Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, August 3, 2009

Saya Selamat Pulang

ya, saya dah pulang ke pangkal jalan. semalam saya selamat sampai ke destinasi tujuan. dan saya telah dijemput oleh Mr.Magoo dengan separuh paksaan daripada saya. ceh. terskema la pulak.

jadi hari ni aku dah berada di lab sebab aku dah berjaya tidak menghadirkan diri pada hari Jumaat.

untuk pengetahuan kalian, aku sepatutnya berada di lab ikut office hours walaupun bergelar student. itulah nasib yang aku sudah pilih.

seronok balik kampung. tapi penat.

hari pertama, aku tidur sampai pukul 11 pagi. hahah. lepas bangun terus mandi dan menyibukkan diri dalam menjayakan program membaca yaasin pada petang Jumaat itu. aku pilih tugas yang senang-senang aje. contoh macam menyapu, kemas rumah, dan basuh pinggan di akhir rancangan.

tujuan majlis bacaan yaasin ni untuk doakan Si Enam semoga dia dapat jawab dengan baik dalam UPSR. [aku dulu UPSR takde pun majlis macam ni. huhuh.] lagi satu dengan bertujuan kesyukuran kepada Yang Satu sempena ulangtahun kelahiran Si Satu, Si Dua, aku dan Si Enam. jimat belanja.

hari Sabtu pulak aku diwajibkan mendengar ceramah di Dewan Sivik.

oh, tidak. jangan fikir bukan-bukan. kesedaran sivik aku berada pada paras normal. cuma aku diwajibkan mendengar ceramah berbaur politik itu semata-mata untuk mendapatkan wang saguhati. hahah. niat jahat.

petangnya, aku ke rumah Si Datuk untuk menyambut hari lahir kami adik beradik selepas siap mencari baju raya aku dan Si Emak. makan blueberry cheesecake. yummy.

malamnya pulak aku turut serta dalam program menghantar Si Lima ke kolej. oh ya, semua adik beradik ku pulang pada minggu ni. sangat seronok boleh berkumpul ramai-ramai. malam tu jugak aku ajak Si Ayah dan Si Dua pergi usya telefon baru.

ya, saya butuhkan telefon baru.

tapi aku decide nak tengok harga kat tempat bermastautin terlebih dahulu untuk comparison harga. takut nanti menyesal. aku jugak sempat ke kamdar, pergi beli kain untuk buat baju raya lagi sepasang. hohoh. seronok. habiskan duit.

pagi Ahad pulak, aku bergegas pergi rumah tukang jahit. hehe. semangat gile nak ukur baju di badan sendiri.

lepas tu baru Si Satu hantar aku dan Si Dua ke hentian bas. oh oh, dah nak balik. selamat tinggal kampung halaman.

cuti merdeka aku balik lagi kalau ada tiket. haha. boleh bukak puasa kat rumah.

6 comments:

NahWaL said...

bibi amik master apa ye?

Si Ralat said...

by research.. huhu.. nawal dh jdik pegawai sains kan.. congrates.. dgar brita nak kwen plak dah kan? =)

NahWaL said...

haha doakan ok. haah pegawai sains kat upm. :)

Si Ralat said...

hehe. macam seronok je dengar nak kawen. tibe2 rasa nak kawen jugak. haha.

NahWaL said...

HA HA. jum!jadi flower gerl. hek hek

Si Ralat said...

dah start carik flower girl. wow. as soon as possible ke majlis nye? hehe.