Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, July 21, 2009

Things To Do

banyak benda nak kena buat ni. aku saja nak senaraikan dalam ni sebab tengah bosan nak menaip tapi malas menaip kerja. hehe.

ok, my things to do list.

1-malam ni kena konpem kan dengan Kawan Lesen either aku boleh pergi Sabtu ni or not. mungkin aku nak tangguhkan lagi ke. maklum la, minggu ni minggu hari lahir aku. yeeha.

2-aku nak kena setelkan pasal borang claim masa pergi Singapore hari tu. aku kena cari balik semua resit yang aku ada and then kena kumpul dan claim. dapat duit. yes yes.

3-aku kena siapkan paper dalam Bahasa Melayu. aku dah buat separuh, tapi terhenti kejap semalam. esok kot sambung balik.

4-aku jugak kena siapkan laporan geran penyelidikan aku ni. by the end 0f this month Si Cekgu nak mintak. ni pun aku teringat balik sebab aku check email tadi. haha.

5-kena hadiri meeting untuk students this coming Thursday. yang hari ni punya la, tapi postpone hari Khamis. so, aku kena bangun awal lagi. macam tadi la, sejam sebelum kejadian, aku dah kena prepare. tsk tsk.

6-aku nak balik kampung. nak balik sangat-sangat. pun kena postpone jugak. bulan puasa la balik, sekali dengan Si Satu dan Si Dua. sepakat membawa berkat. eceh.

7-aku kena follow-up dengan orang yang uruskan reference letter aku. nak tangguh PT kena ada surat jangka-tamat-belajar la pulak. tadi dah apply. ambil masa 3 hari bekerja. fuh.

8-tunggu surat dari NSF. lambat la pulak. ke aku salah hantar hari tu. takut la jugak. dah separuh jalan dah nak dapat ni. huhu.

9-nanti aku fikirkan kemudian.

ok, dah. tu je setakat ni.

perkara lain aku kena buat adalah merajinkan diri buat research, buat literature, kemas bilik, kemas umah, masak, and bangun awal. haha.

okeh, good luck untuk diri sendiri. ceh.

No comments: