Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, August 5, 2009

Dunia Skandel Saya #2

selepas apa yang aku ceriterakan dalam entri lepas, semuanya kembali pada normal. ceh. semalam bukan main emo kan. hahah.

itu lah aku. senang je nak berubah kalau kena cara.

semalam Mr.Magoo datang. dan tu dah cukup bagi aku nak buktikan apa yang dia cakap melalui telefon petang semalam. huhuh. cuma hati masih berbelah bahagi sekarang sebab aku masih berhubungan dengan kenalan Mr.Magoo itu.

memang cari nahas.

tapi aku akan cuba mensteadykan diri sebaik mungkin. sebab aku taknak cepat melatah. ewah, cakap memang la senang. tapi bila datang the day tu, mungkin haru jugak lah kan.

thanks to Cik Kaunselor yang banyak mendengar cerita aku dan bagi nasihat yang tidak berpatutan. hahah. ringan sikit beban di dada.

tambah pulak aku konpius dengan kenalan Mr.Magoo tu sebab dia macam ada split identity. ceh. seronok mengata orang nampak. hahah.

maksud aku kat sini dia tu macam 'jangan disangka air yang tenang takde buaya'. tu je aku boleh cakap. nak paham, paham. taknak paham, sudah.

ceh, siap buat kuiz dalam blog sendiri. menyampah betul. haha.

jadi sekarang aku cuma ambil langkah berjaga-jaga. kedua-dua pihak aku nak dengar cerita. dan jika sekiranya ada sebarang kemusykilan pendapat atau cerita yang tidak selari, maka senang aku nak buat keputusan kan.

aku bukan nak mengugut atau apa. ini untuk kebaikan bersama. hahah. taknak mengaku jugak salah aku.

so mari kita tunggu dan lihat sahaja lah. apa nak jadi, jadi.

No comments: