Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, July 28, 2009

Saya Rajin, Sila Setuju

hari ni aku dah berjaya hantar borang claim untuk makan-makan-dan-jalan-jalan-di-singapura-itu. laju je kalau bab-bab duit eh. haha. kalau tak laju, bukan normal la tu kot. huhu.

tapi malangnya apabila ditanya jangka masa yang harus aku tunggu untuk memastikan wang tersebut berpindah ke akaun aku akan mengambil masa lagi sebulan. haiyah. lama juga mau tunggu oo.

oleh itu aku kena la banyak-banyak bersabar, lebihkan tutup mata pada sale - sale yang makin banyak dan biasakan diri dengan barang harga murah eventhough aku memang jenis yang cari barang-tak-berapa-mahal pun. tapi sekarang lagi mau kena deduce itu harga barang.

aku juga berjaya coatkan paste-keras-sebab-aku-tinggal-semalaman-macam-tu-je-sebab-tak-tahu-nak-guna-alat. hahah. tu lah, Si Cekgu suruh belajar, bukan main fesbuk. aku tadi dah campurkan ethanol nak bagi paste tu cair balik. malangnya, terlebih pulak. sangat tidak likat sudah jadinya.

jadi aku dengan penuh bijak dan akal yang panjang serta cadangan dari Cik Kaunselor, maka aku pun membaikpulihkan lah keadaan paste kelabu aku itu. dah jadik macam rupa paste, baru lah aku berani coatkan pada gelas.

tapi cubaan dilakukan terlebih dahulu ke atas 2 gelas kotor. hahah. Si Rajin yang punya. tapi tak apa kot, pasal nanti aku basuh la balik, cuma nak jadi bahan eksperimen pertama je. hehe, jangan marah tau.

aku boleh tinggalkan lontong atas meja macam tu aje sebab kejarkan eksperimen yang satu ni. rajin tak aku? hahah. perah santan la pulak. aku pun sedang konpius dengan diri sendiri kenapa kah aku sangat sukakan lab pada minggu ini. hahah.

setelah berfikir panjang, aku pun dapatlah jawapannya.

jawapannya ialah, sebab aku nak balik hujung minggu ni. yeehaa.

dan yang kedua sebab Si Cekgu nak tengok result aku next week. hahaha. tapi aku harap meeting itu dikenselkan atas sebab-sebab yang berpatutan. hehe.

yang ketiga sebab kesedaran sendiri la kot. cewah. masuk bakul angkat sendiri la pulak. sebab utamanya aku sedar tiba-tiba karena bila aku tengok report aku yang lepas, aku patut siapkan eksperimen ni dalam bulan April, kemudian tangguh ke bulan Jun or Julai, tapi sebab aku ada konferens pada bulan tersebut maka ditangguhkan lagi sehingga bulan September. hahah.

jahatnya diri sendiri. tidak amanah. cecet. [sambil tunduk dan gelengkan kepala sendiri]

kukuh tak sebab aku?

ok ok. so, kamu orang kena la setuju bahawasanya aku telah mengupdatekan sedikit tahap kerajinan aku itu pada minggu ni. minggu depan aku tak jamin. hahaha.

cuma apa yang aku tak boleh ubah, waktu pergi ke lab.

syhh... diam-diam sudah.

No comments: