Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, August 24, 2009

Dunia Skandel #3

hari ketiga berpuasa.

hari ni aku happy sangat. wink wink.

sebab tadi Mr.Magoo telefon. walaupun bukan dengan niat nak sambung kembali, tapi aku gembira dia hubungi aku. tu dah cukup buat aku suka.

aku pada awalnya konfuse, sebab siang tadi aku baru je lepaskan dia. baru dapat lepaskan dia. jadi aku fikir dia mungkin lega bila aku akhirnya dah tak memaksa-maksa lagi. tapi sebaliknya pulak berlaku.

suara dia serak. macam baru lepas
nangis. sebab tu aku lagi macam happy. hahah. kejam la pulak.

dia nangis sebab dia tersentuh bila tengok gambar kami dalam profile aku. aku tak buang gambar tu sepertimana yang dia suruh. tapi aku tak berniat sedemikian pun. tu hanya sebagai kenangan indah untuk aku.

dia cakap dia rindu. wah. petanda baik. hahah.

dia cakap lagi dia tak kuat macam aku. sebab aku tak nangis pun. tapi aku cakap, itu sekarang. sebelum ni setiap malam ada adegan mencuci mata. hahah.

aku tak kisah dia masih tak boleh terima aku balik.

tapi dengan tindakan dia tu pun aku dah dapat tahu. haha. takpe. aku bagi dia masa. cewah. bajet bagus je.

kami tak boleh bersama atas sebab keluarga. nak buat macamana. benda yang aku atau dia tak boleh nak ubah. sebab tu dia undur diri. kalau tak sekarang, mungkin masa akan datang kena buat macam tu jugak. siapa tahu.

tapi tu lah. jodoh di tangan Yang Satu.

kalau ada jodoh antara aku dan dia, aku harap jodoh kami diperpanjangkan. dan jika tiada, aku harap aku boleh lupakan dia. Amin.

oh, tidak lupa. pesanan penaja. selamat hari lahir buat Si Jatt Jatt also known as Si Gagah. kamu dah tua!

No comments: