ke mana kami akan dibawa.

ceh, saspended je.

akhirnya, ketahuan jua.

Hotel Equatorial.

wah. makan besar la hari ni. bisik dalam hati bila mula masuk ke tempat makan. buffet. bak kata Si Gagah, 'makan sampai pengsan'.

1st round.

kami makan benda manis. kuih, kurma dan kek. sepiring seorang. macam-macam ada.

2nd round.

kami makan nasi. aku ambil lauk udang masak merah, ayam masak kicap, ikan salmon, salad dengan cheese, apa lagi ek? main bantai je cakap ni. sebab aku tak baca pun apa nama menu tu. aku amik air mango.

3rd round.

kami makan steamboat pulak. ada cendawan, kerang, udang, ketam, dan cendawan butang. aku sempat ambil dimsum. 1st time try. best sebab kenyal. i loike. aku amik pulak air soya.

4th round.

penutup. aku makan aiskrim 3 rasa. jagung, strawberri dan vanilla. coklat dah kehabisan. dan aku juga telah berlatik guna scoop aiskrim tu. last, amik air laici.

wah. macam tu lah cara aku menyumbat perut semalam. sangat kenyang dan sampai pagi tadi masih terasa rasa aiskrim tu. hahah.

terima kasih ye Si Ketua Rumah. lain kali buat lagi. hehe.

Monday, September 14, 2009

Kisah #2

bangun pagi. tapi tak lah pagi sangat.

masuk bilik air.

aik, baldi hilang.

'ayaq tadak' jerit Si Ketua Rumah.

aiseh. aku dah tak tahan ni.

'pastu camana?'

'mandi kat kolej'

'bila? sekarang ke?'

'a`ah'

'nak ikut'

'jom'

maka, berkemas-kemas lah kami dengan muka sangat-baru-bangun-tidur ke kolej berhampiran.

selesai mandi manda, Si Ketua Rumah terus hantar aku ke lab sebab one way.

masuk lab.

aish. takda orang pun. konfuse-konfuse.

Cik Kaunselor takda. Si Rajin pun takda. Si Foreigner je ada.

hari ni kan ada meeting.

kenapa dorang tak datang. adakah mereka tidak segabra aku? aku je ke gabra? sebab tak punya new result yang bagus.

omaigod.

maka, hari ni saya beramas mesra dengan Si Foreigner. Cik Kaunselor, sila jeles sekarang.

petang nanti aku akan jumpa Si Besfren. dah lama tak jumpa. nak gosip-gosip. bukak cerita lama.

semalam dia call aku.

'esok lah kita jumpa'

'ok. kat mana?'

'ajak lah bf ko datang sekali'

'aku dah single. hahahaha'

'ceh. aku tak sempat tau dengan sapa ko kapel pon. dah clash? ish'

'hahaha. ada lah dulu aku cerita'

'oh, dengan enche bla bla bla tu ek'

'ye saya. dia lah orang nya'

'nape putus?'

'mak aku tak kasi. hahaha'

'ok lah jumpa esok. cerita panjang'

'haha. ok'

so, hari ni aku rasa aku sangat bergaya untuk ke lab sebab aku berpakaian untuk outing.

tapi malas nak pergi progress meeting.

sigh.

Sunday, September 13, 2009

Dunia Skandel #5

baru pulang dari berbuka puasa. dengan Si Baru. masih ingat kisah dia? hahah.

ok, skandel lama aku.

tak tahu kenapa aku dengan beraninya mengajak beliau untuk sesi buka puasa sama-sama hari ni. mungkin sebab semalam kepala aku ting tong lagi dan jiwa berkecamuk.

maka jadi lah hari ni aku keluar dengan skandel lama.

tak pernah terfikir pun.

tapi sepanjang masa keluar, dalam fikiran hanya ada Mr.Magoo.

masa start masuk kereta lagi dah terbayang-bayang dia. masa nak memilih tempat makan. masa nak mengorder makanan. masa Si Kucing akan datang mintak makanan dekat kami. masa kopek kulit udang. masa makan tomyam.

semuanya kenangan dengan dia. dan kenangan tu berputar laju dalam minda aku.

rasa macam nak ada adegan cuci mata masa tu jugak. tapi aku tahan.

dan aku sangat kekok dengan Si Baru.

sebab apa?

sebab aku rasa bersalah. rasa bersalah yang amat kepada Mr.Magoo. rasa macam seorang yang sangat curang.

tapi kadang-kadang terfikir jugak, macamana kah perasaan Mr.Magoo semasa keluar dengan Si Cantik itu, bekas skandel yang paling beliau sayang itu.

adakah sama macam aku? serba salah. gelisah dan gundah.

sigh.

aku rasa aku masih tak boleh nak 'let it go'.

that is my biggest problem.

ugh. pathetic.

Dunia Skandel #4

Special dedicated to Mr.Magoo.


No, I really don't think so
That you think I'd be incapable of being on my own
No, I really don't think so
That I would for a second let you back in through my door

I have spent many a nights
Even when you were by my side
I shed tears I couldn't dry

But I should thank you for
Taking my blindfold off now
I ain't jaded no more, no more
And I take pride in being the one that said goodbye
That could only mean I am me, once more

You would turn your head the other way
So you won't have to listen to what I have to say
You assume that I needed you
But you didn't realize that I needed no one but myself
I needed no one but myself

Thursday, September 10, 2009

Ralat #12

semalam.

'datang lab tak? kalau tak datang, saya terpaksa potong gaji u. geran dah nak habis'

'ok, nanti saya pergi jumpa Cekgu untuk cop borang elaun baru.'


hari ini.

'saya call awak banyak kali. so, saya mintak dekat pusat tu jangan approve borang elaun u tu.'

'saya kat fakulti lain. buat palet.'

'betul ke? bukan kat rumah ke?'

'saya kat fakulti lain'

'Si Ibu Mengandung mana?'

'saya tak tahu. saya terus datang sini dari rumah'

'ok'

'pasal elaun saya tu..'

tut tut.

hang up.

hampagas betul.

Saya Suka Ini Lagu

She`s Gone - The Divine Masters

ada ala-ala Linkin Park. sebab tu senang tertarik kot. ish.


Tuesday, September 8, 2009

Debaran Si Enam #2

semalam.

E ; rasa boleh jawab esok!

lega hati aku.

A ; ok. buat elok-elok. boleh la tu

ayat standet Si Ayah pada aku.

selang 3 minit.

E ; cikgu kata 'esok pandai-pandai lah nak tiru'

apa punya bengap la cikgu ni bagi nasihat macam tu.

A ; jangan tiru.

E ; Si Emak cakap kalau dapat 5A, Si Emak nak bagi hadiah special. asalkan jawab dengan jujur. so, taknak tiru lah.

A ; tau pun.

E ; yelah. dah berusaha dah. kan cakap kena tawakkal.

hari tu memang aku ada cakap macam tu. sebab nampak dia macam susah hati sangat. tapi aku lega la semalam bilamana dia sms dan cakap dia bersedia.

apa yang penting, kerjasama.

kerjasama antara minda dan fizikal. kalau minda dah berjaya fikir positif, maksudnya dah separuh jalan kita berusaha. cuma perlukan lagi separuh untuk realisasikan benda alah tu.

ceh, pandai je berfalsampah.

last sms.

E ; doakan atau buat sembahyang hajat ek.

A ; ok.

tapi selang 3 minit lepas tu sms lagi. tanya soalan. hahah. aku risau balik.


petang tadi.

E ; tadi ada satu soalan Math tak boleh jawab.

A ; takpe. 1 je. tu lah nama dia tawakkal. berserah pada Yang Satu. esok paper apa pulak?

E ; Math paper 1.

selang 5 minit.

E ; 402.35 tukar ke ejaan. nak buat macamana?

A ; empat ratus dua perpuluhan tiga lima.

E ; buat 'four thousand two ten point three tenth five and hundredth'

apa dia melalut ni. aku tengok soalan balik. alamak, lupa nak bagi jawapan in English. budak-budak sekarang bukan macam aku dulu.

A ; salah. jawapan dia 'four hundred and two point three five'

E ; nombor tu lah yang payahnya. buang 1 markah.

ai, aku ingat dia study untuk paper esok. rupanya ulangkaji paper yang baru dijawab.

lepas tu call aku dan bagitahu dah 4 soalan dia check salah.

'dah 4 soalan jawab salah ni.'

'siapa suruh check. orang suruh study yang esok. '

'malas..'

'mana boleh malas-malas. esok 1 paper je ke?'

'ha`ah. lepas tu cikgu buat kelas'

'so pergi la study.'

'yelah. pukul 5 study lah.'

'tak boleh malas-malas. ada 2 hari je lagi. jangan fikir paper yang dah lepas. nanti jadi tak boleh nak study. kalau banyak salah paper lepas, paper akan datang buat sungguh-sungguh sebab nak baiki markah.'

'yelah. cikgu pun cakap macam tu'

'ha, tau pun. dah, pergi study'

'ok.'

aku tahu memang sesetengah orang macam tu kan. suka check apa yang dah lepas.

masalah sekarang kalau engkau check, bukan dapat tukar jawapan tu pun. lagi menambahkan tensi untuk paper esok ada lah.

aku pun kadang-kadang buat macam tu. terutama untuk soalan yang memang kita konfuse, dah tu salah pilih jawapan pulak. tapi serta merta kena lepaskan lah.

sebab tu biasa aku keluar dewan dengan senyuman. saja nak psiko kawan-kawan. lagi susah soalan, lagi lebar senyuman aku. hahah.

ok, untuk Si Enam, jawab betul-betul esok.

i will pray for you.

Monday, September 7, 2009

Senandung Raya

semalam eh, pagi tadi aku mimpi komunis memerintah balik. tsk tsk. sabar je lah. tiba-tiba mimpi patriotik. takde sebab. tapi komunis tu memerintah kampung aku je kot.

lepas tu aku terus terjaga.

keluar bilik. dengar lagu raya berkumandang. Si Gagah memang dari 2 hari lepas mencari lagu raya. sekarang ni rumah kami berdendang lagu raya je la.

dan lagu raya kebanyakannya kan sedih-sedih. mendayu-dayu. adoi.

teringat pulak kena balik malam raya. syahdu. tsk tsk.

harap-harap progress meeting dibatalkan. amin. heheh.

Sunday, September 6, 2009

Debaran Si Enam

Si Enam akan duduki Ujian Penilaian hari Selasa.

jadi dah 3 hari asyik sms aku.

tanya samada aku yakin pada dia.

bagitahu dia takut.

paling tak tahan, siap taip soalan dan tanya pada aku.

aku rasa jugak pelik dengan dia ni. masa aku balik rumah hari tu, Si Satu dan aku cuba sedaya upaya mungkin meluangkan masa bersama dia mengulangkaji pelajaran. harap dia ingat semua formula dan langkah-langkah nak selesaikan masalah.

sebab dia ni jenis tak boleh soalan pusing sikit, terus tak boleh jawab.

ish, risau. risau.

tapi sekarang ni macam rimas pulak. lepas tu dia berjaya buat aku pulak yang lebih risau. sebab soalan yang ditanya tu senang je.

aku risau ni dik, tahu tak. ish.

mungkin masa aku nak exam dulu macam tu jugak kot. tapi aku biasa sms Si Ayah je. pernah juga sekali kirim e-mail pada Si Satu. masa UPSR aku tak ingat la pulak. dah lama sangat.

harap-harap dia boleh jawab dengan tenang tanpa careless mistakes.

Amin.

kepada adik-adik yang akan duduki ujian yang sama, best of luck. wish all the best.

Hari Bersama Hosmet #2

aku baru pulang ke pangkal jalan ni.

keluar pukul 2.30 petang. tengok wayang. habis duit. nasib baik puasa. jimat makanan ringan dalam wayang.

o, I Love You, Beth Cooper. patut tukar dengan Mr.Magoo. eh, tak patut.

sampai rumah 2.30 pagi.

oppss.

penat la.

bukak puasa pun kat McD je. walaupun sebenarnya mengidam nasi berhidang.

hari ni konon-konon macam spesel sikit pasal Si Beyonceet pun datang join aktiviti bukak puasa. beliau la yang mencadangkan untuk ke uptown dan menghabiskan wang ringgan pulak.

sudahnya, aku dan Si Ketua Rumah berjaya membeli kemeja kotak-kotak. tu je. betul. aku tak beli bendalah lain.

banyak mengusyar aje. sampai sakit pinggang.

rancangnya nak pakai baju kotak-kotak masa buat Lawatan Sambil Belajar ke Genting Highlands dengan hosmet kesayangan. ada kaitan ke? entah lah aku.

lepas tu lepak-lepak kat Restoran Barokano. makan-makan. sambil gosip-gosip pasal Adik-Adik. heheh.

dah mamai ni.

memang sangat butuhkan bantal tika ini.

selamat malam dunia.

Friday, September 4, 2009

Edisi Balik Kampung

hari #1

aku sampai rumah hari Sabtu pagi. bersahur dekat hentian bas je sebab aku dan Si Dua tak sedar bila masa sampai. bukak mata je dah kena turun. haru betul. jadi aku terlambat nak inform Si Ayah supaya beliau prepare terlebih dahulu sebab perjalanan dari rumah ke hentian bas mengambil masa 45 minit kalau jalan tak sibuk.

sampai rumah aku bersiap apa yang patut. lepas tu aku landing sampai tengahari. hahaha. seronok nya tidur kat rumah.

tengahari pulak Si Satu sampai. terus Si Emak ajak pergi tengok rumah baru syurga baru.

petang pulak Si Emak dengan Si Ayah prepare Nasi Ayam. aku sambung tidur lagi.

lepas tu pergi bazaar. beli murtabak dengan air tebu.

untuk pengetahuan kalian, murtabak kampung aku tak sama macam murtabak kat bandar moden macam taman tropika tu. sebab tu tunggu balik rumah je baru boleh makan murtabak.


hari #2

hari untuk shopping.

aku pergi cari tudung raya. 300 terbang melayang kat kedai tu. sob sob.

aku request kat Si Emak nak Mee Laksa, my favourite dish. so, dapat lah hari tu. boleh makan 3 round. hahah. aku pun rasa macam dah pandai je nak buat sendiri. tapi belum tentu lagi sebab belum cuba.


hari #3

hari terakhir kat rumah.

aku buat agar-agar jelly yang pernah aku belajar masa matrikulasi dulu. semua bahan tu aku ingat-ingat lupa je. sebab beli pun masa mengejut. cuma jelly tu wajib ada. heheh. dan masa beli barang tu aku sempat beli Baju Berat dan Baju Labuh secara tiba-tiba dalam masa 15 minit sahaja untuk berfikir. terer tak saya?

hidangan utama Ikan Bawal Masak Merah yang sangat sedap. Si Emak jugak buat Bubur Lambuk. ni lagi satu favourite aku. sebab Bubur Lambuk di kampung dengan Bubur Lambuk kat taman tropika sangat jauh berbeza. aku bawa balik 3 tupperware berisi Bubur Lambuk untuk dibuat sahur dalam bas. heheh.

lepas tu, rezeki aku. ada buah salak. jugak saya punya kesukaan.

wah. sangat best balik kampung.

sebab balik kali ni tak perlu menyibukkan diri. macam edisi balik kampung yang sebelum ni. satu kena bersiap-siap untuk majlis kahwin Si Sepupu. dah mengandung pun dia. huhu. yang edisi lagi satu pulak kena bersiap-siap untuk majlis baca Yaasin untuk Si Enam dan majlis sambut hari lahir kami anak beranak.

pheww..

malam raya baru aku akan bertandang ke kampung lagi. tsk tsk. tiket takde.

Thursday, September 3, 2009

Ralat #11

tiba-tiba rasa serabut balik.

sigh.

aku kena isi balik borang lanjutan untuk elaun bulanan aku. kemudian kena pergi hantar dekat institut berkaitan. dah lah start pada bulan Ogos. boleh ke macam tu?

kemudian lagi masalah eksperimen.

aku ingatkan dapat siapkan hari ni. rupanya kena buat kesinambungan kerja dekat fakulti lain. maksudnya buat dekat sini separuh, buat dekat sana separuh. wah, penat berulang alik untuk orang yang gunakan perkhidmatan bas macam aku ni.

sigh.

aku pulak kena buat paper. lepas tu kena mintak support daripada pihak biasiswa nak ke oversea. lepas tu nak kena interview. aku dah serik kena interview lepas kejadian tu. aku dah tak mahu ingat lagi.

sigh.

lepas tu lagi masalah dengan jiwa raga. aku cuba simpan dalam-dalam. tapi tak mampu. aku kena kongsi dengan seseorang. tapi Cik Kaunselor pulak takmau layan.

sigh.

Mr.Magoo buat hal lagi. kali ni aku benar-benar marah. rasa tertipu yang amat.

boleh tak kalau sekali dalam hidup tu cuba hargai seseorang? dan pandai-pandai la pilih kawan. jangan kena kencing. lepas dah bosan, cari aku balik. apahal?

wah, aku sangat marah pada beliau.

kenapa beliau tidak boleh mengupgrade kan aku secara real? bukan berpura-pura berbuat sedemikian hanya di depan aku semata.

kenapa beliau malu untuk mengaku berkawan dengan aku? belakang aku buat-buat tak kenal. malahan boleh mengayat lagi sorang dua perempuan. gedik pulak tu.

kenapa beliau tidak boleh walau dalam sekali ikut nasihat aku dalam berkawan? aku cakap perempuan itu tidak sesuai. maka tak sesuai lah. perempuan tu gedik. jangan di layan. ha, sekarang dah kena tipu. padan muka.

kenapa beliau mesti nak remuk redamkan hati aku bila aku dah tenang? konon-konon teringat dekat aku. padahal tengah bosan bila Perempuan Gedik tak melayan.

dan kenapa mesti beliau merahsiakan hampir kesemua perkara daripada aku? dan semua perkara itu adalah berkaitan dengan Perempuan-Perempuan Gedik yang beliau kenali dan berkawan. konon takut aku kecik hati. dah tahu aku akan kecik hati, jangan lah buat!

damn.

sigh.

Mari Menanti

hari ini aku berjaya pergi jumpa lembaga dan matikan setem. lepas tu aku terus pos laju benda alah tu. wah. sangat lega rasanya.

pastu lagi, aku pergi depositkan cek yang aku dapat semalam. cek tu la yang aku membantu aku untuk hidup dalam 2 atau 3 bulan yang akan datang. entah cukup ke tidak. rasa macam nak kena cari Ayah Gula je. hahah.

sebab semalam bila aku bertanyakan status elaun aku pada Si Cekgu, beliau dengan selambanya cakap yang aku minta lanjutan dari bulan Jun ke Ogos.

ah, pandai lah.

aku mintak dari bulan Julai ke September. kiranya ada lagi 2 bulan untuk dia menanggung aku. tapi aku akan bayar balik bila saja aku dapat biasiswa tu. automatik kena potong. ingatkan terus dapat menabung. huhu.

cuma apa yang perlu aku buat sekarang adalah menanti, menanti dan menanti.

sigh.

Wednesday, September 2, 2009

Ralat #10

elaun untuk bulan lepas belum masuk.

sedih. dan susah hati.

macamana nak tanggung diri sendiri ni?

tsk tsk.

apasal aku sorang je yang tak dapat pulak tu.

maka dengan ini, aku akan bersungguh-sungguh fight untuk dapat biasiswa aku dengan jayanya sebab aku dah taknak bergantung pada elaun Si Cekgu.

agak-agak beliau marah aku sebab kebelakangan ni aku kurang sukses kot.

aduh.

Tuesday, September 1, 2009