Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, August 23, 2009

Kisah Syahdu

hari kedua berpuasa.

tiket raya aku dah beli. exactly bukan aku yang beli. aku mintak tolong Si Dua. tu lah antara kelebihan bila ada Si Dua tinggal berdekatan.

dia boleh belikan tiket aku balik. sebab dia pun balik sekali.

lagi dia boleh temankan aku balik. sebab dia pun balik sekali.

lagi aku tak payah susah-susah nak fikir nak balik tarikh apa. sebab dia balik sekali dan dia bekerja pada waktu pejabat.

jadi memang tak ada makna nak ponteng. bukan pelajar macam aku. opps.

tapi tiket raya kali ni memang syahdu la.

aku balik malam raya. tsk tsk. tak pernah terbuat lagi sepanjang aku dah hampir 4 tahun kat sini. memang kadang-kadang aku cuai dan lambat pergi beli tiket. selalunya aku akan ambil tarikh paling awal ada tiket, bukan tarikh paling lambat.

Si Dua ada memberitahu aku dulu sebelum tu. aku ok kan saja.

maklum lah. kepala tengah ting tong. macam aku cerita dalam entri sebelum ni.

semalam bila aku telefon Si Dua dan dia bertanyakan

'takpe ke? balik malam raya ni?'

'entah. tak terfikir pun. semalam baru macam fikir'

sebab aku bajet raya 21hb jugak. tsk tsk. dengan kalendar aku yang start hari Isnin. dengan kepala yang ting tong. dengan tensi di lab.

tapi bila Si Dua cakap macam tu baru aku terbayang-bayang. sampai rumah pagi raya.

ah, memang syahdu.

No comments: