Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, August 25, 2009

Hari Marah Orang

hari keempat berpuasa.

jam 1032 pagi.

adoi. dah pukul 1000 lebih. kenapa macam best je nak tidur lagi. ish. kena bangun. sebab semalam dah dapat pesanan daripada Si Cekgu. susun-susun bantal. sekali dengan kepala dan badan aku susun sekali kat atas katil tu. terlelap lagi. bukan salah aku. bilik tu best sangat. gelap even aku dah bukak tingkap dan langsir. cuaca lak mendung-mendung sejuk dingin semua lah - yang mendorong aku untuk teruskan tidur. sekali lagi cakap, bukan salah aku.

jam 1115 pagi.

aku terkejut. bukak mata, tengok jam. ah, malas gila nak bangun. duduk atas katil. fikir buruk baik kalau aku tak pergi. semalam kan dah taburkan janji palsu pada Si Cekgu. so, hari ni kena la kotakan janji tu. walaupun lambat. baru la janji palsu nama dia. aku bangun, mandi dan bersiap ala kamdar.

jam 1145 pagi.

aku mulakan perjalanan ke bus stop. hari ni aku pakai kurung. memang dah niat macam tu sepanjang bulan puasa ni. lagipun banyak mana sangat la aku pergi lab tu. opss.. aku berjalan dengan penuh keayuan sehingga lah dekat tempat orang buang sampah. aku selalu berjaga-jaga kalau lalu kat situ sebab selalu ada anjing berkeliaran.

saya takut anjing, sekian terima kasih.

setelah semua nya aku rasa secure, aku pun berjalan la lenggang mak limah. mak oi, tiba-tiba anjing tu melintas. cis, kuss semangat sekejap. nak berlari-lari anak karang, hilang la keayuan aku. macamana aku boleh tak perasan. agaknya anjing tu duduk kat blind spot aku kot tadi. hish.

jam 1155 pagi.

selamat sampai ke bus stop. betul-betulkan payung macam biasa. tiba-tiba handset berbunyi. ah, tensi sudah. aku angkat jugak walaupun dah tertera nama Si Cekgu.

'hello'

'hello'

'awak kat mana ni?'

'tengah tunggu bus'

'kenapa sekarang baru nak datang lab? awak makin lambat eh datang lab. orang lain semua datang awal'

'yelah, nape?'

'saya nak email dari publisher semalam. forward dekat saya. boleh?'

'ye, ok'

'ok. bila nak buat eksperimen?'

'nanti la'

'saya nak result cepat tau'

'yelah'

cis. cis betul. lagi sekali cis. adoi. gila merosakkan mode ayu aku. hampagas betul. kurang pahala puasa aku.

jam 1220.

aku sampai dekat lab. bertembung dengan Cik Kaunselor. tapi buat-buat senyum sebab dalam hati tengah marah. tak dengar apa dia cakap sebab dengar walkman dengan sangat kuat. tanda protes.

masuk lab. jumpa Si Rajin. eh, Si Rajin je ke yang ada? Si Foreigner takda. Orang Baru pun takda. Si Ibu Mengandung toksah cakap lah. hihi. aku makin marah. geram ya amat. cakap tadi macam aku sorang je belum sampai. ni apa? takda sorang pun. maknanya masa dia call aku tadi, ada 2 orang je dalam lab. habis tu nak merapu meraban tu pasal apa.

aku cerita pada Si Rajin selepas dia pun mendapat call daripada Si Cekgu sebaik pc aku terpasang.

agaknya hari ni adalah hari-Si Cekgu-marah-orang kot.

dia duk tanya siapa ada dekat lab. nasib baik aku dah sampai. tapi Cik Kaunselor pulak keluar. Orang Baru dengan Si Ibu Mengandung turut disoal sama. alahai, mana lah Si Rajin tu nak tahu perihal semua orang. tak boleh fikir ke?

lepas tu push aku suruh hantar email tadi yang dipesan.

aku jawab pada Si Rajin. lain kali kalau nak suruh buat kerja laju-laju, tukar lah pc ni jadik pc baru yang laju-laju jugak. ish. Si Rajin pun senyum sambil kata 'alah, dia buat hal lagi la tu'.

hai hati, sabar je lah. dah lama tak diduga dengan perangai Si Cekgu ni.

jam 1331.

aku pulak merapu meraban kat sini. tensi. sebab takda kerja yang aku boleh buat pun. nak buat eksperimen pun perlukan masa dengan pelan yang teratur. kalau buat dan simpan lama-lama pun tak guna. nanti sampel aku tak boleh bagi result yang betul jugak. tu pun Si Cekgu takleh fikir ke? ish.

No comments: