Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, August 12, 2009

Demam Lagi?

aku mula rasa kepala pening tadi pagi. bila ringtone handset mendayu-dayu mengejutkan aku. Si Cekgu rupanya. dah lama dah pagi aku tak dikejutkan oleh beliau. sebab aku ignore, ada sms masuk.

'datang jumpa saya sekarang. ada hal penting'

omaigod.

aku masih di atas katil dengan mata terkebil-kebil cuba berfikir dengan betul. sempat lagi aku bergolek-golek beberapa minit selepas tu. hahah.

kemudian cepat-cepat pergi mandi and bersiap-siap konon nak kejar bus. tapi biasalah, it will take half an hour to get ready and bus pula datang setiap setengah jam. aku dah terlepas bus pukul 10.30. hahah.

masa jumpa beliau, nasib baik mood beliau ok la jugak sebab hari ni nak celebrate birthday beliau. tapi agak kalut sebab nak kena settle kan something.

so hari ni dapat makan free.

malam pulak aku tak masak sebab takda sape-sape yang makan kat rumah. heheh. terlepas.

lagipun kepala start pening balik. dengan lab yang sangat sejuk tadi. aku pulak pakai kemeja je. memang biru kuku aku. tsk tsk.

aku tidur dari jam 5 sampai 9 kot. diiringi dengan dentuman-dentuman guruh yang maha dahsyat. tapi sebab pening dan kesejukan aku teruskan je tidur tu. lagipun takda orang kat rumah. aku dengan sarah je.

malam ni nak simpan energy sebab nak keluar celebrate birthday Mr.Magoo pulak. hoho.

selamat hari lahir enche`.

No comments: