Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, August 18, 2009

'Satu Journal, Satu Hari'

hari ni kelibat aku muncul di lab pada awal waktu tidak seperti hari-hari malasku yang lain. maaf, pembetulan. awal sedikit. sahaja.

aku tiba-tiba teringat pesanan penaja daripada seorang Prof. beliau suruh amalkan 'Satu Journal, Satu Hari'.

maka aku pun dengan penuh jayanya membuka link-link yang patut ke arah penyelidikan aku tu. jumpa satu artikel/journal yang memang dah lama aku perasan dan aku bukak dan save. tapi hari ini aku cuba untuk study journal tersebut.

oh, tahniah pada diri sendiri.

oleh sebab aku takut esok aku kurang rajin balik, maka aku gandakan usaha rajin aku hari ini dengan membaca 2 journal. 2 je, tak banyak pun.

tu cukup nak memenuhkan hampir 3 per 4 ruang otakku dengan informasi penuh ilmiah yang belum tentu aku ingat minggu depan.

dalam masa yang sama aku bukak new tab untuk fesbuk. untuk aplikasi-aplikasi entah-apa-apa itu, tapi wajib layan. tak tahu kenapa. addicted kot.

oh, hiburan wajib ada semasa menjalankan kerja ye. harap maklum.

aku harap esok aku masih berada dalam status agak rajin seperti hari ni. makanya aku akan lebih pandai dan lebih bersedia untuk menepis setiap soalan daripada Si Cekgu atau seangkatan dengannya.

sebab sekarang aku rasa pengetahuan aku pasal research aku sangat kosong. totally zero.

sigh.

sebelum aku lupa. hari ni hari graduasi Cik Kaunselor dan Si Beyonceet serta Si Ahli Rumah. tahniah buat kalian. aku akan follow kalian tahun depan. doakan aku.

No comments: