Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, August 26, 2009

Ralat #9

hari kelima berpuasa.

'datang jumpa saya pukul 10'

sms tu masuk tadi pagi. masa aku baru je nak lelapkan mata lepas bangun sahur and tak tido-tido.

alamak. apa lagi dia nak ni. boring la.

aku teruskan jugak tidur. sampai alarm bunyi. jam 0930.

haish. cuaca mendung. gelap. dingin. sejuk.

aku tarik selimut.

jam 1000.

handset dah start vibrate dengan ringtone Si Cekgu.

bingkas bangun. tengok jam. halamak. dah pukul 10.

terus taip sms.

'saya terpaksa datang lambat. kawan datang. dia tak ada kunci'

dia terus balas. aku pulak terus masuk tandas.

sudah mandi 3 miscall aku dapat. 2 sms.

'jam berapa?'

'kenapa saya call selalu tak angkat? saya tak suka student biadap. siapa supervisor sekarang ni?'

hadoi. opkos la engko supervisor, aku student. kalau tak, takde lah aku aje yang asyik kena bebel. apadaa.

jam 1115.

dalam bilik beliau.

'awak ada apa masalah sekarang? selalu datang lambat?'

ah, sudah. nak kasi alasan apa? cerita betul atau palsu?

'saya ada personal problem'

'masalah apa?'

'masalah personal la'

'awak ada boyfriend?'

'err.. aa daa..'

'ala, takpe, story je dekat saya. saya pun pernah bercinta. pun pernah putus cinta'

'takpe. dah ok dah. dah takde masalah'

'macam ni la....'

dia start bebel-bebel. bagi nasihat. cerita experience lama semua.

damn, i dont need this.

'tengok orang muka macam dia pun sedih'

'saya tengok kereta yang macam kereta dia pun saya dah sedih cikgu'

mata aku berkaca.

shit, dia buat aku sampai menangis.

damn.

hari ni hari paling damn.

dalam waktu sekarang ni, dia lah orang terakhir yang aku akan share cerita pasal Mr.Magoo.

damn.

No comments: