Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, July 29, 2009

Mari Mengambil Lesen

sabtu lepas aku mulakan langkah kaki dalam dunia baru. cewah. hahaha. takde maknanya. aku just pergi kursus KPP atau bahasa panjangnya Kurikulum Pendidikan Pemandu.

ya, aku takde lesen lagi. dan lagi malang aku tak reti pon nak bawak kereta ke even motosikal sekali pun. tsk tsk.

tapi takpe. setapak demi setapak aku dapat la jugak nanti kan. cuma lambat sikit aje. lagipun semua ni aku tanggung sendiri. bangga la jugak sikit-sikit. sebab tak payah susahkan mak bapak.

semuanya berjalan dengan ok. cuma yang ralat sikit bila aku kena bersiap seawal jam 7 pagi. haih. tensi. tu adalah kelemahan aku. opss, terbagitahu la pulak.

paling aku tensi bila sampai waktu dah kena balik, tapi pihak sana taknak hantar aku dan geng-geng serata tempat tinggal ku dengan kadar yang agak segera. aku terpaksa tunggu kat situ dengan jayanya dari pukul 1435 sehingga 1735 untuk menunggu mereka menghantar kami pulang ke pangkal.

oh, tidak. aku hampir-hampir mengamuk dalam kelaparan.

nampak sangat orang tu sengaja macam taknak hantar kami terlebih awal. sebab pasukan dari Putrajaya telah berjaya dihantar terlebih dahulu daripada kami.

benda ni buat aku serik.

yelah, baru kelas pertama, dah aku rasa macam ni. tak kisahlah kalau kalian fikir aku ni banyak omong ke banyak songeh ke tak boleh nak tahan ke ape ke, cuma apa yang aku rasa pada hari tu memang tak tertanggung.

rasa terabai pun ada. macam tak profesional lah pulak kalau memilih kasih macam ni.

sebenarnya ada cerita di balik cerita ni. aku pun tak tahu betul ke tidak. samada ia berkait ke tidak.

tapi pada masa pengambilan pasukan kami dari hutan tropika ni, Si Peneman ni ada lah macam buat hal jugak. bertelingkah dengan Si Pemandu yang bertugas hari tu.

nak dijadikan cerita, Si Pemandu tu jugak yang kena hantar kami pulang walaupun ada lagi lebih 3 atau 4 orang pemandu yang berkelayakan. mungkin sebab tu kami diabaikan. entah, aku pun tak pasti.

dan yang pasti nya, kami pulang dengan Si Pemandu yang lain dan sampai kat rumah aku tepat jam 1900 sebab Si Pemandu pertama tadi mengatakan konon-konon ada kerja, padahal aku tengok rileks je. agak menyampah lah di situ, sebab waktu tu aku hanya fikir nak sampai rumah dan berehat je.

benci betul orang macam ni.

No comments: