Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, August 22, 2009

Ralat #8

selamat menyambut Ramadhan rakan-rakan!

semalam nasib baik ditawarkan untuk turut serta ke masjid. kalau tak, tak merasa lah solat terawih lagi aku tahun ni dekat hutan tropika ni. bukan senang nak cari surau berdekatan.

ada yang macam rumah/asrama anak-anak yatim kat depan tu. tapi macam untuk kaum Adam je. segan pulak nak pergi.

minggu depan aku balik rumah lagi.

seronok nya. duit pun habis je sekarang sebab dalam masa 2 bulan, 3 kali aku balik rumah. hahah.

tapi sekarang, aku memang sangat memerlukan rumah. aku perlukan semangat aku balik. aku perlu cari kekuatan aku balik. aku perlu cari asal usul aku balik.

wah, nak masuk bab sedih dah ni. bersedia?

ok, saya 'seorang' sekarang.

statement tak boleh belah.

penat pertahankan benda yang tiada. tidak pernah ada tapi cuba untuk diadakan. tak sangka akan tamat secepat ini.

aku pun pelik dengan diri sendiri. aku demam. aku batuk. aku pening. kepala berdenyut sana-sini. ting tong. aku cuci mata. aku cakap sorang-sorang. aku marah diri sendiri. aku marah dia jugak. aku marah semua yang ada.

tapi siapa sebenarnya yang aku marah bila aku bertindak macam tu.

ya, aku marah Yang Satu.

dan itu mana boleh.

jadi aku terduduk balik. fikir mana yang betul. jadi la normal sekejap.

tapi sekejap je lah. lepas tu aku jadi balik macam kat atas tu. ting tong lagi sekali.

aku penat nak harungi benda ni lagi sekali. aku tahu aku boleh. aku pasti aku memang boleh lepas tahap ini.

tapi semasa nak melepasi tu, memang la kena banyak korban air mata sikit. kena banyak-banyak motivate diri sendiri. kena banyak-banyak ingat akar umbi. itu untuk orang-orang yang berpesen seperti aku lah. orang lain aku tak sure pulak.

aku penat nak padamkan semua memori itu. betapa sebelum ni aku cuba nak menghindari. tapi semua itu datang jugak. dan sekali lagi buat aku jadi macam ni.

dem!

aku penat nak nasihatkan diri sendiri supaya tak jadi macam ni lagi, supaya aku dengar cakap diri sendiri lain kali, supaya aku tak lagi benarkan diri aku dilukai. sakit. pedih. aku penat nak marahkan diri sendiri yang bertindak macam orang kurang akal fikiran yang waras.

tapi itulah aku saat ni.

aku insan terluka. cewah.

maaf, mode jiwang sekarang.

'apa yang berlaku mesti ada hikmah'

'apa yang Yang Satu ambil, Dia akan bagi balik yang lebih baik'

apa-apa pun, aku akan cuba hadapi ni macam orang matang.

kau, kau dan kau semua doakan lah untuk aku. aku perlukan tempat untuk bergantung sekarang. aku perlukan teman-teman, sahabat handai dan paling penting ahli keluarga.

macam besar sangat je masalah aku ni. hihi. quite big right now, maybe will be tiny later.

selamat datang Ramadhan al-Mubarak dan salam permisi buat Mr.Magoo.

No comments: