Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, August 4, 2009

Dunia Skandel Saya

entah kenapa, hari ni aku berasakan minda dengan naluri aku tidak selari. minda aku nak buat macam ni. tapi naluri aku jiwa aku nak buat macam tu. aku tensi.

ni pasal Mr.Magoo dan kenalannya yang ku kira agak perlu untuk aku fikirkan demi hari mendatang. tapi fikiran aku tu tak dipersetujui oleh Mr.Magoo. dia nasihatkan aku biarkan saja apa nak jadi, jadi lah.

tapi aku tak boleh.

perempuan semacam aku ni tak boleh nak lepaskan benda-benda remeh semacam itu. walaupun kadangkala ia boleh menjengkelkan Mr.Magoo, malah aku sendiri juga, tapi aku tak berjaya menghalang perasaan syak, curiga dan ingin tahu tu.

salah kah aku?

mungkin jawapan yang aku dapat pun kena balik kat aku. last-last aku jugak yang sakit hati. tapi at least aku dapat tahu benda tu sebelum aku pergi lebih jauh. tu pendirian aku. kalau aku nak tahu, aku nak tahu jugak. means aku akan terbuat benda-benda mengarut yang aku sendiri pun takkan fikirkan kalau berada pada paras normal.

jadi benda ni dah separuh jalan.

aku dah bersoal jawab dengan kenalan Mr.Magoo tu. jawapan dia sangat menyakitkan hati. rasa macam nak single balik je. heheh. tambah pulak dengan mimpi-mimpi aku yang mengarut tu, lagi kuat hati aku macam nak cakap ada something wrong.

mimpi tu nanti aku cerita kemudian. kalau dapat mimpi ke-4. mimpi penentu. hahah.

yang paling penting sekarang, aku nak share perasaan aku kat sini je. ceh.

aku rasa tindakan aku macam kebudak-budakan. ok, whatever la apa kau nak cakap. tapi its normal thing about curiousity. lebih-lebih lagi kalau macam jalan nak siasat tu kena tutup. lagi la aku rasa macam ada benda je nak sorok. hmm.. apakah benda itu? mari kita siasat. yeehaa..

berani kerana benar, ok?

ceceh. melampau lak ayat aku. hahah.

tapi, walau apapun, secara jujur dan benarnya, perasaan aku hari ini goyah dengan tindak tanduk rakan Mr.Magoo dan sokongan daripada Mr.Magoo sendiri yang menyalahkan aku seratus peratus. aku cuma perlukan kata-kata penguat semangat supaya aku percaya semua itu tidak benar. tapi sebaliknya pulak berlaku. so, nak cakap apa lagi kan.

macam pathetic la pulak. eyuw.

aku harap-harap lepas aku catatkan kat sini, aku akan lebih tenang untuk menghadapi hari esok. cewah. aku cuma taknak benda ni membelenggu aku lagi. nanti datang lagi season demam aku tu. gila aku dibuatnya nanti demam selang seminggu sebab banyak masalah dalam kepala.

aku rasa aku perlu lepaskan sekali lagi. what do you think?

No comments: